Shah Alam – Setelah sekian lama menyepikan diri daripada membuat kenyataan balas berhubung kritikan yang dilemparkan kepada beliau ekoran penyebaran 'WhatsApp' AJK PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tampil membuat kenyataan secara terbuka dihadapan jemaah yang hadir pada majlis Solat Hajat di kediaman Menteri Besar malam tadi.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS itu segala kritikan mahupun serangan yang dilakukan beliau terhadap Ketua Umum PKR sebelum ini hanyalah kerana dua perkara iaitu ekoran serangan hendap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 'Langkah Kajang'.
"Saya kritik Ketua Umum PKR disebabkan dua perkara. Pertamanya, saya dimaklumkan oleh sahabat saya ada satu bentuk serangan hendap yang dilakukan keatas peribadi Presiden PAS dan juga Idris bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid atas sebab kepentingan peribadi.
"Serangan itu dilakukan dengan serangan hendap menggunakan portal online.
"Keduanya, saya mengambil tindakan menentang Ketua Umum PKR disebabkan 'Langkah Kajang' yang mana 'Langkah Kajang' ini merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya," ujarnya.
Mengulas lanjut Zuhdi berkata meskipun Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi semasa pilihanraya namun mereka masih belum mampu untuk ke Putrajaya dan menyifatkan ia belum sampai masanya lagi.
"Belum sampai masanya walaupun mereka mendakwa undi popular lebih tetapi belum sampai masanya. Lantaran itu kita bersabar. Rakyat Selangor memberi amanah kepada MB dan kumpulannya supaya selepas ini kita menyinsing lengan turun memberi khidmat kepada rakyat…bukan menjadikan Selangor ini jalan pintas untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam Putrajaya," tegasnya.
Katanya lagi, beliau percaya dan yakin serangan hendap yang cuba dilakukan terhadap Hadi datangnya daripada orang terdekat Anwar.
Sehubungan itu, Zuhdi berkata sebagai ahli PAS beliau tidak akan berdiam diri dengan tindakan tersebut.
Namun, malangnya tindakan Zuhdi bangkit mempertahankan Hadi disifatkan pula sebagai orang yang tidak amanah dan hanya bertujuan meruntuhkan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapakah tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang membuat serangan hendap terhadap Tuan Presiden.
"Apabila kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR. Kenapa tidak diambil tindakan kepada orang yang mengambil tindakan secara serangan hendap yang sehingga hari ini serengan tersebut masih berterusan melalui akhbar? soalnya.
Mengulas lanjut isu menteri besar Selangor Zuhdi menegaskan bahawa langkah mahu menggugurkan Menteri Besar bukanlah semudah yang disangka seperti menukar pakaian.
"Tindakan menurun atau menaikkan pemimpin bukan seperti tukar pakaian, nak turun orang ni, tak puas hati dengan orang ini atau nak naikkan orang kesukaan dia bila-bila masa seperti mana tukar pakaian.
"Ini bukan amalan yang baik hatta dalam negara demokrasi, biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh Perlembagaan. Lima tahun sekali, berikan ruang, " katanya.
Selain itu, Zuhdi sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong cadangan yang diperdebatkan dalam WhatsApp tersebut sebaliknya hanya mengemukakan beberapa senario sahaja.
Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan PAS sekiranya parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak Ahad lalu.
Berdasarkan pada cetakan skrin mesej WhatsApp terbabit seperti yang disebarkan melalui media sosial, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa PAS mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.
www.suara.tv/?p=19675
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
1 comment:
Salam dan Selamat sejahtera,
Mohon sahabat-sahabat tolong viralkan program PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA ke 57.
Untuk keterangan lanjut :
Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
dan akaun TWITTER https://twitter.com/instamerdeka
* Tunjukkan rasa cinta anda dalam menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 dengan mempamerkan GAMBAR-GAMBAR dan 'SELFIE" UCAPAN KREATIF anda di Instagram.
* Hanya gunakan hashtag ?#?IM57? dan mention @InstaMerdeka di akaun Instagram untuk menyertai pertandingan ini.
Sekian, Terima kasih.
#IM57 JASAInstagramMerdeka
Post a Comment