Dr Novandri Hassan Basri adalah senior saya di USM. Saya pertama kali mengenali beliau sewaktu menjadi fasilitator kepada saya dan rakan-rakan pelajar Matrikulasi 1989. Seorang penulis yang aktif dan sama-sama rajin menghantar pandangan ke ruangan forum dan pendapat di akhbar Utusan Malaysia sebelum era kewujudan blog. Saya bertemu kembali beliau sewaktu beliau mula memperkenalkan Klinik Bergerak Pemuda UMNO ketika saya baru menyertai pasukan penyelidik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Semasa saya membantu mengendalikan Laman Web Pemuda UMNO, Dr Novandri turut menjadi penulis jemputan bagi laman web ini pada tahun 2002-2004. Beliau merupakan salah seorang penulis CyberTrooper Pemuda UMNO/BN yang diberi tanggung jawab oleh kepimpinan BN untuk mengulas Manifesto BN semasa Pilihan Raya 2004 bersama-sama saya dan sdr Ab. Jaleel Backer. Sama-sama bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2008. Selepas pemilihan, walaupun tewas, beliau adalah orang yang paling layak untuk dilantik menjadi Ketua Penerangan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau seorang penulis blog ranking Top-5 yang dihormati kawan dan lawan. Atas merit tersebut, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Maya UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang, pada waktu yang sama merupakan Pengerusi UMB Pulau Pinang. Seorang individu hebat. Istiqamah dan kental semangat perjuangan. Jika orang lain mungkin sudah berhenti menyumbang kepada UMNO selepas kehilangan dua jari semasa kemalangan, lebih-lebih lagi apabila tidak ramai pemimpin UMNO menghulurkan bantuan kepada beliau. Memang layak mendapat pengiktirafan. Pilihan yang tepat dan betul Pemuda UMNO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
1. 36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti - apa yang baru? Tiada yang baru. Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hi...
-
1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam neg...
-
Dipetik dari Malaysian Insider Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya The Malaysian Insider  By Shannon Teoh KUALA LUMPUR...
-
Nampaknya rugi saja belanja mahal untuk Ikrar Brotherhood. Lagi mahal daripada belanja majlis harijadi. Itupun belum termasuk duit r...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Dari 4 Tingkat Kerinchi. Mengapa budak kena gantung sekolah dan budak Mat Gay sebok di Kerinchi. Gambar2 Mat Gay. http://aboudiabyd...
-
Tiada pembelaan untuk blogger dan cybertrooper akibatkan serangan ini dihalakan kepada Perdana Menteri ? Sehingga hari ini tidak ad...
-
24 blog pro-BN, berbanding 6 blog pro-Pembangkang dalam senarai Top 30 Ranking Blog Politik Malaysia. Blog tun faisal dot com berada di tang...
1 comment:
Macam mana hebat pun kalau masih boleh ampu manusia macam KJ dgn H2O kira tak cam mana pun lah hebat nya tu sebab kaki bodek macam ni ada bercambah dalam kalangan blogger mau pun dalam UMNO sendiri
Post a Comment