Dari segi sejarah, MBKM lahir dari Majlis Kebangsaan Kemajuan Buku (MKKB) yang ditubuhkan pada tahun 1968 untuk menjadi pemangkin kepada industri perbukuan dan menghidupkan minat membaca. Selepas aktivitinya terhenti seketika, pada tahun 1981, majlis ini telah digerakkan semula dan telah menghasilkan DBN pada tahun 1985. Selepas 1985, pelbagai usaha dibuat untuk memperkasa MBKM tetapi terhenti semula selepas tiga tahun. Selepas itu gerakan untuk memperbaiki status MKKB dihidupkan semula bermula Januari 1994. Bagaimanapun hanya selepas tiga tahun, iaitu pada tahun 1997 barulah keputusan dicapai untuk menjadikan MBKM sebuah unit khas di KPM. Usaha untuk mengukuhkan status MBKM digerakkan sekali lagi pada tahun 2004, berikutan Seminar Kajian Semula DBN. Hasilnya, hanya selepas empat tahun, iaitu pada tahun 2008, barulah MBKM menjadi sebuah bahagian di dalam KPM. Namun status baru MBKM ini masih dilihat tidak mencukupi bagi melaksanakan tugas besar merancakkan industri perbukuan negara.
Pada 10 April 2006, Jawatankuasa Induk Penggerak DBN telah mengumumkan lima jawatankuasa kerja yang telah dibentuk oleh Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Noh Omar bagi memantapkan pelaksanaan DBN. Lima buah jawatankuasa kerja itu adalah; Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesionalisme, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan, Jawatankuasa Kerja Penggalakan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti, Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran, serta Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan.
Antara peranan Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesional adalah untuk melihat kepada usaha untuk merangka Akta Buku yang diharapkan dapat menggerakkan secara berkesan pelaksanaan DBN, isu-isu berkaitan pendaftaran penerbit, penguatkuasaan dan pengesahan, hak cipta dan urusan pembelian hak cipta, amalan perdagangan buku tempatan dan import, menentukan status baru, struktur organisasi dan pembiayaan MBKM.
Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan akan melihat kepada aspek-aspek berkaitan perancangan dan pelaksanaan program latihan kepengarangan dan yang berkaitan. Jawatankuasa Kerja Penggalakkan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti akan melihat kepada kempen membaca, akses terhadap buku di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pembangunan perpustakaan komuniti dan keluarga. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan akan mengkaji cadangan untuk merancakkan industri penterjemahan, mengkaji pendekatan untuk menyelesaikan isu berkaitan hak cipta dan urusan pembelian hak cipta serta menentukan sasaran yang perlu dicapai bagi industri penterjemahan.
Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran pula bertanggungjawab untuk melihat kepada strategi yang berkesan untuk mempromosi buku dalam negara, penjenamaan karya-karya Malaysia di peringkat antarabangsa serta strategi pemasaran karya-karya penulis Malaysia di pesta-pesta buku negara-negara yang masih tebal penggunaan bahasa kebangsaannya seperti Jepun, China, Korea, Jerman dan Perancis, selain memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penulis seperti melalui anugerah buku.
Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 13 Mei 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
13 JAWAPAN Najib Razak Isnin, 18 Mei 2015 Saya telah mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu-isu yang tela...
No comments:
Post a Comment