Wednesday, March 9, 2011

Flyingkick tak tahu fakta rupanya...

Melaka adalah negeri yang bertuah kerana mempunyai jentera perang sibernya sendiri. Unit Media Baru (UMB) Melaka merupakan yang kedua selepas UMB Pahang yang mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan perang siber di bawah bimbingan UMB Pergerakan Pemuda UMNO.

Idea untuk mengadakan latihan timbul selepas melihat corak peperangan siber di Pilihan Raya Kecil (PK) Manek Urai, iaitu PRK pertama di mana UMB diberi peranan. Walaupun peranan UMB ketika itu kecil saja, tetapi ia memberi saya sedikit idea untuk memperbaiki gerak kerja yang ada.

Berbekalkan sedikit wang simpanan dan bantuan daripada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ali Rustam, saya mengadakan Retreat UMB yang pertama di Melaka pada 14-16 Ogos 2009. Kebanyakan daripada mereka yang terlibat dalam Retreat UMB yang pertama ini merupakan jentera UMB pusat yang terawal dan masih bersama dengan saya sehingga hari ini. Ada sejumlah blogger besar yang dijemput, cuma mereka tidak hadir atas sebab tertentu dan kebanyakan daripada mereka ini tidak dapat menyelami aspirasi sebenar UMB.

Selepas Retreat UMB yang pertama, dengan sejumlah jentera pusat yang ada dan bantuan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, latihan peringkat negeri yang pertama telah diadakan di negeri Pahang pada 30 Oktober - 1 November 2009. Seminggu kemudian, Latihan Media Baru peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 6 - 8 November 2009.

Ketika itu, usaha melatih jentera perang siber ditentang oleh beberapa orang blogger ternama tertentu (bukan semuanya). Pada pandangan mereka ketika itu, ia merupakan satu pembaziran kerana UMB tidak akan mampu melahirkan blogger sehebat mereka. Bagaimanapun, saya mempunyai pandangan berbeza kerana bagi saya kita perlu meramaikan lagi pejuang siber kita, tidak kira mereka mahu menjadi blogger, facebooker atau apa-apa sahaja disebabkan, pertama; ramai di kalangan mereka di bahagian-bahagian tidak begitu kenal blogger-blogger pro-BN yang ada; kedua kerana media baru dan media sosial tidak dapat memberi kesan secara tiba-tiba, melainkan selepas melalui suatu proses dan jentera bahagian perlu didedahkan segera; ketiga kerana apabila menjelang Pilihan Raya Umum, bahagian-bahagian tidak lagi boleh berharap kepada blogger luar untuk membantu mereka seperti dalam Pilihan Raya Kecil.

Alhamdulillah, berkat latihan yang dikendalikan oleh UMB Pusat di peringkat negeri Melaka dan disusul pula dengan latihan-latihan seterusnya oleh UMB Melaka, semakin ramai jentera perang siber di negeri Melaka berjaya dilahirkan.

Disebabkan itu ketika pertama kali saya dijemput hadir oleh sdr Shahnor, Timbalan Pengerusi UMB Melaka yang juga merupakan pengarah jentera siber PRK Merlimau untuk berkongsi pengalaman dalam mesyuarat jentera siber, saya menyebut bahawa saya berharap negeri Melaka dapat menjadi contoh kepada negeri-negeri lain memandangkan negeri ini mempunyai jentera siber tempatan yang jauh ramai berbanding ketika kita menghadapi PRK-PRK yang lain sebelum ini.

Adalah menjadi amalan UMB Pusat, pada setiap kali PRK, kita akan mengikut apa sahaja struktur yang dibentuk oleh Jentera Pilihan Raya Negeri. Kita menghormati heirarki dalam UMNO dan kita akan membantu menambah nilai berdasarkan struktur dan kekuatan jentera negeri. Dalam kes negeri Melaka, kita mengikut apa sahaja yang ditentukan oleh Datuk Akbar Ali, Ketua Pemuda Negeri sdr Karim Yaakob dan Pengerusi UMB Melaka sdr Abd Kadir Mohd Idris. Kita tidak akan melangkaui batas itu sama sekali. Perkara yang sama juga berlaku di Kerdau. Jadi tidak timbul soal rampasan kuasa seperti yang disebut oleh blogger flyingkick kerana kita mengikut apa yang ditentukan oleh negeri.

Kenyataan flyingkick "cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya."

Saya hendak tanyakan apa yang flyingkick maksudkan tentang rampasan kuasa? Bagaimana hendak dikatakan merampas kuasa, jika dalam mesyuarat pertama untuk PRK Kerdau, bukan saya yang memanggil mesyuarat di Temerloh, sebaliknya saya yang dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang ada. Kedua, faham dan tahukah flyingkick apakah struktur operasi UMB di Kerdau? Tahukah flyingkick struktur operasi UMB (yang kemudiannya didakwa menjadi PMM) di Merlimau? Jika tidak faham, eloklah bertanya dulu sebelum memfitnah.

Ada blogger yang menuduh saya asyik bermesyuarat sahaja. Soalan saya kepada mereka, berapa kali sebenarnya saya memanggil mesyuarat di Kerdau dan Merlimau? Itupun kalau saya yang memanggilnya.

Peruntukan UMB `dijanakan dengan peruntukan yang tidak kecil'? Alhamdulillah, jika memang betul begitu, tetapi setakat ini UMB sememangnya tidak menerima peruntukan. Jangan risau, jika selepas ini Presiden Parti berhajat untuk memberi UMB peruntukan, beliau boleh hantar sesiapa sahaja untuk membuat audit terhadap setiap sen yang diberikan. Itu jaminan saya!

Dalam kes Melaka, harap bersabar kerana saya akan berjumpa dengan Datuk Akbar Ali, sdr Karim, sdr Kadir dan sdr Shahnor untuk menyelesaikan soal UMB Melaka. Insya-Allah, selepas perbincangan itu, kami akan memberi penjelasan tentang isu ini.

Untuk makluman flyingkick, UMB bukan tempat untuk membuat duit. UMB adalah tempat berjuang. UMB mendapat kepercayaan untuk membantu PRK kerana cara kerja kami yang tersusun dan kami menyelesakan ramai pihak kerana redha dengan apa sahaja yang mampu disediakan oleh tuan rumah, termasuk redha jika tidak disediakan bilik operasi di Command Centre. Kami tidak pernah memaksa-maksa, menyerang pemimpin UMNO/BN dan apa lagi untuk 'pau' duit pemimpin. Ramai di antara kami sanggup berkongsi tidur di sebuah rumah, walaupun saya tahu ada seorang dua blogger tertentu yang menyertai UMB di PRK yang tidur di hotel.

Alhamdulillah atas sikap inilah UMB diberi kepercayaan untuk mengendalikan pelbagai program latihan, bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga untuk parti komponen dan membantu menyelaraskan gerak kerja penerangan di dalam PRK sejak Manek Urai lagi.

Kenyataan penuh yakin blogger flyingkick saya petik "apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Walaupun kononnya saya buta `cywar', tetapi nampaknya sepanjang hari ini saya telah membuktikan bahawa blogger flyingkick tidak tahu pun apa yang dia tulis, sekadar menipu dan memfitnah. Menggunakan twitter dan teknik psy-war dan cyberwar yang paling kuno, saya juga berjaya memerangkap blogger Jee dan Parpukari yang rupanya sama seperti flyingkick tidak tahu menahu bahawa bilik UMB tidak wujud di Command Centre Merlimau dan disebabkan itu tidak timbul sebarang isu keizinan diperlukan daripada saya untuk masuk ke bilik berkunci yang tidak wujud itu.

Nasihat saya kepada flyingkick, lain kali pastikan anda berada di tempat tersebut sebelum menulis untuk memfitnah orang lain. Bukan sahaja anda telah berbohong dan memfitnah saya, anda juga telah membantu kelompok anda melakukan kezaliman terhadap saya; menepati takrifan assobiyah yang diberikan oleh Rasulullah saw.

Jelas sdr hanya pandai menipu dan memfitnah dalam blog sdr. Di mana kredibiliti sdr, apabila sdr sendiri tidak faham struktur operasi perang siber dalam PRK yang berbeza mengikut negeri, tetapi masih tergamak untuk memfitnah saya ingin merampas kuasa di Kerdau. Sdr tidak faham pun apa situasi di Merlimau sehingga percaya sebenarnya 'ada bilik berkunci yang memerlukan keizinan saya untuk masuk ke dalamnya' walaupun UMB beroperasi di tempat yang lain.

Kalau sudah membuat silap, janganlah sdr flyingkick terlalu ego untuk mengakui kesilapan. Jangan juga terlalu ego untuk meminta maaf. Jika saudara sudi meminta maaf, saya juga sudi memaafkan. Jika sdr masih tinggal di Pandan Mewah, saya boleh menjemput sdr untuk minum petang dan kita boleh anggap semuanya telah selesai dan janganlah sdr memfitnah lagi.

Ya, mungkin UMB tidak sehebat sdr flyingkick, tetapi tidak perlu menghapuskannya semata-mata kerana ia tidak sehebat sdr. Biarkan ia memainkan peranannya seperti biasa kerana jika UMB tidak sehebat sdr, ia sepatutnya tidak menjadi ancaman kepada sdr.

Usaha untuk merosakkan imej UMB nampaknya dilakukan secara berterusan bukan kerana perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara, sebaliknya mungkin kerana kepentingan peribadi. Renung-renungkan tulisan blogger Mohd Soberi Shafii yang dipetik oleh Sinar Harian untuk memahaminya.

18 comments:

McTheory said...

salam,

Janganlah kita bergaduh dan berpecah sesama kita. Kerana setiap apa yang kita lakukan pasti ada pemerhati yang menilai. Mc minta Tun settle la baik-baik dengan CTW. masih ada jalan penyelesaian..

HHalem said...

Nampak gayanya lebih teruk dari pergolakan cyber dlm Pas.

Jika Tun faizal katakan FlyKick tidak faham situasi dan susun atur organasasi, maka Tun faizal telah gagal disini untuk memberi fahaman kepada kesemua blogger Pro-Kerajaan yg ada. ANDA Tun faizal TELAH GAGAL.

Anda patut gugur dari UMB.
Kaput, kapisssh. elekkk, pocikkk.

Frm HHalem

gegar gempur said...

Gerakan yang bersepadu amat penting bagi merealisasikan perjuangan..apa yang sering kita lihat hari ini adalah maklumat yang tersekat dan hanya berputar disekitar kelumpuk tertentu...

UMNO/BN dilihat gagal dalam menyampaikan maklumat begini dengan berkesan. Pertumbuhan blogger seperti cendawan tumbuh justru bagi yang pro-kerajaan seharusnya da ruang utnuk diberitahu atau mengetahui kewujudan maklumat tersebut.

Contohnya diSelangor apakah wujud UMB ini?..setahu saya di Puchong UMNO/BN tiada bloggers pro-kerajaan yang kehadapan...berbanding dengan blogger PR..

Alhamdulillah said...

Salam Perjuangan,

Teruk juga jadi blogger yer!!

Ular Menyusur Akar said...

Dah nak PRU kau orang semua lantak bergaduh? Buat di ketawakan PR. Balas berbalas tidak ada kesudahan.

Selesaikan sebelum PRU.

UMA sentiasa nak lihat pemuda sentiasa dibarisan hadapan. UMA ni takde siapa ajar buat blog ke atau tulis blog. Jadi UMA tak perlu berperang. Macam mana nak lawan musuh kalau sama sendiri dah bergaduh. Bisik bisik dalam kelambulah dulu kot?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

HHalem,

1. kenapa flyingkick tak tau? sbb dia bukan ada kat sana dan bukan duduk dalam mesyuarat penyelarasan pun :)

2. bila x tahu, jgn la menulis mcm tahu dan akhirnya tulisan tu menjadi fitnah; mcm tulisan di blog sdr juga la.

3. baca pelan2 dan 2-3 x tulisan saya tu sebelum menulis blog sdr tu - yg dilatih tu siapa ya? blogger ke pejuang siber? yg dah pandai ke yang baru mula? apa level latihannya? klu x faham jgn buat andaian dan tuduh mcm2

4. di PRK bukan 1 tugas saja yang ada - mcm2 tugas, sbb apa UMB dilihat berperanan oleh pihak2 tertentu sbb UMB mengisi peranan2 g lain ni. x payahla saya cerita apa peranannya. bukan semua perkara kita boleh cerita :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

HHalem,

Apa yang sdr takutkan smpai nak kena screen dan filter comment terlebih dulu, buatla secara terbuka mcm saya; terus masuk saja. tarak brani ka? ini apa yg saya hantar ke blog sdr spy sdr boleh bermuhasabah diri -

HHalem,

apa yg mereka tiada? rules of attic? attic tu apa ya?

point saya mudah:

1. flyingkick menipu dah memfitnah; jika sdr suka memfitnah oklah, teruskanlah tugas sdr tu, insyaallah kita jumpa di pdg mahsyar nanti utk setelkan masalah kita :)

2. kenapa flyingkick tak tau byk perkara? sbb dia bukan ada kat sana dan bukan duduk betul2 di kerdau dan merlimau pun, termasuk la dalam mesyuarat penyelarasan :). bila x tahu, jgn la menulis mcm tahu dan akhirnya tulisan tu menjadi fitnah; mcm tulisan di blog sdr juga la.

3. baca pelan2 dan 2-3 x tulisan saya tu sebelum menulis blog sdr tu - yg dilatih tu siapa ya? blogger ke pejuang siber? yg dah pandai ke yang baru mula? apa level latihannya? klu x faham jgn buat andaian dan tuduh mcm2. siapa kata blogger tak perlu dilatih? klu ada peluang meningkatkan ilmu, berlatihlah - sbb tu saya sebutkan kpd parpukari; jgn lupa, waktu dia baru nak blajar twitter dulu, dia belajar dgn saya. apa lagi ilmu yang nak dilatih? byk, melainkan blogger tu x mau dilatih.

4. di PRK bukan 1 tugas saja yang ada - mcm2 tugas, sbb apa UMB dilihat berperanan oleh pihak2 tertentu sbb UMB mengisi peranan2 g lain ni. x payahla saya cerita apa peranannya. bukan semua perkara kita boleh cerita :) klu saya x de dlm mesy dgn blogger tak bermaksud saya tak berkomunikasi dgn assignment manager yg saya lantik.

jadi klu x brapa tahu, mungkin elok ikut nasihat Rasulullah saw, lebih baik diam dari byk berkata2 membanyakkan dosa :)

Unknown said...

Tkasih kepada Blogger2 yang kurang akal, banyak duit, kerana mempromosikan Unit Media Baru. Setahu saya, sebelum ini, yang bukan jentera tetapi berlagak seperti ahli UMNO, berkeliaran di mana mana pilihanraya untuk mengaut keuntungan semata mata untuk mengisi poket lupa perjuangan asal untuk Agama Bangsa dan Negara.

Sedap jugak nampak ada yang rasa dia boleh ambil alih peranan Unit Media Baru dan lancarkan serangan ke atas pembangkang tanpa mengetahui atau mendalami prinsip perjuangan dalam UMNO.

UMB telah melatih beratus2 Blogger dan sosial media specialist dengan harapan mereka akan bawa mesej perjuangan kepada rakyat jelata dan bukan dengan cara hasutan/maki/pijak/tikam belakang yang di bawa oleh sesetengah mereka yang rasa diri mereka lebih pandai, hanya kerana dahaga mendapat nama dan tambah hits dalam site2 mereka.

Mereka yang marah dengan kita kerana kita 'TAK NAK' masuk dalam group2 mereka. Yer, saya pun dah banyak kali di minta 'join' tetapi itu bukan sebab saya masuk UMNO, dan confirm bukan sebab saya masuk Unit Media Baru. Dah lama FISABILILLAH dah.

Untuk saya, kalau ada masalah dengan Tun, pergi cari dan selesaikan, jangan kaitkan nama Unit Media Baru kerana saya juga duduk dalam EXCO unit ini. Saya bertugas di Kerdau dan Merlimau. Saya lihat apa yang berlaku dengan mata saya sendiri. Saya hanya di bayar dengan makan/minum/penginapan. Satu sen pun saya tak terima. Duit minyak/toll/camera/video/broadband semuaaaaaaaaa Fisabilillah..... satu perkataan yang tak ada dalam kamus Blogger Upahan di Malaysia.

TESLAMARIN said...

mohon link ngan blog tuan, banyak yang saya nak belajar, http://dan-teslamarin.blogspot.com atau http://teslamarin.wordpress.com

matkilaupenang said...

salam tun,
saya mengikuti umb sejak PRK manek urai lagi,pahit dan jerih sejak disana hingga sekarang siapa yang ambil peduli akan tetapi sejak kebelakangan ini cyberwar baru menampakkan hasil baru timbul isu yang bersifat murahan,fitnah- menfitnah.Siapa yang mendapat keuntungan dari isu ini?????
Tun terima kasih diatas penjelasan isu tersebut.

Alhamdulillah said...

Salam Perjuangan Tun

Saya cadang Tun buat perjumpaan dengan blogger yang tidak berpuashati dengan UMB, mungkin boleh memanggil sama Datuk Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan Umno dan YB Dato' Hamidah sebagai Ketua penerangan wanita Umno sebagai orang tengah. Sebagai pemimpin, tidak wajar mengajak blogger bertikam lidah dalam alam maya nanti banyak benda yang kurang manis akan keluar.Gunalah jalan yang lebih baik

kita sudah besar.... said...

perjumpaan hati ke hati adalah baik utk merungkai segalanya.jgn tunggu sapa dulu.meminta maaf bukan menjatuhkan maruah sesiapa tp atas keserumpun dan kemufakatan serta kelembutan kita bangsa melayu,jgn gajah bergaduh pelanduk mati ditgh2.kesilapan dan kekurangan itu adalah asam garam dlm kehidupan cuma budi bahasa dan sifat memaafkan tetap disanjung mulia..ingat wahai saudaraku besatu kita teguh becerai kita roboh.kita sama seagama wajib bersatu

PUU said...

kena usaha kuat ckit la.. pru tak mcm prk.. dah tak bole tar jalan, semua tumpu tempat masing2. majoriti mungkin akan kurang sebab kita dah ajar. prk je bg benda. kalau pru tak bg tentu pengundi kurang minat mengundi..fikir-fikirkan

anaklangkawi said...

Setuju..
buang yg keroh ambil yg jernih..
pertikaman lidah antara TUN & Blogger x berkesudahan. bawak bincang.. matlamat masih sama..
jgn nnti PR bertepuk tangan udah le

Anonymous said...

boleh link. Terima kasih.

Mat ell.

RR said...

imo, UMB bukan ditubuhkan unt melahirkan bloggers superstar yg bleh berada di ranking top10 alexa. tapi lebih kepada melatih & meramaikan lagi cybertrooper (blogger/fbooker/youtuber) UMNO/BN di setiap negeri unt menghadapi PRU13... kerana dalam kempen PRU13 nnt setiap cybertrooper akan tumpukan perhatian kepada bahagian/negeri masing2.

most of bloggers superstar yg dijemput unt turut sama membantu semasa kursus anjuran UMB dibuat bukan dipaksa unt mengakui diri sebagai bloggers UMB pun... UMB bukan persatuan blogger seperti BPN tetapi lebih kepada 'akademi tak rasmi' unt melahirkan seramai mungkin cybertrooper proBN di setiap negeri... selepas belajar dari kesilapan PRU12.

UMB tiada peruntukan bulanan, cuma peruntukan semasa mengadakan kursus dan semasa kempen PRK... paling banyakpun peruntukan tersebut cuma dilingkungan belasan ribu, termasuk unt sewa rumah yg mencecah ribuan RM setiap kali PRK.

saya lihat hikmah dari krisis ini kita dapat menilai siapa blogger/fbooker yg betul2 ikhlas unt terus membantu UMB... pasti kebanyakkannya yg tidak pandai nak mengekor menadah tangan meminta $$$ dgan menteri/VIP... tahu bersyukur dgan pulangan seadanya hasil penat lelah & perjuangan di 'medan perang'.

sekadar pendapat sy saja harap TF dapat betulkan kalo ada kesilapan. & harap krisis ini juga menjadi wake-up call unt TF unt kembali mengaktif & memperkasakan UMB.

IPOH MALAY said...

" 3. baca pelan2 dan 2-3 x tulisan saya tu sebelum menulis blog sdr tu - yg dilatih tu siapa ya? blogger ke pejuang siber? yg dah pandai ke yang baru mula? apa level latihannya? klu x faham jgn buat andaian dan tuduh mcm2 "<----- Contoh cara halus membungkam kebebasan. Bila 'terikat', untuk menegur pun dah jadi tak berani. Ibarat tentera maharaja China yang dikasi telornya. BUAT APA? Kenapa nak disusah benda yang senang? Haha. Jangan jadi red indian dapat senapang. Penulis bebas bukan OKU yang boleh dipaksa duduk di atas WILCHA. Blogger bukan semuanya UMNO boys yang boleh disebut they-are-under-my-control now.

TEMAN INGATKAN, di kalangan profesional muda yang dulu mengundi pembangkang dan kini teringin menolak pembangkang, Pemuda UMNO masih tak dapat tembus pemikiran mereka.. Mereka bergantung maklumat kepada bloggers bebas pro-kerajaan yang tidak menduduki mana-mana level latihan (yang MENELAN belanja yang banyak tu).

Kalau bloggers bebas duduk ikut aturan Unit Media Bungkam dengan level latihan dan 'tali temali mengikat tangan dan selotep-selotep pelekap mulut'... maka para profesional ini akan beralih semula kepada dakyah pembangkang... SEDARLAH DEK KERANA SIKAP YANG SEPERTI INI, SEMAKIN RAMAI YANG MEMILIH MENGUNDI BN TANPA MEMANDANG UMNO.

Pihak mengkemer memang terasa mendapat untung. Tapi keuntungan yang tak boleh dibanggakan. Ibarat pelacur Christchurch yang tiba-tiba laris kerana dilanggan unit penyelamat gempa bumi yang tiba-tiba memenuhi kota itu.Tak caya, ce Google. Contoh je la. Jangan le marah yer.

Dengan cubaan 'mentertibkan' bloggers bebas ini, SAMALAH DENGAN mengalih pemikiran profesional yang semakin dekat kepada BN hasil penulisan blogger yang tidak 'DIIKAT' UMNO, dan ini membuatkan saya tertanya-tanya, APAKAH TUN FAISAL ini sebenarnya cuba mensabotaj BN dengan reverse mode?

Pesan teman senang. Work hand in hand lah. UMB dan UMNO sinonim. Bloggers tidak boleh diUMNOkan dengan paksa. Apatah lagi dalam era Pemuda yang tidak menerima teguran dengan hati terbuka. Malulah jika Pemuda dicop bongkak jika dibandingkan dengan DSN yang apologetik dan rendah diri. Jangan jadi liabiliti kepada PM.

TERIMALAH TEGURAN DENGAN CARA TERBUKA. Barulah kaedah menegur akan berubah dari menaip kepada berbisik. Janganlah bersaing siapa lebih terrer. Tak terrer maner pun kita ni.


PS : DACING, DULU KINI SELAMANYA.

Yuseri Yusoff said...

Tun,

Adakan pertemuan bila Tun free bersama bloggers, dari cerita pas media sampailah apa saja yang bloggers tidak puas hati. Tun perjelaskan.

Tidak guna bertaki sebab kita dipihak yang sama. Tiada siapa yang untung. Sebaliknya blogger PR jadikan bola lambung kes ni.

Jadi Tun aturkan pertemuan, jernihkan kembali krisis ini. Biasalah masing2 ada pendapat.

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Popular Posts