Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
1. 36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti - apa yang baru? Tiada yang baru. Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hi...
-
Alhamdulillah, hari ini ada seorang lagi pemimpin Pas yang telah membuktikan bahawa perjuangan membangunkan negara Islam 'ala' Pas h...
-
Prestasi buruk MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini diakui oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. NST melap...
-
posting dari bugati veyron HUIIYOOOOO..TGK..!!! ANAK SAPA NI??... NI LA AKAUN ANAK NUAR LAKI JIJAH MADUNYA AZMIN NIH..!!!.. KAYA..!!! JUTA,...
-
Dah la perlekeh anggota keselamatan negara, fakta salah pulak tu. Betul ke result masa kat universiti dulu bagus? Atau ada unsur-uns...
-
1. Tidak menjadi kesalahan jika Miranda Kerr mahu 'memulang'kan set barang kemas berlian yang diberikan oleh Jho Low kepadanya. Cuma...
-
1. Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb s...
-
Berhujah menggunakan logik akal tanpa merujuk al-Quran, hadis dan konteks maslahah ummah? Berhujah dangan merujuk al-Quran, sir...
-
Penjelasan ADUN KOMTAR selepas perlakuan samsengnya menzalimi peniaga. Cuba bandingkan dengan video di bawah yang jelas menunjukkan sikap bo...

3 comments:
Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?
Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"
Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:
Earlier in her speech, Nurul Izzah quoted a decree made by Egypt’s University Al-Azhar president Ahmad el Tayeb and said freedom of belief should be a fundamental right for all.
Izzah dilaporkan memetik fatwa Sheikhul-Azhar, Ahmad el Tayeb, yang menyatakan kebebasan dalam soal kepercayaan seharusnya menjadi hak asasi semua orang.
Saya tidak bercadang hendak membela Ahli Parlimen yang saya undi itu. Dia lagi pandai membela dirinya. Yang saya nak habaq satu ja - Izzah memetik fatwa Sheikhul-Azhar.
(Nota: Secara peribadi, saya lebih bersetuju dengan pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan dalam laporan FMT bertajuk "Aziz Bari explains ‘No compulsion’ verse":
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question (لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ - Verse 256 of Surah al-Baqarah) did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.)
Bagaimana pula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek? Dengan berdalihkan istilah 'hudud versi PAS', sesuka hati dan dengan bebas musuh Islam itu menghina Islam serta menyebarkan ideologi Islamofobia. Tentulah dia bebas berbuat demikian kerana Umno merestui dan berhempas-pulas mewali keramatkan syaitan itu.
Kalau Izzah merujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua merujuk fatwa siapa
jadi betullah nurul izzah punca melayu dalam PKR murtad? :) setuju?
Setuju sgt izzah pembuka ruang melayu murtad, n die berani mpergunakan agama demi kepentingan peribadi yg bersifat dunia... Pendek kata, die mmg blom matang dlm politik n bodoh
Post a Comment