Wednesday, March 6, 2013

#LahadDatu - Kenapa pembangkang bertemu Misuari, MNLF bukan MILF? #Pray4Sabah


Misuari accused the Malaysian government of supporting the MILF’s protracted war to keep the Muslim population busy fighting government forces instead of claiming the vast Sabah territory, which supposedly belongs to the Philippines.

Misuari challenged the Malaysian government to bring to the International Court of Justice their insistence that they own of Sabah. He said that Sabah’s annual income is pegged at around $108 billion mostly from its natural oil and mines and minerals.

“You are not giving us part of $108 billion of your yearly earnings from Sabah natural resources. Well, get a portion of that money and look for the best lawyers in the world. Prove before the International Court of Justice your claim to Sabah.”

Kenyataan terbaru Misuari untuk difikirkan bersama ;-


‘’JIKA SETITIK DARAH DITUMPAHKAN, MAKA KITA AKAN DIPAKSA UNTUK DATANG MEMBANTU MEREKA” - Misuari

‘‘INI HARUS DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN ‘COOLER HEAD‘ , LEBIH BAIK TUNGGU PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA UNTUK LIHAT SIAPA YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU‘‘ - Misuari

[Nota: Portal pembangkang, termasuk Harakahdaily keliru dan gagal membezakan antara MILF pimpinan Murad dengan Moro National Liberation Front (MNLF) yang ditubuhkan pada 1971 pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz Hashim). MILF tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu, berbanding MNLF yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Jamalul Kiram III yang kononnya merupakan waris sah kerajaan Sulu Darul Islam. Kejayaan Malaysia sebagai orang tengah terhadap perundingan damai yang akhirnya berjaya menghasilkan perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan atau Memorandum of Agreement on Ancestral Domain (MOA-AD) pada 2008 rupanya tidak begitu disenangi oleh Misuari - sumber.


Siapa Nur Misuari ?

AIDCNews – 05/03/13 – Nur Misuari atau Nurallaj Misuari merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang berjuang menuntut perubahan politik masyarakat Moro daripada kerajaan Filipina.
Pada tahun 1990-an, Misuari sebagai ketua MNLF telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Filipina ketika itu di bawah pimpinan Fidel Ramos dan justifikasi perdamaian itu membolehkannya dilantik sebagai gabenor Mindanao.
Misuari pro parti Lakas, pimpinan Presiden Ramos telah dilantik sebagai gabenor Mindanao pada tahun 1996.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, juga pro Presiden Ramos dibuktikan melalui projek ‘Jose Rizal dan Asian Renaissance‘, anjuran badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD).
Selepas Joseph Estrada mengambil alih jawatan Presiden pada tahun 1998, jawatan Misuari masih kekal, namun Estrada memerangi habis-habisan kumpulan MILF, menyebabkan ketuanya, Hashim Salamat mendapatkan perlindungan di Malaysia.
Kedudukan Misuari tergugat, apabila Gloria Macapagal-Arroyo mengambil alih jawatan Presiden pada tahun 2001. Jawatan Misuari sebagai gabenor dilucutkan dan beliau diburu oleh kerajaan Filipina.
Ditahan di Pulau Jampiras, Sabah
Misuari melarikan diri dan ditahan di Pulau Jampiras, Sabah pada 24 November 2001 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.
“Tempat dia (Misuari) ditahan disyaki telah digunakan sebagai kem latihan MNLF pada masa lalu, kawasan penduduk di hujung utara Borneo lapor Reuters.
Ketua polis Malaysia, Norian Mai berkata selain ketiadaan dokumen sah, dibimbangi Misuari ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Abu Sayyaf.
“Kami mempunyai sebab untuk kebimbangan mengenai bahaya yang ditimbulkan kepada keselamatan negara … ada kerjasama antara kumpulan Misuari dan kumpulan Abu Sayyaf,” kata Norian Mai yang dipetik agensi berita rasmi Bernama.
Misuari yang juga pernah dianugerahkan Anugerah Keamanan UNESCO oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah berusaha mendapat perlindungan suaka politik daripada UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees), Washington
Sultan Sadar Elly Velez Pamatong daripada Kesultanan Mindanao, seorang peguam antarabangsa, secara rasmi telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan suaka politik atau bantuan daripada pejabat UNHCR di Geneva, Kuala Lumpur, dan Washington, DC
“Misuari telah mengarahkan peguamnya untuk mendapatkan bantuan dari Presiden George Bush dengan berkata “Untuk menjenama saya sebagai seorang pengganas, tidak berbeza dari memanggil Jefferson sebagai pengganas kerana saya hanya mengikuti kepercayaan bahawa ia adalah hak untuk mengubah atau menghapuskan sebuah kerajaan yang telah berhenti untuk memajukan kepentingan dan aspirasi mereka,”.
“Oleh itu, saya mencabar Presiden Amerika Syarikat untuk memberikan peluang kepada saya untuk membuktikan komitmen seumur hidup saya kepada kebebasan dan demokrasi… Pasukan saya boleh menghapuskan semua pengganas dari muka bumi Mindanao, dan kita tidak perlu pasukan khas Amerika Syarikat untuk berbuat demikian,”katanya yang dipetik dari mnlfnet.com.
MNLF, MILF & Abu Sayyaf
MNLF yang diasaskan Misuari pada tahun 1969 telah mengalami perpecahan pertama pada tahun 1976 apabila satu kumpulan diketuai Hashim Salamat menubuhkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Pepecahan kedua MNLF adalah pada tahun 1991, apabila Khadaffy Janjalani menubuhkan kumpulan Abu Sayyaf.
Menurut tausug-global.blogspot.com, Misuari menentang perjanjian damai antara MILF dengan kerajaan Filipina anjuran Presiden Filipina, Benigno S. Aquino III yang turut disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2012.

Misuari bersama Komander Ustaz Habier Malik

“Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik, Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa.
“Kerana terang-terang Prof Nur (Misuari) menentang Perjanjian Damai MILF-MANILA sebenarnya turut menentang inisiatif Malaysia sebagai broker kepada termeterainya perjanjian tersebut di atas kertas.
“Tanpa Malaysia, sokongan dan dokongan luar tidak mungkin sampai kerana laluan segala bantuan masuk menyusup melalui Sabah masuk ke kepulauan Sulu sebagaimana yang berlaku pada perang Moro 1972,”lapor blog itu.
Ustaz Habier Malik yang dimaksudkan blog tausug-global merujuk kepada komendar MNLF pimpinan Misuaridan Radulan pula merujuk kepada Radulan Sahiron, salah seorang pengasas Abu Sayyaf.
Blog tausug-global yang memetik sumber inquirer.net yang melaporkan Misuari berkata, “perjanjian damai itu menjadi satu resipi untuk satu lagi perang besar di Mindanao.”
Perjanjian damai itu turut ditentang oleh Joseph Estrada, bekas Presiden Filipina yang merupakan penyokong utama Anwar sejak dari zaman reformasi, September 1998 lagi.
Malah lebih menarik lagi, laman newsflash.org pada April 2011, sudah membayangkan Misuari akan bertindak balas ke atas Sabah, sekiranya MNLF tidak diiktiraf kerajaan Filipina dalam perjanjian damai itu.




2 comments:

Anonymous said...

Birds of a featherlah, this guy and Anwar.

Apa-apa pun, biar orang Sabah yang suarakan pendapat mereka terhadap puaka tak tau malu yang selamba je ngaku Sabah dia punya ni.

Unknown said...

msia x perlu bgi single cent pon kt sulu2 ni sume.ape hk korang?? dh bgi sabah leklok , nk rebut balik plak? 108 bilion tu pon dapat hasil kerja keras kerajaan msia memajukan sabah. ad korang take part dlm pemajuan sabah? pndai mintak duit jer. puiiii

Popular Posts