Tahukah makcik-makcik bertudung labuh di belakang Elizabeth Wong tentang isu sebenar perletakan jawatan Elizabeth? Apa yang jelas, Muslimat PAS, biar bagaimana labuh pun tudung mereka, tetap tidak boleh menyembunyikan wajah hodoh `political animal' mereka yang sebenar. Tanyalah Muslimat PAS dan Wanita PKR di belakang Elizabeth tu, apa yang mereka sokong agaknya? Itulah budaya politik taksub (assabiah) PAS dan PKR yang sanggup melakukan apa sahaja, biar pun menjadi munafiq sekalipun demi menentang UMNO, baik dalam isu PPSMI mahupun Elizabeth Wong!!!! Percayalah, mereka bukan peduli sangat tentang yang batil dan yang haq; asalkan ia bertentangan dengan UMNO, itu sudah memadai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendukung, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
-
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran PEKEMBAR/UMNO ke-65 - Semoga Allah terus memberi petunjuk, merahmati dan memberkati semua pejuang per...
1 comment:
Bagi yang kurang memahami atau salah faham tentang maksud assabiah, di sini ada petikan dr rencana Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang saya ambil tentang maksudnya.
Rasulullah s.a.w. menegaskan: Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada assabiah atau marah kerana assabiah maka kematiannya adalah jahiliah. (Riwayat Muslim, An-Nasai dan Ibnu Majah).
Perkataan al-Jamaah dalam hadis di atas tidaklah merujuk secara khusus kepada mana-mana parti politik ataupun pertubuhan-pertubuhan tertentu. Sebaliknya mengikut ulama Al-Hindawi dalam bukunya Dirasat Haul al-Jama‘ah wa al-Jama‘at, perkataan al-jamaah sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. merujuk kepada kesepakatan kaum muslimin, para sahabat Nabi s.a.w., para ulama, para pemerintah dan lain-lain.
Apa yang turut dipertegaskan dalam hadis di atas ialah penentangan Nabi berkenaan KETAKSUBAN MEMBUTA TULI seseorang kepada kelompok yang disertainya. Sebab itulah Al-Sindi dalam kitab Syarh Ibn Majah menerangkan kalimah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) ialah fenomena ketaksuban melampau di kalangan masyarakat yang berhimpun dan menyokong atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.
Sikap sebeginilah yang Nabi s.a.w. istilahkan sebagai ASSABIAH atau KETAKSUBAN MELAMPAU terhadap sesuatu kaum atau kelompok. Hinggakan Nabi secara keras dan tegas menentang sesiapa yang mendokong dan melebarkan faham assabiah yang menyesatkan. Dalam hadis lain disebutkan: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah, bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah. (Riwayat Abu Daud).
Istilah assabiah bukanlah bermaksud halangan Islam terhadap semangat cintakan sesuatu kaum atau kelompok. Dalam menjelaskan maksud assabiah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al-assabiah? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu (kelompok, kumpulan)atas kezaliman”.
Post a Comment