tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post3468046257363627055..comments2024-03-11T16:46:06.831+08:00Comments on tun faisal dot com: `Assabiah' PASTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-28832519347930493662009-02-19T02:31:00.000+08:002009-02-19T02:31:00.000+08:00Bagi yang kurang memahami atau salah faham tentang...Bagi yang kurang memahami atau salah faham tentang maksud assabiah, di sini ada petikan dr rencana Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang saya ambil tentang maksudnya.

Rasulullah s.a.w. menegaskan: Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada assabiah atau marah kerana assabiah maka kematiannya adalah jahiliah. (Riwayat Muslim, An-Nasai dan Ibnu Majah).

Perkataan al-Jamaah dalam hadis di atas tidaklah merujuk secara khusus kepada mana-mana parti politik ataupun pertubuhan-pertubuhan tertentu. Sebaliknya mengikut ulama Al-Hindawi dalam bukunya Dirasat Haul al-Jama‘ah wa al-Jama‘at, perkataan al-jamaah sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. merujuk kepada kesepakatan kaum muslimin, para sahabat Nabi s.a.w., para ulama, para pemerintah dan lain-lain.

Apa yang turut dipertegaskan dalam hadis di atas ialah penentangan Nabi berkenaan KETAKSUBAN MEMBUTA TULI seseorang kepada kelompok yang disertainya. Sebab itulah Al-Sindi dalam kitab Syarh Ibn Majah menerangkan kalimah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) ialah fenomena ketaksuban melampau di kalangan masyarakat yang berhimpun dan menyokong atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.

Sikap sebeginilah yang Nabi s.a.w. istilahkan sebagai ASSABIAH atau KETAKSUBAN MELAMPAU terhadap sesuatu kaum atau kelompok. Hinggakan Nabi secara keras dan tegas menentang sesiapa yang mendokong dan melebarkan faham assabiah yang menyesatkan. Dalam hadis lain disebutkan: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah, bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah. (Riwayat Abu Daud).

Istilah assabiah bukanlah bermaksud halangan Islam terhadap semangat cintakan sesuatu kaum atau kelompok. Dalam menjelaskan maksud assabiah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al-assabiah? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu (kelompok, kumpulan)atas kezaliman”.Tun Faisal Ismail bin Azizhttps://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com