Tuesday, January 5, 2010

Mahfuz, ini bukan soal politik


Mahfuz Omar sememangnya KEJI. Beliau sanggup mempolitikkan isu terjemahan kalimah God kepada Allah ini demi tujuan politik yang beliau sendiri ketahui. Seperti penipu-penipu PAS sebelum ini, Dr Mahfoudz Mohamed dan Husam Musa, beliau juga menipu BILA membuat dakwaan tidak berasas bahawa isu Allah ini adalah `UMNO political diversion'.

Saya tidak nampak isu ini ada sebarang kaitan dengan UMNO. Ia juga bukan mengenai Pas ataupun PKR. Ia adalah tanggung jawab perorangan setiap orang Islam untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan memelihara aqidah umat Islam dari dipesongkan. Ia merupakan kebangkitan umat Islam sebagai respon terhadap kegelisahan dan perasaan marah mereka; asli dan tulus terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini.

Bagi lebih 2500 rakan-rakan Facebook (FB) saya, mereka boleh menjadi saksi tentang apa yang saya perkatakan ini.

Kali pertama saya meletakkan `post' mengenai keputusan permohonan kalimah Allah di status FB saya ialah pada 15 Disember 2009, dan saya tidak pernah menjangka bahawa keputusan mahkamah tidak menyebelahi Menteri Dalam Negeri. `Posting' saya bertajuk - "Terpeliharakah aqidah Muslim? - Kuala Lumpur, Dec 15 - All father Lawrence wants for Christmas is to be allowed to use the word `Allah' to refer to the Christian God...... - siapakah yang masih sensitif tentang perkara ini? Yang tentunya Anwar tak kisah..." Hanya 26 respon diterima.

Mungkin ketika itu ramai yang tidak begitu kisah, merasa selesa dan beranggapan bahawa keputusan mahkamah akan menyebelahi kita.

Pada 20hb sekali lagi saya `post'kan perkara yang sama, kali ini hanya 15 respon sahaja diterima. Pada 30hb, `posting' saya berbunyi "Gereja Guna Nama Allah - bagi mereka yang berkesempatan, tunjukkan keprihatinan untuk mendengar keputusan hakim dengan hadir di tingkat 5, Mahkamah Tinggi Jalan Duta, 30 Disember 2009. Berdoalah agar aqidah umat islam akan terus terpelihara dan muslihat golongan Nasrani untuk memesongkan aqidah anak muda Islam dipatahkan.." Kali ini hanya 5 respon diterima.

Namun apabila keputusan dibuat pada 31 Disember, saya telah `post'kan "Mahkamah Tinggi putuskan penggunaan nama Allah untuk gereja dibenarkan dan arahan Menteri Dalam Negeri sebagai tidak sah - perlu segera bawa ke Mahkamah Rayuan!!!!", 92 respon diterima! Itupun masih ramai yang tidak dapat hadir ke mahkamah, termasuk saya, sehingga mengundang rasa tidak puas hati blogger GAP dan Faisal Rohban.

Seperti mereka, saya juga marah. Andaian saya sudah tentu ramai juga orang Islam Malaysia yang marah, kecewa, sedih dan gelisah dengan keputusan ini melainkan sesetengah penyokong pembangkang yang naif dan tertipu dengan retorik pemimpin mereka.

Tengah malam yang sama, mesej bahawa bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah telah beredar di `wall' FB. Saya pun tidak tahu siapa penganjurnya. Sehingga 4.30 pagi saya berjaga untuk menyiapkan artikel "Bangkit dan tentang keputusan benarkan gereja guna perkataan Allah" dan kelihatan ramai juga rakan-rakan blogger yang menulis mengenainya pada pagi yang sama.

Esoknya saya hadir seorang diri di atas kesedaran sebagai umat islam saya wajib memberi sokongan kepada inisiatif ini, namun mungkin kerana mesej ini diedar pada saat akhir, hanya sekitar 20 orang yang berkumpul di sana. Barulah saya ketahui ia dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA). Selain anggota PERKASA, sejumlah individu seperti saya, alhamdulillah ada sekitar lapan orang adik-adik dari Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang turut hadir memberikan sokongan. Walaupun tidak ramai, namun di sana sini terdapat sejumlah pihak yang memberikan pandangan yang hampir sama.

Keesokannya pula (Sabtu), lebih ramai yang menyatakan pandangan mereka. Antaranya adalah Mantan Perdana Menteri YABhg Tun Dr Mahathir, Timbalan Preisden Pas YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Hj Ahmad dan yang paling menarik sanggahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible (klik sini).

Pada hari Ahad, semakin banyak suara bantahan dinyatakan di seluruh negara, di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur (klik sini). Saya merekodkan juga selain suara para bloggers, terdapat usaha menyuarakan bantahan melalui kumpulan FB yang berjaya menarik 19,000 pengikut dalam masa tidak sampai tiga hari. Saya hanya mengenali `creator'nya dengan nama FBnya saja, iaitu Ali Baba Bujang Lapuk. Pada waktu yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membangunkan Petisyen Dalam Talian bagi umat islam Malaysia menyatakan bantahan. Satu lagi petisyen dalam talian FB juga telah diwujudkan.

Alhamdulillah, hari ini perkembangannya lebih menggalakkan. Para blogger telah memulakan kempen mereka, iaitu Bloggers against Blasphemies (BaB). Manakala Kumpulan FB `Menentang Penggunaan Nama Allah Oleh Bukan Islam' telah mempunyai pengikut sejumlah hampir 55,000 orang dalam masa tiga hari sahaja dan diberi liputan oleh Reuters dan Haarez.Com .

Walaupun begitu, kita masih belum selamat. Isu ini masih belum selesai. Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru memfailkan rayuan dan permohonan untuk menangguhkan keputusan mahkamah. Kita masih belum tahu apa keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Tindakan Mahfuz menuduh tanpa bukti, mereka-reka cerita dan menipu seperti ini adalah tidak bertanggung jawab dan boleh menjejaskan solidariti ummah dalam memperjuangkan perkara ini.

Bagi saya, penentangan ini tiada kait mengait dengan UMNO, PAS dan mana-mana parti politik. Penentangan ini adalah suara hati rakyat Islam Malaysia yang berasa bimbang, marah dan kecewa dengan keputusan ini kerana ia boleh menjejaskan aqidah generasi muda Islam masa hadapan dan menyebabkan kekeliruan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ia juga adalah penentangan terhadap pembohongan pihak tertentu kerana kalimah Allah tidak pernah digunakan oleh dalam kitab Torah dan Bible malah menurut pemimpin agama Kristian sendiri terjemahan tersebut juga dianggap terpesong dalam kerangka teologi Kristian.

Terjemahan yang paling tepat untuk God dalam Bible adalah Tuhan. Tuhan boleh mengambil apa saja bentuk termasuk Father God, Jesus, Holy Spirit (salah satu atau ketiga-tiganya sekali), Dewa Zeus, Aphrodite, Hercules, Kuan Yin, Monkey God, batu, kayu, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Bagaimanapun Allah tidak mungkin sama dengan Jesus, Tuhan Bapa atau Roh Kudus. Jika Allah adalah Jesus, maka siapa Tuhan bapa? Bapa kepada Allah? atau Allah anak kepada Allah bapa? Kita tidak ada masalah jika Tuhan Bapa atau Jesus atau Roh Kudus mahu jadi Tuhan, salah satu atau ketiga-tiganya. Buatlah apa yang mereka suka, malah nak menterjemahkan God sebagai Khalid Samad pun tidak mengapa....

Jika Mahfuz tidak mahu bersama menentang terjemahan God kepada Allah, tidak mengapa, tetapi jangan menipu dan mendakwa yang bukan-bukan. Bukan soal kepentingan politik yang kita perjuangkan di sini, sebaliknya masa depan Islam dan aqidah umat Islam!!!

2 comments:

  1. Salam Tuan,

    Selama hari ini PAS mempermainkan agama Allah dan ayat suci Al-Quran untuk kepentingan politik mereka...

    Maka hari ini Allah SWT membayar kepada mereka dengan kalimah nama suci Allah itu sendiri mereka berpecah, kehilangan sokongan dan tidak lagi dihormati...

    Sesungguhnya Al-Quran ialah mukjizat...jangan sesekali mempermainkan ia untuk kepentingan kita...

    ReplyDelete
  2. Salam & Salam 1Malaysia,

    Kata-kata begini dengar boleh pakai tak boleh atau dua-dua pun tak boleh

    ReplyDelete