1MDB - Kenyataan Tony Pua berkaitan IPIC dan jaminan kerajaan tidak bertanggung jawab
Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
29 Jun 2015
Jawapan 1MDB Terhadap Kenyataan-Kenyataan Tidak Tepat oleh YB Tony Pua
Kami merujuk laporan berita dalam talian hari ini, yang memetik pelbagai kenyataan oleh YB Tony Pua berhubung kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dipersetujui oleh 1MDB dan IPIC baru-baru ini.
Di bawah adalah penjelasan 1MDB:
1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.
2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah. Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini.
3. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi YB Tony Pua untuk mengatakan bahawa kertas terma ikatan (binding term sheet) di antara 1MDB dan IPIC, yang merupakan sebuah transaksi komersial, telah mengakibatkan tanggungan jaminan yang berlebihan kepada Kerajaan Malaysia. Adalah diketahui umum bahawa Kerajaan hanya mengeluarkan satu “surat sokongan”, dan ini adalah untuk bon lain yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD3.0 bilion (kira-kira RM11.35 bilion). Secara keseluruhan, pihak Kerajaan hanya memberikan jaminan yang jelas (explicit guarantee) untuk RM5.8 bilion dari keseluruhan hutang 1MDB.
4. YB Tony Pua dengan sengaja telah mengelirukan orang ramai apabila tidak menyebut syarat penting “dan sebaliknya” (“and vice versa”) berhubung dengan tanggung rugi (“indemnity”), dengan kata lain, tanggung rugi (indemnity) terpakai bagi kedua-dua pihak – kepada IPIC dan juga 1MDB – berhubung dengan pelaksanaan kewajipan oleh kedua-dua pihak. Tanggung rugi (indemnity) dua hala sperti ini adalah klausa standard dalam transaksi-transaksi komersial untuk memastikan tiada pihak yang kehilangan wang (“out of pocket”) jika satu pihak lagi gagal melaksanakan tanggungjawabnya. 1MDB mengesahkan bahawa kami berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab kami mengikut kertas terma ikatan (binding term sheet) tersebut.
Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
1 comment:
Kalau Tony Pua putar belit, pembohong dan penipu dalam isu 1MDB kenapa perlu dia digesa berundur dari jawatankuasa PAC. Biarlah dia terus berbohong hingga hilang integiritinya.
Siapa pun bercakap sekarang ini, kena lah ingat, jangan cuba-cuba-cuba perbodohkan rakyat.
Kecuali apa yang Tony Pua bercakap benar dan betul kena batang idung gomen barulah wajar dia digesa letak jawatan kerana membogelkan 1MDB.
Post a Comment