Thursday, March 18, 2010

Yusof Qardawi pun mereka tipu, inikan Zahrain



Semalam di Dewan Rakyat, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pendedahan tentang penipuan Anwar Ibrahim. Dengan nada yakin Datuk Seri Zahrain Hashim berjaya memalukan Anwar menyebabkan dia tidak tahan dan berlari bercawat ekor keluar dewan.

Kisah ini boleh dibaca di blog Gerakan Anti PKR
(klik) dan Darul Ehsan Today (klik).

Sebenarnya banyak lagi cerita yang akan didedahkan tentang bagaimana Anwar membohongi seorang demi seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi merealisasikan Rancangan 16 September 2009. Sehingga ada yang terpaksa bersembahyang istikharah dahulu, kerana keliru dan termakan pujuk rayu Anwar, selain dari habuan-habuan yang dijanjikan. `You will miss the boat', katanya berulang kali untuk meyakinkan salah seorang Ahli Parlimen BN.

Apa yang Zahrain dedahkan jika dihimpunkan dan dicantumkan dengan kisah-kisah lain, akan menggambarkan siapa Anwar dan PKR yang sebenar. Berikut adalah sebahagian penipuan yang disebarkan oleh Anak Muda Keliru (AMK) melalui pamlet dan sebagainya mengenai Fatwa Mutakhir Yusof Qardawi.

Berikut adalah soalan yang ditanya kepada Yusof Qardawi - Boleh tolong jelaskan PERTUDUHAN FITNAH terhadap sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak TANPA BUKTI dan SAKSI. Apa pandangan syarak mengenainya?

Soalan itu pun sudah dilihat sengaja hendak memperalatkan Yusof Qardawi - pertama, secara sengaja yang bertanya menggambarkannya sebagai fitnah, kedua, disebut pula `fitnah' itu dibuat tanpa bukti dan saksi. Memang jahat penyokong Pakatan Pembangkang (PR) ini.

Tentulah apabila soalan itu dirangka sebegitu, jawapan yang akan dijangka untuk dijelaskan oleh Yusof Qardawi adalah HUKUM yang jelas dalam al-Quran dan Hadis - langsung tidak boleh dikategorikan sebagai FATWA MUTAKHIR Yusof Qardawi. Mana-mana budak sekolah agama pun tahu, kalau HUKUM yang sudah jelas dalam al-Quran dan Hadis - tidak sama sekali dikategorikan sebagai Fatwa, apa lagi Fatwa Mutakhir.

Inilah masalahnya apabila Anak Muda Keliru (AMK) tidak terdidik dengan pendidikan agama, dan dikelirukan pula oleh golongan yang sanggup menipu dan memperalat ulama besar seperti Yusof Qardawi yang tidak tahu menahu tentang kewujudan Saiful dan bukti-bukti yang diambil di atas dan di dalam tubuhnya.

Isunya - bukan FITNAH, tetapi PENGAKUAN Saiful bahawa dia telah diliwat. Isu kedua, ia bukan tanpa bukti, tetapi dengan bukti.

Sewajarnya soalan yang hendak ditanya berbunyi seperti ini - "Tolong jelaskan pandangan syarak mengenai kes seorang lelaki yang aqil baligh dan waras, mengaku bahawa dirinya telah diliwat secara paksa dan tanpa rela, oleh majikannya, tanpa saksi tetapi dengan bukti-bukti fizikal di atas dan di dalam tubuhnya; dan bahawa majikannya ini pula pernah dibicarakan dan dikaitkan di atas kes menyalah guna kuasa, zina dan beberapa kes liwat sebelum ini - Ini baru soalan yang `baeeek punya'!"

8 comments:

Abu Faiq said...

Aslm 'alkm sdra TFI & yg mlayri blog ini,

1 Menipu dlm brpolitik?

2 Buknkah politk tujuannya '.. utk mnyusun-atur khidupn mnuju ksejhtraan di dunia & kebruntungan di akhirt'? Bukahkah hrapan ini yg sntiasa dipohon & diimpi2kan oleh setiap indvdu Muslim, trmasuk ahli2 politk mreka, drp aktiviti brpolitk?

3 Tapi itu impian yg hnya dpat trcipta drp politk yg didsarkan pada fikrah atau pmikiran dasar politk yg benar. Smentara fikrah yg bnar hnya dtang drp akidah yg bnar. Dan akidah yg bnar hnya lslam. Maka, politk yg bnar hnya politk yg brsumber & brdiri di atas ideologi lslam. Sunggh, menipu itu kerja hina yg DIHARAMKAN oleh lslam, tak kralah sma ada ktika brpolitk atau pda bila2 masa sja, oleh ssiapa sja. Apakh ada pnipuan yg lebh fatal & dahsyt drp politk yg tujuannya membangun hukm sivil-syara' bgi menggantikan hukum syara' [syari'at] Allah?

4 Usah hairn apbla mewabaknya tipu-mnipu, putr-blit, komplot, knspirasi dlm brpolitk kini, sbab,
politk yg brjaln skrang politk Machiavelik, BUKAN politk yg brjaln di ats minhajin nibuwwah - jlan kenabian; BUKAN politk yg berjaln di atas rel, method, atau kaedah brpolitknya Muhammad SAW iaitu poltik utk mncari redha Allah - skalipn watak2nya trdiri drp orng2 yg mngaku briman kpd Muhammad SAW.

Sbda Nabi SAW [mksudnya], "TIDAK BERIMAN slah seorang di antra kmu shingga mnjadikan aku tuntunan [pimpinan] utk brfikir" {Hadis riwayat

5 Politk di ats jlan kenabian - ltulh standard [tolok ukur] politk yg tumbuh drp al-Quran, politk yg Allah HAKkan dan FARDHUkan kpd umat lslam - umat Muhammad SAW - laksanakan, demi rahmata[an] lil alamin - demi mnebarkan rahmat Allah ke sluruh plusuk mka bumi.

6 Jadi, di dlm dunia politk Mcheavallik, apa hramnya mnipu? Machiavelli kata bukan saja mnipu, mmbunuh pun boleh demi mtlamat politk.

7 Dmkian, sugguh amat jauh dipesongknnya & trtipunya umat ini lalu dislewengkan pmikiran politik mrka drp ideologi lslam olh pmikirn politk aliran Machiavellik yg dibungkus di dlm krangka sstem kufur Sekular-Demokrasi-Kapitalis.
Sayangnya, demi itu & atas dasar itulah mrka ini - para politkus Muslim - brselisih, brckaran & brmusuhan ssama sndiri, dgn mengherat umt Mslim lain ke jlan yg trpesong itu brsamanya. Subhan Allah.!

8 Slpas ini, kita nak dngar pula fatwa Yusof Qaradhawi tntang politk lslam & politk ala mihanjin kuffar Machiavelik ini. Yg mana yg dia geleng & yg mana yg dia angguk.

Walllhu a'lam.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Di dlm sstem uqubat lslm, liwt trmasuk ksalahn hudud. Hukmn bgi liwt adalah BUNUH, sma ada plakunya sudh brkhwin [muhsan], atau blum [ghair muhsan].

2 Dlilnya adalah Sunnah & ljma' Shabt. Dri lbn Abbas ra ia brkata, Rsulullah SAW brsbda, "Brangsiapa yg kamu dpati mlakukan prbuatn kaum Nabi Lut [liwt], mka bunhlh kedua2nya" {Hdis riwayt Ahmad, Abu Dawud, lbn Majah & Turmidzi].

3 Mnakla dlil yg ditunjkkan oleh ljma' pula; lmam Baihaqi tlah mriwytakan dri Abu Bakr ra, bhawa bliau tlh mngumpulkn para Sahbt utk mmbincangkn kes liwt. Di antra para Shabt Rslullah SAW yg pling tgas pndaptnya adalh Ali bn Abi Thalb ra, ktanya, "Liwt adalh prbuatn dosa yg blum prnah dilakukn olh umt mnusia, kcuali stu umat ykni kaum Lut sbgaimna yg tlah kmu kethui. Dgn dmkian, plaku liwt msti dibakr dgn api". Slain itu, dri Ja'far bn Muhammad, dri bapanya, Ali bn Abi Thalib juga brkata, " Rejm & bakrlah dgn api".

Sdna Umar ra & Sdna Uthman ra brpndapt, "Pelku liwt dilempri dgn bnda2 kras shngga mati".

4 Brdasrkn nas2 di atas, tidk ada, & tidk bolh [haram] mnjathkan hukumn bgi liwt slain hkuman ini [mati].

Namun, liht pula hukmn bgi liwt di bwah Akta Kesalhn Jnayh Syriah [Wilyh2 Prsktuan] 1997, Bah. IV Kesalhn Yg Brhubng Dgn Ksusilaan Sek. 25, yg mmperuntkkan, "mana2 orng llaki yg mlakukn liwt adalh mlakukn suatu ksalahn yn apbla disbitkn bolh didnda tdk mlbihi 5 rbu rgt atau dipenjrakn slma tmpoh tdk mlbihi 3 thun atu disbat tdk mlbihi 6 sbtan atau dihkum dgn mna2 kmbinasi hukmn itu".

Alangkah braninya merubah & mengebiri hukman hudud [kttapan] Allah.

Wallhu a'lam.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Dlm kes liwat, qadhi yg mengkhmi kes hndaklh mmpstikn adakh liwat trsbut brlaku scara paksa atau sukarla. Jka paksa, prlu diprhalusi lgi, apakh pksaan itu 'brsangatan' [ikrahul mulji'] siftnya ykni bolh mmbawa kmatian atau kcedraan berat, atau skadar paksan yg tdak mndatangkn kmudartan.

2 Jka wujd paksaan ttapi skdar dimarh, atau ditngking, atu diugut buang krja, atu diturunkn pangkt, ini tdak skali-kali trmasuk dlm ikrahul mulji'. Brbeza jka pksaan dgn diacukan pistol atu pisau utk mlakukan sesuatu keslahn, maka ini merupakn keadaan ikrahul mulji'.

Dmikian ta'rif 'paksaan' menurut
fiqh perundangn lslam.

Wallahu a'lam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

abu faiq,

pandangan bahawa jika ada pistol baru dikira paksaan, itu pandangan lama; paksaan boleh wujud dlm pelbagai bentuk yg boleh mengganggu fikiran mangsa; kerana itu hari ini Islam dilihat tdk membela pihak yg teraniaya jika kita berpegang kpd pandangan sdr. sudut pndgn spt ini yg sering merosakkan Islam dan menjadikan Islam dilihat oleh ramai pihak sebagai tidak adil kpd mangsa.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Ketika para fuqaha' fiqh perundangan lslam mlakukan ijtihad untuk memutuskan ta'rif 'paksaan' itu ke tahap yang disebut ikrahul mulji' [bersangatan], apakah agaknya mereka tidak mengambil peduli atau terlupa tentang hakikat manusia yang dibekali prasaan & fikiran, bahawa nanti pada zaman akan datang bakal ada bentuk-bentuk tekanan yang dapat mengganggu fikiran & perasaan
'mangsa' paksaan, sprti herdikan, tengkingan, marah, ancaman lisan, dsbnya - seklipun dapat mengakibatan gangguan fikiran - sehingga tetap TIDAK mereka kategorikan semua itu sebagai ikrahul mulji? Atau pada ketika zaman 'pandagan lama' itu diijtihadkan, mnusia blum 'pandai' merasai gangguan fikiran & perasaan?

2 Atau memang dari ijtihad mereka bentuk2 paksaan seperti itu - tengkingan, marah, herdikan atau ancaman lisan itu - tidak mencapai kiteria ikrahul mulji'? Bahkn, bukankah 'pandangan lama' ini yang mereka ambil sebagai
asas bagi hukum yg telah mereka ijtihadkan itu?

3 Jika ada hukum yang asas-asasnya dapat dikicah-kicah dan ditukar ganti mengikut kesesuain zaman dan tempat oleh campur tangan manusia sehingga hukum itu pun dapat dirombak-dirobah dan ditokok-dikurangkan, tidak lain hanya hukum buatan manusia. Dan demikianlah perjalanan hukum sivil-sekular. Sudah pasti, peranan Hak Asasi Manusia menunjangi segala perubahan tersebut, sekalipun akan menjungkir-balikkan hak Allah. Apakah tidak mungkin kerana semangat HAM juga maka hudud Allah dikebiri agr ssuai dengan semangat & kehendak hukum sivil.. agar dilihat bertimbang rasa terhadap pelaku kemaksiatan? Walhal, inilah yang sebenarnya merosakkan wajah dan kesucian lslam. Malangnya, inilah yang dilihat sebagai benar & diperjuangkan.

4 Hukum Allah yang dipertahankan kebakuannya TIDAK begitu. la tatap bersumber dari al-Quran, Sunnah, ljma' Sahabat dan Qias. la baku & kekal sama dari zaman 'lama' dulu sampai ke Hari Kiamat. Jika berbeza pun, karana kuat-lemahhnya hujah [nas & dalil syari'i] yang tetap masih digali daripada al-Quran dan Hadis, bukan demi memenuhi kehendak zaman dan tempat. Hukum lslam mengatur zaman dan tempat; bukan sebaliknya zaman dan tempat yang mengendalikan lslam.

5 Kerana itu, apabila melihat sistem hukum lslam JANGAN sekali-kali dibuat dengan memakai cermin kanta undang-undang sivil-sekular, kerana antara kedua-duanya TIDAK ADA LANGSUNG SEBARANG BENTUK PERKAITAN, sama ada dari segi sumber, penggalian [istinbath] dan pelaksanaannya. Banyak orang menjadi kacau-bilau tentang lslam [dan kehidupan dengan lslam] krana faktor ini.

Wallahu a'lam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sebab itu kita panggil itu pandangan lama, masalahnya ramai yg masih takut nak berijtihad walaupun keadaannya dah berbeza; akhirnya Islam dianggap sbg agama yg lesu dan tidak adil, bukan kerana ajaran islam; tp kefahaman jumud org yg takut nak berijtihad, tp terus menerus menggunakan tafsiran lama dan menunjuk pandai dgn membaca kitab kuning :) sbb itu dalam byk keadaan ustaz asri dilihat lebih berani dan kontemporari.

Wong Pencen said...

Kalau Zahrain yang cakap, namanya pendedahan.

Kalau orang UMNO yang cakap, namanya kenyataan.

Kalau orang bukan BN bercakap, namanya pembohongan.

Ini sistem logik tun faisal dot com?

zulkifli said...

??????????????
Ya Allah, tunjukan kebenaranMU...................

Popular Posts