Sunday, January 1, 2012

Jelajah Aman Kampus - Tolak kebejatan politik luar, kekalkan keamanan di kampus



Sidang Media - Jelajah Aman Kampus
at 11:21 PM


KUALA LUMPUR, 30 Dis - Mahasiswa adalah aset negara yang terpenting kerana golongan ini juga memiliki peranan yang besar dalam mencorak masa depan agama, bangsa dan tanahair, demikian menurut Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah ketika sidang media diadakan.

Sehubungan dengan itu, tambahnya Aspirasi akan menganjurkan JELAJAH AMAN KAMPUS dengan kerjasama beberapa buah badan NGO dan Universiti yang bersandarkan kepada empat asas utama iaitu memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di setiap kampus sentiasa dipelihara agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecermerlangan sahsiah diri dan akademik mahasiswa dapat direalisasikan.

“Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk menyuntik semangat partriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat memberi impak terhadap sosio-politik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.

“Ia juga diharap dapat diterjemahkan melalui sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tandatangan mahasiswa dan warga kampus kelak,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi usaha sebegini sangat penting dalam melahirkan pelapis kepada kepimpinan negara yang memiliki keintelektual yang tinggi, semangat cintakan negara yang menebal dalam diri mereka dan mampu menjadi penyumbang kepada kemakmuran serta kemajuan Negara.


Oleh yang demikian tegasnya peranan ini tidak hanya dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui peranan mereka tersendiri dalam menjayakan usaha ini.

“Antaranya, mahasiswa itu sendiri haruslah mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa, keluarga, masyarakat dan negara. Sudah pasti, tugas utama mereka adalah memperolehi keputusan akademik yang sangat cemerlang dan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.


Di samping itu, beliau turut membidas pemesongan pemikiran mahasiswa yang sedang giat dijalankan untuk menanamkan perasaan benci kepada pemerintah samaada di ruang siber, di dalam dan di luar kampus oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk merosakkan kepimpinan negara di masa hadapan.

Jelasnya pelbagai strategi doktrinasi digunakan untuk mempengaruhi gaya pemikiran golongan intelek ini.

Lagi gambar di portal Putrajaya Online



No comments:

Popular Posts