Dr Novandri Hassan Basri adalah senior saya di USM. Saya pertama kali mengenali beliau sewaktu menjadi fasilitator kepada saya dan rakan-rakan pelajar Matrikulasi 1989. Seorang penulis yang aktif dan sama-sama rajin menghantar pandangan ke ruangan forum dan pendapat di akhbar Utusan Malaysia sebelum era kewujudan blog. Saya bertemu kembali beliau sewaktu beliau mula memperkenalkan Klinik Bergerak Pemuda UMNO ketika saya baru menyertai pasukan penyelidik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Semasa saya membantu mengendalikan Laman Web Pemuda UMNO, Dr Novandri turut menjadi penulis jemputan bagi laman web ini pada tahun 2002-2004. Beliau merupakan salah seorang penulis CyberTrooper Pemuda UMNO/BN yang diberi tanggung jawab oleh kepimpinan BN untuk mengulas Manifesto BN semasa Pilihan Raya 2004 bersama-sama saya dan sdr Ab. Jaleel Backer. Sama-sama bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2008. Selepas pemilihan, walaupun tewas, beliau adalah orang yang paling layak untuk dilantik menjadi Ketua Penerangan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau seorang penulis blog ranking Top-5 yang dihormati kawan dan lawan. Atas merit tersebut, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Maya UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang, pada waktu yang sama merupakan Pengerusi UMB Pulau Pinang. Seorang individu hebat. Istiqamah dan kental semangat perjuangan. Jika orang lain mungkin sudah berhenti menyumbang kepada UMNO selepas kehilangan dua jari semasa kemalangan, lebih-lebih lagi apabila tidak ramai pemimpin UMNO menghulurkan bantuan kepada beliau. Memang layak mendapat pengiktirafan. Pilihan yang tepat dan betul Pemuda UMNO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di d...
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
Penduduk marah kerana Harakah lidah balaci zionis? Foto blogger Kulaan Niring baca di sini WARGA PUTRAJAYA MEMBUANG HARAKAH SEB...
-
Tadi saya dikejutkan oleh seorang pembahas usul, apabila dalam pembentangannya disebut bahawa "perjuangan UMNO dibantu oleh hanya beber...
-
Dahulu saya sebenarnya selalu tertanya-tanya sampai ke tahap mana sifat fanatik pejuang bahasa Melayu dan sejauh mana mereka sanggup lakukan...
-
13 JAWAPAN Najib Razak Isnin, 18 Mei 2015 Saya telah mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu-isu yang tela...
-
Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia. Hairan, bagai...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
ISU VC UiTM: KRISIS DALAMAN PUNCA SERANGAN? http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/02/isu-vc-uitm-krisis-dalaman-punca.html 1. Pagi i...

1 comment:
Macam mana hebat pun kalau masih boleh ampu manusia macam KJ dgn H2O kira tak cam mana pun lah hebat nya tu sebab kaki bodek macam ni ada bercambah dalam kalangan blogger mau pun dalam UMNO sendiri
Post a Comment