PKR melalui Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya dilihat sedang berusaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyalah tafsirkan penglibatan Mirzan Mahathir di dalam San Miguel Corporation. Saya percaya Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA), tidak benar-benar mendalami penjelasan oleh Mirzan dan dengan pemahaman yang dangkal itu telah memutar belitkan kenyataan beliau bagi merosakkan nama baik Tun Dr Mahathir.
Perilaku ini bukan sesuatu yang pelik kerana ia boleh dibaca sebagai dendam lama Anwar dan penyokongnya yang masih belum dilunaskan sejak mereka dikeluarkan dari UMNO. Terbukti agenda ini masih merupakan agenda utama PKR dan kali ini dilaksanakan oleh bekas pimpinan ABIM, Dr Muhd Nur Manuty yang memilih untuk berjuang bersama-sama pendukung ideologi sosialis dalam PKR dan DAP.
Ini menimbulkan sedikit kegusaran kepada kita sama ada modul usrah dan bimbingan dalam ABIM benar-benar berjaya melahirkan golongan muslim mukmin yang cemerlang atau adakah berlaku kesilapan di mana-mana sehingga terlahir pemimpin yang rakus, sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kuasa, hipokrit, mempunyai kecelaruan seksualiti dan pakar memfitnah?
Saya lampirkan tulisan Dr Muhd Nur Manuty di bawah sebagai perbandingan untuk direnungkan. Marilah kita bersama-sama menyebar luaskan maklumat dan kebenaran serta mendedahkan agenda fitnah PKR melalui Dr Muhd Nur Manuty ini. Wallahua'alam.
Berikut adalah penjelasan Mirzan Mahathir mengenai serangan terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
11 September 2009
The Editor,The Malaysian Insider
I read with interest your article about my becoming a director of San Miguel Corporation (“SMC”). As you rightly pointed out, I sit on the board to represent an investment group, Q‐Tech Alliance Holdings Inc., that invested in SMC.
After being in the brewery business for more than 100 years, San Miguel has decided to shift its attention to the infrastructure, public utility and energy requirements of the Philippines. Since Kirin Holdings of Japan acquired a significant direct ownership stake in the brewery division, this will result in a dramatic change in SMC’s revenue mix, with beverages expected to contribute less than 15% of total sales by next year.
This major diversification move, made possible by our taking over of Kirin’s 20% stake in SMC, starts a new era for San Miguel and is the principal reason for my involvement in the company.
Since the last quarter of 2008, SMC has bought an option to acquire a controlling interest in Petron Corp., the largest Philippine oil refiner which owns 1,400 retail stations, and a substantial equity stake in Manila Electric Co., the largest distribution utility in the Philippines that has a base of over 4.5 millioncustomers. Both these firms are publicly listed companies with annual revenues of US$4bn (RM 13.9bn) and US$5.6bn (RM19.4bn) respectively.
SMC has also announced its intention to venture into the telecommunications industry through their stake in Liberty Telecom Holdings Inc. with QatarTelecommunications Co. to initially build a Wi‐Max network and potentially a full‐scale national cellular operation. The company also recently won in a public auction, two major power plants with a combined generation capacity of 1,600 MW. Unfortunately, certain parties are keen to turn this exciting positive change ina well‐managed Philippine corporation into an assault on the reputation of my father, even though he has nothing whatsoever to do with my business interests.
I can only provide a rational explanation for my actions and it would be a pity if facts are twisted to gain dubious points from a straightforward business decision. Your article covered the beverage aspects of San Miguel but ignored the company’s recent purchases and strategy moving forward. As a Malaysian, I am looking forward to assisting San Miguel chart this new course and hopefully, its success will reflect well on our country and people.
Mirzan Mahathir
KENYATAAN AKHBAR
Dr Muhd Nur Manuty
Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluran arak .
Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang. (perhatikan elemen fitnah PKR)
BIPPA PKR ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram. Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90). Di dalam sebuah hadis dinyatakan: “Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).
Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. BIPPA ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).
Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”. Kita amat dukacita dengan perkembangan ini . Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak. Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaanya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci. (ulasan bersifat `mala fide' daripada seorang yang masih berdendam dengan Tun Dr Mahathir Muhammad, yang jelas tidak menepati adab dalam menyampaikan pandangan seperti yang dianjurkan oleh Islam)
Dr.Muhammad Nur ManutyPengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR14 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
3 comments:
salam bro Tun,
Boleh tak kalau mintak Saudara Dr. Muhd Nur Manuty ulas pulak hukum nya membenarkan penjualan arak di dalam kawasan yang majoriti ialah orang beragama islam. Dari satu sudut dapat dilihat bahawa ianya salah satu penggalakkan yang dianjurkan oleh mereka dan secara tidak langsung adalah subahat dalam penjualan arak kepada orang islam.
Adakah tindakan PR didalam menangani isu pembelian dan minum arak dikalangan remaja melayu islam di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur terutama di dalam kawasan Parlimen yang dimenangi oleh PR.
Disamping itu juga apa hukumnya bersubahat mendirikan berhala di dalam kawasan orang islam dan hukumnya bersubahat menyokong orang yang menghina islam.
Sudah menjadi LUMRAH manusia akhir zaman menggunakan Agama untuk menghina orang yang tidak sealiran dengannya. Pedulikan dengan orang seperti ini. Allah maha besar lagi maha mengetahui.
Memang otak kamu otak plastik tak berilmiah langsung ARAK dikawasan seksyen 8 shah alam dibuka sudah lebih 10 tahun dijual dikedai 7-eleven yang membelinya antara nya siswa uitm ini termasuk diseksyen 18. Siapa yang bagi permit pada masa itu bukan kah kerajaan BN fikir guna akal kawan kalau sudah memang menjadi otak yang tolol tidak dapat membezakan nya.
Post a Comment