Saturday, December 18, 2010

Hari Pertama Karnival Jom Cari Kerja


Hari ini Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia, Putrajaya 2010 bermula seawal 830 pagi dengan lebih 7,782 peluang pekerjaan ditawarkan oleh lebih 40 orang majikan. 2,010 daripadanya adalah untuk graduan.

Kaunter pendaftaran dibuka di bahagian paling hadapan pentas dan maklumat program boleh didapati daripada petugas-petugas Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan JobsMalaysia.

Di sebelah pagi sejumlah bengkel kemahiran, iaitu bengkel Jahitan Seni Kraf (Mostwell), Synergy Kaseh (Seni Kraf Clay), Mobile Beauty Saloon (Mysuri), Ayamas, Ragam Hias (D'or Rue) akan dijalankan secara serentak. Selepas mendaftarkan diri, pengunjung boleh mengikuti bengkel-bengkel ini dan menimba pengalaman tentang apa yang diperlukan dari mereka sekiranya mereka menceburi industri bidang kemahiran tersebut.

Pada pukul 10 pagi, demonstrasi masakan oleh Chef Zam diadakan di khemah utama. Pengunjung berpeluang untuk merasai kehebatan masakan Chef Zam.

Majlis Perasmian akan berlangsung pada pukul 11 pagi dan disempurnakan oleh YB Datuk Razali Ibrahim. Selepas majlis perasmian, ceramah kerjaya diadakan dan tips menghadapi temuduga dan pasaran kerja akan diberikan oleh penceramah dari JobsMalaysia. Selepas itu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (KL) mengadakan bengkel keusahawan ringkas. Dalam bengkel ini, DPMMKL menawarkan kepada pengunjung program-program keusahawanan yang menarik. Semua bengkel ini adalah terbuka kepada orang ramai.

Bagi pencari kerja, selepas mendaftarkan diri, mereka akan dibawa ke bengkel persiapan, di mana persiapan mereka menghadapi temuduga akan dinilai. Selepas itu mereka akan ditemuduga terus di dua buah dewan di tingkat atas kompleks kejiranan Presint 9.

Mereka juga boleh mengunjungi kaunter pendaftaran on-line JobsMalaysia dan melihat sendiri peluang pekerjaan yang ada di seluruh negara dan mengunjungi sendiri booth pameran majikan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts