Saya tertarik membaca FAQ yang dibuat oleh CheWal tetntang PPSMI. Ia membawa kenangan saya ke zaman Tan Sri Musa menjadi Menteri Pendidikan, di mana saya merupakan salah seorang yang terlibat untuk menyediakan FAQ bagi menerangkan kepada rakyat tentang isu PPSMI ketika itu. Terima kasih CheWal.
By CheWal on March 13, 2009 7:15 PM
PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.
Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal
2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?
Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).
3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?
Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.
4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?
BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.
5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?
Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka. sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain. Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.
Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.
6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan. Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi. Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.
7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru. Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).
Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.
Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.
8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?
Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.
9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?
Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.
10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras. Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.
chewal.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendukung, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
-
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran PEKEMBAR/UMNO ke-65 - Semoga Allah terus memberi petunjuk, merahmati dan memberkati semua pejuang per...
7 comments:
UNESCO (1951:691) telah meluluskan resolusi pendidikan yang berbunyi:
On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible.
In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.
Terjemahan: Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan.
Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.
Petikan http://www.bahazain.blogspot.com
Memang betullah ramai yang menentang PPSMI petah bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris seperti Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Prof . Shahrir (ahli matematik), Tan Sri Prof Ismail Hussein (Ketua 1 Gapena), Prof. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara dan penulis puisi Inggeris/Melayu), Prof. Emeritus Bakar Hamid, Prof. Dr. Abdullah Hassan, dan malah Prof. Di Raja Ungku Aziz.
Tetapi apa buktinya yang mereka tak mahu generasi muda menguasai bahasa Inggeris? Tohmah?
Justeru itulah yang mereka ajukan agar pelajar dididik menguasai bahasa Inggeris melalui kaedah yang betul supaya berilmu dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris seperti mereka.
Tetapi bukan dengan cara yang salah atau keliru melalui PPSMI.
Kenapa susah sangat memahami maksud dan tujuan mereka? Tidak ada apa-apa yang terselindung.
Mereka ilmuwan dan budayawan yang berhasrat menyatakan kebenaran. Mereka telah dilatih dengan prinsip keilmuan, iaitu menerangkan kebenaran.
Mereka bukan orang politik yang memetingkan kekuasaan, dan tidak bertungkus lumus untuk memperolehinya sehingga kalau perlu menjatuhkan orang. Apatah lagi untuk menjatuhkan kebudayaan bangsanya.
Isu PPSMI ini bukan sekadar isu di sekolah, tetapi isu besar tamadun dan jati diri Malaysia, terutama bangsa Melayu.
Ia akan menjadi masalah yang lebih besar dan berlarutan kalau tidak dikembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik (di sekolah rendah dan di sekolah menengah).
Tun Mahathir telah meninggalkan beban dan masalah yang berat kepada UMNO yang sekarang sudah tertangkap dalam lingkaran kemelut yang kusut. Tetapi kenapa seluruh bangsa Melayu harus terseret dalam kemelut pendidikan yang menjejaskan maruah dan kedaulatan bahasanya akibat daripada PPSMI yang Tun Mahathir sendiri menjadi puncanya?
Kenapa mesti penulis, pengarang, pelajar, ilmuwan dan budayawan yang apolitikal, yang tidak campur dalam politik kepartian, terpaksa mencari rakan perjuangan daripada ahli-ahli politik?
Kenapa mesti mereka bertindak melapor kepada polis; dan sekarang memohon kepada pihak istana dan raja-raja untuk menyelamatkan bahasa Melayu?
Apakah pemimpin -pemimpin kerajaan yang hebat berkuasa sekarang menganggap ini perkara remeh temeh, dan mereka itu semua tidak penting dan tidak bermakna kepada masalah sekarang dan nasib bangsa pada masa hadapan?
Ini adalah apa yang dihasilkan dulu untuk menerangkan kepada rakyat dalam bahasa yang mudah;
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA BERKENAAN ISU PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI DALAM BAHASA INGGERIS
Matlamat Dan Kaedah Perlaksanaan
1.Kenapa kita perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik?
-Globalisasi menjadikan bahasa Inggeris semakin penting.
-Kegagalan untuk menguasainya menyebabkan rakyat Malaysia gagal bersaing di pentas antarabangsa.
2.Kenapa Sains dan Matematik? Kenapa bukan Sejarah, Geografi atau matapelajaran lain?
-Bidang Sains dan Teknologi adalah bidang yang paling pesat perkembangannya berbanding bidang lain.
-Hakikatnya, jika kita mahu menjadi bangsa yang maju kita perlu menguasai bidang Sains dan Teknologi secepat mungkin.
-Oleh kerana sebahagian besar maklumat berkaitan penemuan terbaru Sains dan Teknologi ini kerap disebarkan melalui berbagai-bagai media (buku, jurnal dan Internet) di dalam bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Inggeris saintifik yang baik akan membolehkan kita mengkaji maklumat-maklumat tersebut dengan cepat dan berkesan.
3.Bukankah maklumat-maklumat ini boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia?
-Mustahil kita dapat menterjemahkan semua maklumat ini ke dalam Bahasa Malaysia kerana jumlah maklumat baru yang dikeluarkan setiap hari terlampau banyak.
-Bukan semua penterjemah dapat menterjemahkan maklumat berkenaan Sains dan Teknologi ini dengan tepat, melainkan jika mereka mempunyai asas yang kukuh di dalam bidang Sains dan Teknologi juga.
-Cara termudah dan terbaik adalah dengan membaca dan memahami maklumat tersebut dalam bahasa asalnya, iaitu bahasa Inggeris.
4.Kenapa tidak ditambah waktu pengajaran bahasa Inggeris?
-Walaupun ditambah, bahasa Inggeris masih bahasa kedua di sekolah.
-Sebagai bahasa kedua ia jarang digunakan. Ia hanya digunakan di dalam kelas bahasa Inggeris sahaja.
-Oleh kerana ia jarang digunakan, ia mudah dilupakan. Penguasaan bahasa Inggeris tidak akan meningkat bila peluang untuk menggunakannya adalah terhad
5.Kenapa tidak diperhebatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris?
-Memang terdapat cadangan, dan segala cadangan ini telah diambil kira oleh Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Strategi-Strategi Meningkatkan Prestasi Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah, yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2001.
-Bagaimanapun itu adalah berkaitan bahasa Inggeris percakapan harian, bukan bahasa Inggeris saintifik.
6.Jika mahu meningkatkan peluang menggunakan bahasa Inggeris, kenapa tidak jadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah?
-Bahasa Malaysia merupakan Bahasa Kebangsaan.
-Sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia mesti diberi penghormatan sebagai bahasa pengantar utama.
-Bahasa Malaysia juga mesti menjadi bahasa yang memelihara identiti Bangsa Malaysia dan bahasa untuk memupuk perpaduan.
7.Kenapa tidak wujudkan sekolah aliran Inggeris saja?
-Menambahkan satu lagi aliran sekolah boleh merumitkan lagi usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan para pelajar.
8.Bukankah Matematik diajar menggunakan simbol? Bagaimana ia boleh membantu penguasaan bahasa Inggeris?
-Bila kita menerangkan penyelesaian sesuatu masalah matematik secara lisan, simbol-simbol ini masih perlu diterjemahkan ke dalam bentuk ayat.
-Bahasa Inggeris ini tidak sama dengan bahasa percakapan harian. Ia dipanggil bahasa Inggeris saintifik.
-Penggunaan bahasa Inggeris saintifik secara kerap membolehkan pelajar berfikir, membaca, menulis dan menerangkan tentang pengetahuan-pengetahuan berkaitan matematik kepada orang lain tanpa rasa kekok.
9.Kenapa tidak diajar istilah-istilah saintifik saja di dalam kelas bahasa Inggeris, dan bukan mengajar matapelajaran tertentu dalam bahasa Inggeris?
-Kesan belajar `hanya istilah’ dengan kesan belajar seluruh matapelajaran dalam bahasa Inggeris saintifik tidak sama.
-Pokok pangkalnya, lebih banyak pendedahan, lebih kukuh penguasaan bahasa Inggeris saintifik tersebut.
-Pendedahan yang menyeluruh menghasilkan pelajar yang boleh berfikir, merujuk dan menerangkan sesuatu menggunakan bahasa Inggeris saintifik yang baik.
10.Kenapa kerajaan tergesa-gesa? Kenapa tidak dibuat kajian dulu?
-Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam hal ini, dan sebenarnya ada beberapa kajian yang telah dibuat.
-Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas pada tahun 2002 untuk mengkaji pandangan dari Persatuan Pengetua Kebangsaan Malaysia, Majlis Guru-Guru Besar Malaysia, ahli akademik, tokoh pendidik, kesatuan guru-guru, tokoh-tokoh utama dalam sains dan matematik serta guru-guru sekolah rendah dan menengah.
-Mereka sebulat suara menyokong langkah kerajaan ini dan memberi jaminan untuk membantu perlaksanaannya.
-Mereka juga berpendapat perlaksanaannya patut dibuat seawal yang mungkin, iaitu seawal tahun 1.
11.Apakah ada kajian yang lain?
-Kerajaan juga meneliti berbagai-bagai kajian yang dibuat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Switzerland.
-Kajian-kajian ini membuktikan pelajar-pelajar `bilingual’ (dwibahasa) mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik daripada pelajar-pelajar `monolingual’ (satu bahasa). Mereka juga didapati mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan berfikir yang lebih baik.
-Kajian-kajian ini juga menunjukkan bahawa keupayaan pelajar menjadi fasih dalam kedua-dua bahasa meningkat, jika lebih cepat didedahkan kepada bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa ibunda mereka.
-Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa anak-anak dalam lingkungan umur prasekolah dapat mempelajari sebarang bahasa, jauh lebih baik berbanding pelajar yang lebih tua ataupun orang dewasa.
Kesan Perlaksanaan
12.Terdapat kajian yang menyatakan pencapaian pelajar lebih baik jika matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda? Kenapa Kerajaan memilih sebaliknya?
-Mungkin kajian itu hanya untuk menunjukkan bahawa sesuatu itu lebih mudah difahami jika diajar dalam bahasa yang tidak asing kepada pelajar.
-Bagaimanapun ada kajian yang menunjukkan pelajar mampu menguasai pelajaran dengan baik dalam dwibahasa jika pendedahan dibuat pada usia muda.
-Ada juga kajian yang menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi ini mungkin disebabkan faktor dwibahasa.
13.Kenapa perlaksanaannya tidak dibuat berperingkat-peringkat?
- Kita tidak boleh menunggu lama kerana perubahan dunia tidak menunggu kita.
- Pekerja asing di Malaysia, seperti pekerja dari Bangladesh tidak boleh berbahasa Melayu pada asalnya. Untuk bekerja, dia tidak ada pilihan melainkan untuk berusaha cepat menguasai bahasa kita.
- Dia tidak mempunyai pilihan, melainkan untuk menggandakan usaha dan meningkatkan latihan.
- Globalisasi tidak menunggu kita. Kita tidak ada pilihan, melainkan, seperti pekerja asing tadi, untuk melipat gandakan usaha dan meningkatkan latihan.
14.Tidakkah dasar ini melemahkan pencapaian para pelajar dalam Matematik dan Sains?
- Tidak. Ada kajian yang menunjukkan pelajar mampu menguasai pelajaran dengan baik dalam dwibahasa jika pendedahan dibuat pada usia muda.
- Ada juga kajian yang menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi ini mungkin disebabkan faktor dwibahasa.
15. Tidakkah perlaksanaan dasar ini merosakkan identiti Bangsa Melayu?
- Tidak. Bahasa Inggeris tidak akan `menghilangkan bangsa’.
- Ramai orang Melayu yang berpendidikan Inggeris masih kukuh jati diri Melayunya. Bangsa Melayu tidak akan hilang kerana mempelajari pelbagai bahasa.
- Sebaliknya, `martabat Bangsa Melayu’ akan menjadi tinggi bila orang Melayu dapat bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa.
16. Apakah nasib Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Ilmu?
- Nasib Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tidak akan terjejas.
- Generasi yang mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu di dalam bidang Sains dan Teknologi dahulu, kebanyakannya datang dari pendidikan Inggeris, bukan pendidikan Melayu.
- Walaupun berpendidikan Inggeris, semangat mereka untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Ilmu amat tinggi.
- Selagi semangat ini dikongsi oleh generasi Melayu yang baru ini, Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Ilmu tidak akan terjejas.
17. Melalui dasar ini, bolehkah Sekolah Kebangsaan menjadi lebih baik dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ?
- Mungkin. Bagaimanapun ia masih bergantung kepada cara perlaksanaannya di peringkat sekolah.
- Ia amat bergantung kepada pentadbiran sekolah dan guru-guru.
- Ia juga amat bergantung kepada tahap penglibatan oleh ibu bapa.
19.Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar Melayu di luar bandar tidak menjadi mangsa?
-Ada pelbagai strategi digunakan, misalnya menambahkan jumlah guru, prasarana, mewujudkan persekitaran berbahasa Inggeris, kemudahan ICT dan sumber buku-buku.
-Kerajaan akan cuba memperhebatkan pembinaan makmal bahasa dan makmal sains di sekolah-sekolah luar bandar.
-Kerajaan juga akan membangunkan kurikulum yang membolehkan anak-anak berfikir menjadi orang kreatif. Strategi baru ini akan lebih menumpukan perhatian kepada `discovery learning’.
20.Dapatkah itu membantu pelajar Melayu luar bandar bersaing dengan pelajar-pelajar di bandar yang mendapat pendedahan yang lebih baik dari peringkat prasekolah lagi?
- Sebenarnya mulai tahun 2001, Kementerian Pendidikan telah meningkatkan jumlah tadika di sekolah-sekolah kebangsaan. Setiap tahun kerajaan akan membina sejumlah 1,550 buah tadika sehingga tahun 2007.
-Tadika ini akan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar anak-anak dalam Matematik dan Sains.
-Bila tiba 2007 nanti, kebanyakan pelajar tidak lagi menghadapi masalah bila melangkah ke tahun satu.
21.Sejauh mana ibu bapa patut berperanan bagi memastikan kecemerlangan anak mereka?
-Ibu bapa mesti sanggup mengorbankan masa untuk membantu dan melihat perkembangan para pelajar.
-Ibu bapa perlu melibatkan diri dengan PIBG dan berkomunikasi dengan guru-guru bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan pelaksanaan dasar ini.
-Pandangan ibu bapa dapat membantu guru memahami masalah pelajar. Pada masa yang sama pandangan guru juga dapat membantu ibu bapa memahami masalah anak mereka.
-Prestasi sekolah yang ibu bapa dan gurunya saling berkomunikasi selalunya lebih baik dari sekolah yang ibu bapa dan gurunya mengambil sikap tidak ambil peduli.
22.Bagaimana UMNO boleh membantu perlaksanaan dasar ini?
-UMNO boleh bertindak sebagai `Rakan Pendidikan Rakyat’.
-UMNO perlu tampil ke hadapan untuk memulakan kerjasama dengan rakan teras pendidikan yang lain seperti pentadbiran sekolah, PIBG, guru-guru dan ibu bapa.
-UMNO boleh membantu rakan teras pendidikan yang lain dalam membuat perancangan, melaksanakan tindakan dan mengumpul dana.
-Jawatankuasa Biro Pendidikan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri perlu mengkaji Gerak Kerja yang dicadangkan oleh Konvensyen ini dan melaksanakan sebanyak mungkin program yang termampu di Bahagian masing-masing.
Kesan Kepada Negara
23.Apakah kesannya jika rakyat Malaysia tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi?
-Bukan rakyat sahaja yang ditimpa masalah. Negara juga akan terjejas dan hilang daya saing.
-Terdapat kajian yang menunjukkan; cubaan Jepun untuk menjadi kuasa IT dunia terbantut kerana rakyat Jepun tidak mampu berbahasa Inggeris.
-Tidak ramai rakyat Jepun dapat bekerja di luar negara. Statistik menunjukkan hanya 500 orang jurutera IT bangsa Jepun yang bekerja di Lembah Silikon, Amerika Syarikat. Sebaliknya ada 30,000 jurutera IT bangsa India di tempat yang sama.
-Tidak ramai bakat-bakat asing yang mahu ke Jepun disebabkan ada halangan bahasa.
24.Apakah matlamat akhir yang ingin kerajaan capai dari perlaksanaan dasar ini?
-Kerajaan mahu memperkasakan rakyat dan negara.
-Melaluinya rakyat dan negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa, dan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa termaju di dunia ini.
Tuan tak bernama,
resolusi UNESCO tersebut adalah pada tahun 1951, dah dekat 57 tahun jugak la usianya, dah nak sama tua dengan golongan tua yang berdosa kepada perjuangan bahasa di negara kita. (baca komen dan tulisan saya sebelum ini tentang samseng bahasa dan orang bahasa)..... :) :) :)
walhal, polisi bahasa kesatuan eropah dah jauh berbeza. baca di bawah utk memahaminya;
The EU’s language policy promotes multilingualism and aims for a situation in which every EU citizen can speak at least two foreign languages in addition to their mother tongue. This follows the call by EU leaders at the March 2002 Barcelona European Council that every child in the EU should be taught at least two foreign languages from an early age.
Content Language Integrated Learning (CLIL) refers to any dual-focused educational context in which an additional language, thus not usually the first language of the learners involved, is used as a medium in the teaching and learning of non-language content The CLIL Compendium received support from the Directorate-General for Education and Culture of the European Commission.
bandingkan dengan -
UNESCO (1951:691) telah meluluskan resolusi pendidikan yang berbunyi:
Kata Baha zain, "Mereka ilmuwan dan budayawan yang berhasrat menyatakan kebenaran. Mereka telah dilatih dengan prinsip keilmuan, iaitu menerangkan kebenaran."
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya tidak ada masalah dengan mereka yang berhujah atas dasar kebenaran. Seperti yang saya selalu katakan;
Saya menghormati para pejuang bahasa yang berjuang dengan cara bekerja keras memartabat dan memperkasa bahasa Melayu; yang faham tentang pentingnya disemarakkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan; yang faham bahawa banyak yang perlu dilaksanakan untuk memperkasa bahasa Melayu bukan setakat bercakap, berslogan dan bersorak semata-mata; yang faham bahawa perjuangan bangsa perlu diutamakan kerana daripada bangsa baru wujudnya bahasa; yang berhujah dengan rasional dan di dalam lingkungan tradisi ilmu; yang kenal yang mana musuh bahasa dan yang mana satu hantu raya yang pandai mengambil kesempatan semata-mata.
Kalau yang berhujah secara emosional di luar batasan tradisi ilmu; yang berhujah dengan kasar; yang menipu dan memanipulasi data kajian; yang mengugut dan membentak; yang keliru tentang yang mana lebih utama bahasa atau bangsa; yang bersikap double standard dan berkompromi dengan puak yang mengenalkan papan tanda pelbagai bahasa; yang merendah-rendahkan perjuangan murni memartabat bahasa Melayu menjadi perilaku tidak rasional di jalanan; itu bukan Pejuang Bahasa. Itu mungkin Samseng Bahasa.
Apakah samseng bahasa ini terasa begitu hebat sehingga sanggup menunjuk kekuatan di jalan raya? bukan di pentas intelektual? Apakah samseng bahasa ini terlalu hebat sehingga buta yang kestabilan negara, ekonomi dan perjuangan bahasa jauh lebih utama dan lebih penting dari perjuangan bahasa?
Susah sangat kah nak faham apa yang saya cakap? Atau mungkin mereka memang tak reti bahasa dan tidak berbudi bahasa?
Bukan PPSMI yang patut dipersalahkan. Sepanjang pengamatan saya, saya tidak rasa ia akan membunuh bahasa Melayu seperti yang diperbesar-besarkan oleh golongan tertentu(seperti yang saya hujahkan di dalam artikel saya sebelum ini), tetapi hanya dijadikan alasan oleh golongan `orang bahasa' untuk menutup kelemahan dan kelalaian mereka sepanjang tempoh 20 tahun ini di dalam usaha memartabat dan memperkasa kedudukan bahasa Melayu di dalam negara. Dalam kalangan mereka ini termasuk mereka yang banyak bercakap di kedai kopi tapi kurang bekerja, yang melembabkan kegiatan penerbitan, penterjemahan, kebahasaan dan kesusasteraan di dalam negara; 'ulama' bahasa yang menyusahkan pengguna; yang bertutur dalam bahasa yang begitu tidak `natural' kedengarannya; yang hanya berjuang untuk memastikan hanya karya mereka dibeli oleh Kementerian Pelajaran sehingga meminggirkan karyawan-karyawan muda dan yang keliru tentang peranan dan tanggungjawab mereka di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka.
PPSMI.... dilema, dilema
Dulu masa zaman british dan sedikit masa kemudian lepas merdeka- ada English stream. bapa saya,tun M,Tok Lah, DSAI dan ramai pemuka2 hebat zaman ini semua dari English stream ni.My abah speak perfect english until now,and my late grand dad. semua orang kg saja, orang tangkak dan buluh kasap,johor.tiba2 kerajaan tutup stream ni. Cuba Tun cek bila di tutup aliran ingeris ni dan sapa education minister masa tu dan dari parti mana?ops dari umno la kan. saya dan abah saya memang sokong PPSMI ni, tak da masalah dulu zaman tak pakai kasut pun ble lepas, skrag zaman internet tak kan tak lepas.
Cuba Tun sbgi S.O Education minister semak balik, mcaman zaman dulu tu benda ni boleh fly, boleh berjaya.Teknik pembelajaran kah?
apakah kerana gang2 misionary(gang2 rahib n paderi la kan,aku pun dari st. anthony T. intan) ni pandai mengajar, dari segi kurikulum apa yang beza, dari segi terpaksa belajar ke, dari segi budak dulu lagi terrer ke dari budak sekarang.
dan gang old timer ni pun cukup hebat menulis dan bertutur dalam BM, tak da masalah, Tun M ka,Ungku Aziz ka,DSAI ka,sapa pun lah.
kalu Tun boleh cari dan kaji jgn kata PPSMI, geografi ka, akaun ka, apa pun boleh belajar dalam BI.
Or must we ignite back this so called English stream.
Allah Maha Mengetahui, Amin.
Post a Comment