1,748 Syarikat Lari Cukai, Kerajaan Rugi RM2.02 Bilion
Rabu, 9 Julai 2014 11:18 AM
KUALA LUMPUR: Kerajaan hampir-hampir kerugian sekitar RM2.02 bilion akibat perbuatan 1,748 syarikat pelbagai sektor yang dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cuba lari cukai dalam tempoh tiga tahun sejak 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata bagaimanapun hasil audit pematuhan cukai yang dijalankan oleh LHDN, kerajaan bukan sahaja memperoleh semula hasil itu tetapi juga bayaran penalti berjumlah RM1.3 bilion daripada syarikat terbabit.
Semua syarikat berkenaan melakukan pelarian cukai tidak nyata dan tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah secara sivil di luar mahkamah iaitu perlu membayar cukai taksiran tambahan serta penalti, katanya.
Menurut Mohd Nizom LHDN juga mengambil tindakan jenayah jika terdapat bukti kukuh sesebuah syarikat melakukan pelarian cukai yang menuntut pembayaran cukai taksiran tambahan dan penalti, selain pemilik berdepan hukuman penjara.
Mohd Nizom berkata antara modus operandi syarikat yang cuba lari daripada membayar cukai ialah membuat tuntutan pembelian dan perbelanjaan palsu, tidak melaporkan jualan atau mengurangkan jualan yang dilapor, selain tuntutan elaun berlebihan atau tuntutan elaun tidak layak.
"Ada yang cuba laporkan sebahagian sahaja daripada keuntungan... mungkin transaksi jualan tunai tanpa resit yang dilakukan tidak dimasukkan dalam akaun, serta meningkatkan perbelanjaan belian kononnya untuk perniagaan," katanya.
Menurutnya ada juga antara syarikat terbabit menuntut potongan yang tidak sepatutnya atau secara berlebihan seperti elaun modal dan tuntutan insentif yang tidak layak.
Katanya bagi pembayar cukai yang tetap enggan melunaskan bayaran tambahan cukai dan penalti, LHDN akan menggunakan peruntukan menurut Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk menghalang mereka ke luar negara dan kaveat harta pembayar cukai bagi melunaskan tunggakan.
Mohd Nizom berkata meskipun sukar untuk menentukan jumlah pelarian cukai yang tepat setiap tahun, LHDN sentiasa mempergiat usaha untuk memastikan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar dapat dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya susulan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat pada 2001, LHDN menguatkuasakan audit pematuhan.
"Selepas audit dilakukan dan kalau kita kesan ada berlakunya taksiran kurang, melaporkan tidak betul, atau tidak melaporkan yang dengan sengaja dilakukan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan terhadapnya, kita akan betulkan semula dan taksirkan cukai tambahan berserta dengan penalti," katanya.
Beliau berkata LHDN mempertingkat penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan fungsi dan peranannya disedari oleh pembayar cukai, sekali gus dapat menghindari kegiatan pelarian cukai.
Mohd Nizom berkata orang ramai boleh melaporkan kegiatan pelarian cukai pendapatan kepada LHDN menerusi surat atau e-mel ke pelariancukai.
SUMBER
@mstaronline: 1,748 Syarikat Lari Cukai, Kerajaan Rugi RM2.02 Bilion http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/09/lari-cukai/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
1. APAKAH GST? GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) merupakan penambaikan kepada sistem percukaia...
-
Is Murphy Pakiam responsible to bring the Catholics back to the `right path'? I would like to share a number of interesting thoughts by ...
-
RM50,000 Untuk Kematian Kiram - Kalau Nak RM5,000 Pergi Penampar Tian Chua http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/03/rm50000-u...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
UN to vote on MH17 disaster resolution on July 21, 2014 Pro-Russian rebels hinder OSCE monitors full access to MH17 crash site ...
-
Penghakiman Penuh Hakim Mahkamah Rayuan kes Anwar liwat Azizan Tahun 2004 " To summarise our judgment, even though reading...
-
24 blog pro-BN, berbanding 6 blog pro-Pembangkang dalam senarai Top 30 Ranking Blog Politik Malaysia. Blog tun faisal dot com berada di tang...
-
Dipetik dari Malaysian Insider Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya The Malaysian Insider  By Shannon Teoh KUALA LUMPUR...
-
Pas menerima satu lagi teguran dari golongan berpendidikan agama. Jika sebelum ini daripada Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin da...
No comments:
Post a Comment