Mengikut pandangan seorang peguam, Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak (UTNPk) mengkehendaki Nizar meletak jawatan majlis mesyuarat kerajaan. Fasal 16(7) menyebut jawatan MB adalah dengan keredhaan DYMM Tuanku Sultan Perak. DYMM Tuanku telah enggan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri berrdasarkan peruntukan di bawah Fasal 18(b). Fasal 18(a) dan 16(7) jika dibaca dengan seksyen 47 Akta Interpretasi Kuasa, menyebut kuasa melantik dan memecat MB adalah kuasa mutlak DYMM Tuanku Sultan. Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda agar tidak tertipu dengan helah penderhaka yang bernama Nizar ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
3 comments:
'Campur tangan Tuhan' di Perak
Utusan Malaysia, 12 Februari 2009
Oleh MALIM GHOZALI PK
Pada minggu ketiga Jun 2008, penulis dijemput menghadiri majlis jamuan makan mesra anjuran sebuah kelab Melayu di Perak. Jamuan tersebut diadakan di sebuah kelab golf, kira-kira setengah jam perjalanan dari Ipoh. Padang golf di atas tapak bekas lombong bijih timah itu menawarkan suasana yang cukup memukau.
Tetamu khas yang dijemput menyampaikan ucaptama pada malam itu ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, jurutera yang ketika itu baru tiga bulan setengah menduduki kerusi Menteri Besar Perak.
Itulah kali pertama penulis mendengar Nizar berucap di khalayak ramai. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk cuba mendapatkan keyakinan ahli-ahli kelab. Ia bukan sebarang kelab.
Ahli-ahlinya terdiri daripada golongan atasan dan menengah Melayu Perak. Walaupun ahlinya tidak ramai, kelab itu cukup berpengaruh dan sudah menabur bakti sejak awal 1970-an.
Nizar cuba menarik perhatian audiens dengan memulakan ucapan dalam bahasa Mandarin sebelum beralih ke Tamil. Penulis nampak ada semacam kejanggalan dengan sikapnya itu.
Semua hadirin adalah orang Melayu. Beliau seperti tidak arif menggunakan pengetahuan dan kefasihannya mengikut situasi dan konteks.
Seterusnya beliau merungut, kerana menurutnya kebanyakan orang Melayu Perak tidak meraikan kemenangannya dan tidak mengalu-alukan penubuhan kerajaan campuran DAP-PKR-Pas. Beliau menyatakan kekecewaan dengan situasi itu.
Rakan di sebelah penulis bagaimanapun berbisik: "Menteri Besar ini asyik gunakan modal dan retorik yang sama sejak beliau naik. Bagaimana saya boleh meraikannya jika yang menang bukan Melayu dan beliau pula dibayangi oleh orang lain?" Penulis hanya mampu berdiam diri kerana tidak boleh memberi komen terlalu awal.
Menteri Besar itu seterusnya mengucapkan beberapa potong ayat al-Quran dan memberikan tafsirannya. Penulis ketika itu mula berasa seperti berada di kuliah subuh dan terfikir adakah Nizar sedang mempromosi imej 3 dalam 1: "politikus, intelektual dan agamawan"?
Beliau turut menghujahkan dengan panjang lebar bahawa kerajaan campuran di Perak adalah hasil Divine Intervention (campur tangan Tuhan). Ia hasil kegagalan kerajaan terdahulu.
Istilah itu disentuh dan ditekankan beberapa kali. Agaknya beliau mahu mewajarkan pelantikannya dan pada masa yang sama mahu memberikan nilai dan sentuhan keagamaan.
Namun agak menghairankan kenapa beliau tidak mengaitkan semua itu dengan takdir. Istilah itu lebih mudah difahami memandangkan semua audiens yang hadir adalah Melayu dan beragama Islam.
Islam menuntut penganutnya beriman dengan takdir, seperti firman-Nya dalam surah al-Qamar, ayat 49. "Sesungguhnya Kami telah menjadikan setiap sesuatu dengan ukuran."
Penulis akhirnya membuat andaian, Nizar mungkin memilih istilah itu kerana ia lebih mudah difahami oleh rakan-rakan kongsinya dalam kerajaan campuran. Kepercayaan dan ideologi parti-parti di dalam pakatan itu bukankah sangat berbeza?
Sewaktu sesi soal jawab, seorang ahli perniagaan yang juga bekas pegawai kanan kerajaan membangkitkan isu tanah. Katanya, beliau mendengar ada desas-desus bahawa hak milik kekal akan diberikan kepada penduduk di kampung-kampung baru Cina.
Menurut bekas Pegawai Daerah itu, isu tersebut amat sensitif. Ia akan merubah landskap pemilikan hartanah di Perak secara drastik. Usahawan itu melengkapkan soalan mengenai isu tersebut dengan fakta-fakta yang meyakinkan.
"Semua masih di peringkat kajian. Kita akan mendapatkan pandangan perundangan daripada pihak-pihak tertentu," jawab Nizar kepada soalan itu.
Ketika itu, audiens telah tahu bahawa pihak perundangan Perak telah menasihatkan kerajaan negeri mengenai isu tanah tersebut.
Jadi, siapakah "pihak-pihak tertentu" yang dimaksudkan oleh Nizar? Semua yang hadir kebingungan.
Malam itu, ketika memandu pulang selama tiga jam ke Kuala Lumpur, ada puisi menjelma di benak penulis. Semuanya berkisar tentang kedatangan seorang pemimpin yang bijak tetapi angkuh, dan akhirnya dia tidak dipedulikan.
Apakah ia adalah firasat bahawa pemimpin yang baru saya temui tidak akan bertahan lama?
Kesan magis retorik hanya mampu bertahan buat seketika. Politik memerlukan lebih daripada itu. Penulis namakan sajak itu Merah Derita Senja Ketika Tiba Wira. Sajak itu tersiar dalam Dewan Sastera, Ogos 2008.
Merah Derita Senja Ketika Tiba Wira
(Buat mnj)
Merah derita senja disapa kelam begitulah.
Rimbun mempadang pun lestarikan
Sandiwara pawana yang panjang.
Sebentar akan datang malam
membawakan wira berbakat besar.
Berlakonlah sang mandala putera
pentas ini terbuka selamanya
sayang seri panggung sudah lama beradu.
Menyanyilah bertandaklah selagi mampu
lampu limpah mengerlipkan lantari hijaumu.
Tanpa serunai biola kecapi tifa dan tambur rucah
langkah dan lenggang siapa pun mati terkunci.
Merah derita senja terbenam di perut malam ketika tiba wira di pentas terbuka milik kita.
Clearwater Sanctuary BATU Gajah, Perak
Ahli politik memang sukar membebaskan diri sepenuhnya daripada kepungan paradoks 'pemimpin politik' dan 'pengamal politik' seperti juga kesulitan sasterawan membezakan antara 'membaca' dan 'menulis'.
Namun penyelesaian yang seratus peratus non-paradoks juga sukar ditemui. Lalu iman, rasional dan akal budi yang sering menjadi benteng penyelamat.
Genap tujuh bulan setengah selepas makan malam itu 'campur tangan Tuhan' yang disebut-sebut oleh Nizar berlaku lagi di Perak. Cuma bezanya ia tidak menyebelahi kerajaan campuran.
Namun Nizar ingkar dengan takdir itu. Beliau juga enggan menerima apa yang menimpa dirinya dan kerajaan campuran sebagai "qada dan qadar".
Kini, berdasarkan perkembangan semasa di Perak, penulis ini menyoal bekas Menteri Besar itu adakah insiden yang menimpa kerajaan campuran di Perak pada 4 Februari lalu merupakan 'campur tangan Tuhan'? Perkataan itu sebenarnya tidak dikhususkan untuk menyebelahi kerajaan campuran pembangkang sahaja.
Ia juga boleh mengangkat martabat Barisan Nasional. Bukankah Allah telah mengukur setiap kejadian-Nya?
Bijak mengumpul pengikut di jalanan tidak semestinya bijak mentadbir. Yang jelas, budaya demonstrasi jalanan sudah menular ke pentadbiran negeri.
Nizar juga rupanya sudah lupa sopan santun dan seni berbahasa. Beliau mengatakan Sultan Azlan Shah "memohon supaya saya meletakkan jawatan".
Adakah beliau tidak faham yang Sultan sebenarnya telah menitahkan beliau meletak jawatan atau dalam kata lain, "letak jawatan sekarang".
Sementara itu, sentimen ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap institusi kesultanan Melayu juga jelas. Beliau mengarahkan Nizar meneruskan tugas sebagai "Menteri Besar".
Beliau menegaskan "mahkamah rakyat" adalah gelanggang sebenar untuk menguji sokongan dan mencari kepastian. Penulis setuju. Namun kita perlu menunggu.
Mahkamah rakyat akan bersidang empat tahun dari sekarang. Penulis setuju dengan pandangan Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Anwar.
Malim Ghozali PK ialah penulis karya kreatif dan esei akademik serta isu-isu semasa
Minta pandangan tun tentang tindakan derhaka UMNO pada Sultan Perak pada tahun 1974
Olahan isi buku (catatan rekod sahih) biografi Tan Sri Ishak Tadin dan sumber maklumat http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/mengenang-sejarah.html
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan.
Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974.
Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun).
Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian.
Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut.
Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian.
Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian.
Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu.
Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan.
Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah.
Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja.
Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh.
Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak.
Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan.
Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan.
Tuan, pertama, kalau cerita tuan itu betul (bukan dongengan dan rekaan, kerana puak PKR dan Pas ni ramai yang suka buat cerita dongengan dan rekaan sbb mengambil tauladan dari pelakon utama, sdr Anwar Ibrahim yang dulu kena racun arsenik dan perlu pembedahan yg kritikal, anehnya masih hidup sampai sekarang) yang derhaka bukan UMNO. Kalau betul pun yang derhaka adalah individu tersebut, bukan UMNO.
Kedua, mungkin ketika itu Almarhum sultan tidak mempunyai kebijaksanaan seperti Tuanku yang sekarang.
Ketiga, penderhaka Nizar hanya boneka, yang tidak dapat mempertahankan kedudukan dan hak org Melayu, sedangkan mungkin MB ketika itu, lebih mampu mempertahankan kedudukan org Melayu, maka kemurkaan Tuanku tidaklah seperti terhdp Nizar.
Keempat, sokongan SUK terhadap Ghazali mungkin kuat, sedangkan Nizar penderhaka dan pengkhianat Melayu telah kehilangan kepercayaan SUK.
Kelima, bila tuanku tak perkenan, akhirnya Ghazali kena letak jawatan juga. Bila berdegil mcm Nizar, itu menunjukkan sikap org Pas yang tak tahu malu, tak boleh menerima takdir, berkata sesuatu yang dia sendiri tak laksanakan, ingatlah amat besar kemurkaan allah terhdp org yang berckp tapi x melaksanakan. Terimalah takdir, qada dan qadar drpd Allah swt.
dalam undang-undang tubuh negeri perak meletakkan perkenan sultan melebihi perkara lain, maka ikutlah apa yang diperuntukkan oleh undang2 dan ikutlah adab sopan org Melayu.
Post a Comment