Sinchew Daily News
Perkara: negara berpendaptan tinggi?
Opinion Corner m/s 38
15 Disember 2011
Tajuk: Jauh Lagi Perjalanan Untuk Menjadi Negara Berpendapatan Tinggi
Lim Sue Guan/ Timbalan Editor
Baru-baru ini seorang pembaca menalifon saya bertanyakan, kenapa pihak kerajaan bersungguh-sungguh mahu mencapai negara berpendapatan tinggi, tetapi tidak menggalakkan rakyat berkerja keras ke arah itu?
Apa yang disampaikan oleh pembaca tersebut memang benar, rakyat Malaysia boleh dikatakan tidak berkerja keras, semuanya mahu buat kerja-kerja yang mudah dan mahukan gaji yang tinggi; pekerjaan yang penat, pekerjaan yang kotor mereka tidak mahu buat, setiap sektor itu tidak ada orang kita yang mahu bekerja lagi, kita terpaksa ambil buruh asing. Akhirnya gaji minima buruh asing itu akan menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia sendiri, akhirnya apa yang mahu dicapai tidak kesampaian, pendapat tinggi tak tercapai malah tergantung di tengah-tengah jalan.
Persatuan pengangkutan lori-lori Malaysia kekurangan pemandu yang amat ketara, mereka mencadangkan kepada kerajaan membenarkan buruh asing memiliki lesen memandu lori dan boleh pemegang jawatan pemandu lori; peniaga makanan membantah pihak kerajaan mengenakan akta perdangaan manusia, melarang majikan membawa pembantu rumah mereka menolong di restoran majikan mereka. Siapakah yang timbulkan keadaan seperti itu?
Ibu bapa kaum Cina membantah pendidikan Vokasional, apabila golongan orang lama tinggalkan kemahiran teknikal, banyak kekosongan di bidang teknikal yang perlu diisi, siapa pula yang akan mengisi kekosongan itu? Jika kita tiada orang-orang teknikal, industri kecil dan sederhana negara ini akan terencat.
Di dalam keadaan yang menginginkan tiket undi, parti pembangkang dan parti pemerintah tidak mahu sebut perkara-perkara buruk yang berlaku dan sedang berlaku, supaya rakyat lebih berusaha gigih lagi, mereka lebih sibuk dengan menabur duit. BN menabur duit kepada murid sekolah rendah dan menengah 100 ringgit setiap murid, menabur duit 500 ringgit kepada golongan keluarga berpendapatan rendah, MCA pula sedekah kepada ahli-ahli veteran MCA 100 ringgit; taktik-taktik dari Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebatnya, memberi saguhati kepada orang-orang golongan tua 100 ringgit, dan memberi imbuhan kepada kanak-kanak baru lahir 200 ringgit, memberi kupon berbelanja harian sebanyak 100 ringgit kepada orang-orang tua, memberi 2500 ringgit wang saraan, dimana kelihatan orang ramai tidak perlu bersusah paya untuk mendapat duit, bukankah dengan itu mereka tidak mahu sibuk lagi untuk berkerja keras untuk mendapatkan duit?
Bermula pada tahun depan 1.4 juta kakitangan kerajaan akan mendapat kenaikan gaji di antara 7 peratus sehingga 13 peratus; di bawah polisi skim gaji paling minima, gaji paling rendah buruh akan berada di tahap 700 ringgit sehingga 1300 ringgit sebulan.
Kenaikan gaji sebenarnya bertujuan untuk meringankan beban sara hidup rakyat, tidak boleh dinafikan, tetapi adakah kenaikan gaji itu ada kaitannya dengan sara hidup? Jika hasil pengeluaran tidak ditingkatkan, modal di sektor perdagangan juga akan meningkat tinggi, malah kenaikan gaji akan timbul satu pusingan inflasi, bermakna kenaikan gaji itu akan menjadi sifar semula.
Di dalam akhbar terbaca hasil tuaian padi orang-orang Melayu, Cina dan India di Sekinchan memuaskan, terasa sangat menyentuh di jiwa. Itu adalah hasil dari kegigihan dan kerajinan usaha mereka, mereka mendapat hasil yang memuaskan, bukankah ini masih lagi ada orang yang memahami konsep "apa yang dituai akan dapat hasil yang dituai jua"?
Orang-orang di Hong Kong boleh dikatakan dalam ranking teratas manusia yang suka kerja keras dan suka bertungkus lumus, apa yang mereka perolehi dan nikmati ialah kemakmuran di Hong Kong, ini adalah hasil dari semangat kegigihan orang-orang Hong Kong itu sendiri.
Di Eropah berlaku krisis hutang, ia telah libatkan Eropah utara. Prestasi ekonomi di Denmark, Norway dan Sweden lebih baik daripada Greece, Itali, Spain dan Belanda. Presiden Prancis tingkatkan umur persaraan daripada usia 60 tahun ke usia 62 tahun, menyebabkan 3 juta rakyatnya tunjuk perasaan; Sweden pula naikan umur persaraan sehingga ke usia 65 tahun, lebih tinggi daripada Prancis, namun rakyat mereka tidak berlaku sebarang ketegangan, pertumbuhan ekonomi Sweden pada separuh tahun pertama sebanyak 6 peratus, sebaliknya kerajaannya turunkan lagi cukai pendapatan, dianggap oleh pakar ekonomi, Sweden sebagi mutiara di kawasan benua Eropah, orang-orang tua di Eropah Utara akan menjadi pekerja sehingga berusia tua, namun mereka tidak mengejar kepada kebendaan. Jika ekonomi mengalami kelembapan, adakah Malaysia mampu mengharungi kepahitan itu?
Jika mahu menjadi sebuah negara maju dan negara berpendapatan tinggi, masih perlu membuat revolusi tentang nilai-nilai hidup; jika perkara-perkara seperti ini ataupun fikiran-fikiran seperti ini masih belum diterapkan, janganlah asyik bercakap kosong.
Nota: Tajuk posting tiada kena mengena dengan artikel bagi mereka yang memahaminya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Siapa anda? Siapa MEREKA? Tuntutan mereka... MuslimUPRo tubuhkan CENTHRA, fokus isu Islam dan Hak Asasi Manusia March...
-
Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia. Hairan, bagai...
-
Demonstrasi SMM dikecam Majlis Perwakilan Pelajar UPSI. http://www.utaranews.com/2012/01/demonstrasi-smm-dikecam-majlis.html Ma...
-
Teresa Kok: No official complaints, no visit By Azreen Hani Friday, February 3, 2012 http://www.mole.my/content/teresa-kok-no-of...
No comments:
Post a Comment