Ikut suka-suka saja mereka ni. Siapa yang beri mereka kuasa untuk tahan orang, minta IC dan belasah orang. Tapi itu lah penyokong PR yang suka bertindak di luar batasan dan mengatasi undang-undang. Memang cara pembangkang untuk wujudkan prejudis dan selepas itu membiarkan penyokong mereka bertindak sesuka hati. Ini berlaku selepas Amanat Hadi, yang mencetuskan peristiwa Sauk dan kekacauan akibat himpunan Bersih. Lebih mereka suka adalah apabila ada reaksi balas daripada pihak pro-kerajaan sehingga menyebabkan kecederaan dan kemusnahan harta benda. Ini akan jadi modal menunjukkan bahawa kerajaan tidak mampu mengawal keadaan dan bila pelabur hilang keyakinan tentang kestabilan negara, mereka juga yang menangguk di air kerus apabila tiada pertumbuhan ekonomi dan tiada pekerjaan baru diwujudkan. Sehingga bila rakyat Malaysia hendak membenarkan pemimpin pembangkang yang memanipulasikan emosi rakyat dan suka mencetuskan huru hara di dalam negara demi untuk berkuasa terus memanipulasikan mereka. Bagi mereka yang seusia dengan saya, kita pernah mengalami keamanan dan keharmonian sebelum tahun 1998, sepanjang tahun 80-an dan 90-an. Sama-samalah kita tolak pemimpin yang sering mencetuskan kekacauan kerana sejak tahun 1998 sehinggalah hari ini, pemimpin-pemmpin ini jugalah yang merencana kekacauan demi kekacauan kerana gila kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di d...
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Dahulu saya sebenarnya selalu tertanya-tanya sampai ke tahap mana sifat fanatik pejuang bahasa Melayu dan sejauh mana mereka sanggup lakukan...
-
Mungkinkah ini akan terjadi? Siapa Ku Li sebenarnya? Di mana bukti kesetiaannya? Pada tahun 1998, dalam usaha untuk membela Anw...
-
Adakah portal berita pro-pembangkang dan Tun M 'bekerjasama' merosakkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia? 1. Dulu Tun M...
-
1. Kenaikan mendadak harga minyak di Malaysia bagi Mac 2026 menimbulkan kebimbangan serius terhadap keupayaan kerajaan dalam mengurus kos ...
-
Syarikat jual peralatan mencuci orang Cina lebih layak membekal Komputer 1Malaysia daripada syarikat komputer Melayu? Saya tertar...
-
Latihan kendalian Biro Tatanegara (BTN) yang pertama saya ikuti adalah pada tahun 1991, iaitu sewaktu menuntut dalam Tahun Satu di Universit...
-
Penduduk marah kerana Harakah lidah balaci zionis? Foto blogger Kulaan Niring baca di sini WARGA PUTRAJAYA MEMBUANG HARAKAH SEB...

No comments:
Post a Comment