Showing posts with label papajahat. Show all posts
Showing posts with label papajahat. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

[Video] Hasan Ali - Dia tak sapu bini orang. Dalam penjara pun nak jadi PM #bebasAnwar901

Hassan Ali



Hasan Ali - Saya tak sanggup hadir 901

Hasan Ali dakwa dipecat kerana Anwar, Azmin
AHMAD NORMAN ABU TALIB
January 9, 2012

PETALING JAYA – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kesal dengan tindakan pemecatannya yang didakwa gara-gara desakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahukan beliau dipecat dari parti itu.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan yang dibuat Azmin yang mahukan Pas memecatnya menjadi punca pemecatannya.

Katanya, beliau mempertikaikan dan hairan mengapa Azmin masuk campur urusan dalaman Pas.

“Saya paling tak seronok bila desakan daripada Timbalan Presiden PKR yang mahukan Hasan Ali dipecat.

“Apa hak Azmin nak minta Pas lucutkan Hasan? Apa hak Azmin nak masuk campur dalam urusan rumah tangga Pas?,” katanya ketika menyampaikan ucapannya di rumahnya malam semalam.

Menurutnya, beliau percaya semuanya berpunca daripada kenyataan yang dibuatnya baru-baru ini tentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, isu pemecatannya timbul selepas beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Anwar mengenai kes liwatnya itu merupakan masalah peribadi.

Hasan berkata, beliau tidak mahu Anwar mengheret rakyat bersama perjuangannya yang didakwa kotor itu.

Beliau menegaskan tidak akan hadir menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901’ hari ini.

“Tetapi di mana timbulanya saya dipecat? Kerana Anwar Ibrahim. Sedangkan apa yang saya komen tentang dia adalah soal peribadi. Saya tidak mahu dia heret rakyat negara ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor perjuangannya.

“Saya tak sanggup nak hadir 901. Saya tak sanggup bersama. Saya adalah antara orang Pas yang tidak pernah keluar bersama Anwar,” katanya.

Menurutnya, sidang media berhubung pemecatannya serta penjelasannya akan diadakan dalam minggu ini.

Katanya, semua rentetan peristiwa serta halangan yang dihadapinya semasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam memperjuangkan tiga perkara berkenaan Islam, hak orang Melayu serta Raja-raja Melayu akan dijelaskan dalam sidang media itu nanti.

Turut hadir di rumahnya yang menyatakan tanda sokongan peribadi serta simpati adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali serta bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi oleh Hasan juga pernah dialaminya dalam memperjuangkan ketiga-tiga perkara terbabit.

Menurutnya, beliau melihat Hasan begitu konsisten dalam memastikan ketiga-tiga perkara tersebut dapat dijaga dengan baik.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapat tahu berita pemecatan serta-merta Hasan daripada ahli Pas

“Saya kagum dengan prinsipnya selaku Exco dalam menjaga kepentingan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu malah dalam isu berkaitan gereja baru-baru ini,” katanya.

Beliau mempelawa Hasan untuk menyertai Perkasa sekiranya tidak mempunyai mana-mana parti.

“Kalau tiada parti buat sementara waktu boleh join (sertai) Perkasa kerana Perkasa terbuka untuk Datuk anytime (bila-bila masa),” katanya.

Sementara itu, Nasharudin berkata, sokongan peribadinya yang diberikan kepada Hasan kerana komitmen yang diberikan Hasan dalam hal-hal berkaitan kepentingan agama.

Menurutnya, tindakan pemecatan tersebut dilihat sebagai drastik dan mungkin sejarah dalam parti.

Katanya, sekiranya Hasan ingin membuat rayuan berhubung pemecatannya itu beliau mempunyai tempoh 30 hari untuk berbuat demikian.

“Sebagai ahli Majlis Syura Pas, saya sebutkan peruntukan untuk rayuan tersebut masih ada ruang dan peluang untuk Hasan sekiranya beliau masih terus mahu berkhidmat kepada parti,” katanya.

PM @NajibRazak penghakiman bersihkan kerajaan dari tuduhan kospirasi dan campurtangan



901: Prime Minister's Press Statement

PRESS STATEMENT

1.  Today’s verdict shows once again that, despite what many have claimed, the Malaysian judiciary is an independent institution where neither politics nor politicians have any influence over the dispensation of justice.

2.  This further fortify the clear separation of powers of each branch of the Government where one does not interfere with the working of the other. As head of the executive branch, I respect the decision of the other branch of the Government namely, the judiciary.

3.  This case came about from a private individual and it was important that he had his accusations heard in court. Quite the contrary, far from being a politically motivated prosecution, it has been an unwelcome distraction from the serious business of running our country in the interests of the Malaysian people.

4.  Today’s ruling has vindicated the Government of the many baseless accusations of Government’s interference and alleged political conspiracy against the leader of the opposition.

Dato’ Sri Mohd Najib
Putrajaya
09 January 2012




Tuesday, August 30, 2011

Siapa rancang untuk kenakan Anwar dalam PR?



Saya janji tidak akan meliwat lagi - janji yang tinggal janji?


Jumlah yang meninggalkan Anwar semakin meningkat. Yang tinggal hanya mereka yang diliwat dan yang rela ditipu berulang kali sejak kisah racun arsenik lagi?



[Nota: Rakan blogger My Massa telah menganalisis beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini terhadap Anwar, termasuk jumlah kehadiran penyokongnya yang makin berkurang di mahkamah semasa perbicaraan kes liwatnya ke atas Saiful. Terbukti, tindakannya memberi kenyataan tidak bersumpahdi kandang pesalah dan mengelak untuk disoal balas oleh pendakwa raya menyebabkan semakin ramai di dalam Pakatan Pembangkang (PR) yang hilang kepercayaan terhadap Anwar. Saiful telah membuat kenyataan bersumpah dua kali, sekali dengan bermubahalah dan kedua di mahkamah. Kenapa takut Anwar?]


SAH! Ada Konspirasi Dalam Pembangkang Untuk Jatuhkan Anwar!

Cakap-cakap mengenai konspirasi terbaru untuk Anwar Ibrahim semakin kuat kedengaran.

Kalau dulu, dengar sayup-sayup je.

Dikatakan semakin ramai pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP dan PAS cuba merancang siapakah yang akan menggantikan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bagi DAP dan PAS, hayat Anwar dalam dunia politik semakin singkat. Talian hayat yang biasa Anwar dapat dari luar negara semakin berkurangan.

Malah, cerita mengenai perjumpaan antara Ku Li dengan Nik Aziz telah disahkan kesahihan berita tersebut. Cerita ini macam cerita Kerajaan Perpaduan. Mula-mula dok nafi. Akhir sekali kebenaran akan terserlah.

Hari ini keluar berita mengenai peguam Anwar sendiri menghentamnya.

Klik untuk besarkan imej.


Pemimpin-pemimpin DAP dan PAS tahu mengenai kes liwat ini dengan lebih terperinci tetapi mereka masih mengikut game plan Anwar kerana Anwar masih boleh dipergunakan lagi.

Dalam hakikat yang sebenar, tiada konspirasi yang dibuat oleh BN untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kes liwat. Yang ada konspirasi untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai bakal PM secepat mungkin. Jika kes liwat adalah konspirasi BN, bagaimakah Singapura, Australia dan Amerika Syarikat sendiri mengetahui hakikat bahawa Anwar seorang peliwat? Berapa banyak BN bayar diplomat ketiga-tiga negara tersebut untuk bersekongkol dengan BN? BN tidak bersama-sama mereka tetapi telah mengetahui perkara ini lebih awal lagi. Sekitar pertengahan tahun 90an, pegawai kedutaan Singapura telah melaporkan kepada Kuan Yem mengenai perangai buruk Anwar Ibrahim. Perkara ini kemudiaanya disampaikan kepada Tun Mahathir oleh Kuan Yew sendiri semasa pertemuan 4 mata antara mereka. Namun, ketika itu Tun Mahathir menolak kenyataan Kuan Yew kerana beliau yakin bahawa Anwar tidak melakukan perkara tersebut.

Sebab itulah apabila Tan Sri Harussani cuba memujuk Tun untuk tidak memecat Anwar, Tun tetap dengan keputusannya. Kerana Tun telah mengetahuinya lebih awal melalui Kuan Yew. Dan ketika itu Tun yakin bahawa keputusannya akan dapat menyelamatkan lebih ramai rakyat dari menjadi mangsa kerakusan Anwar Ibrahim. Hal ini dijelaskan oleh Tun Mahathir sendiri dalam buku beliau, A Doctor In The House:
Baca seterusnya di blog My Massa -
http://mymassa.blogspot.com/2011/08/sah-ada-konspirasi-dalam-pembangkang.html

Thursday, August 25, 2011

#Sodomy2 Plastik? Plastik apa Anwar? Inilah plastiknya labuuuuuuu....

Kot ya pun tak cerdik, jangan la menampakkan sangat diri tu tak cerdik... :) Inila blogger pembangkang yang lemah ilmu, lemah fikiran, lemah pengalaman. Akhirnya - kualiti yang serba lemah inilah yang menyebabkan pemimpin mereka begitu mudah menipu mereka. Tak percaya? baca sendiri blog MIM di bawah:


Liwat Anwar Ibrahim ! Apabila Blogger Otai Pro-Pembangkang Cuba Tunjuk Terer Pada Blog MiM !



Rakan MiM alertkan MiM tentang satu artikel yang ditulis oleh blogger pro-pembangkang yang mengkritik artikel MiM bertajuk DEDAH ! Kes Liwat Anwar Ibrahim - 'Objek Plastik' Yang Dimaksudkan Oleh Dr Hospital Pusrawi ?

Blog pro-pembangkang ini dikatakan banyak dengan kenyataan gelak ketawa, ketawa gelak. Itu sahaja.

Di antara tulisan blogger tersebut:-

Owhh okey2. AKu tunjuk. Tapi dengan satu syarat. Jangan tak gelak taw. Pendedahan neh bukan di buat oleh aku. Ia dibuat oleh blogger umno. Seorang yang mengakui bahawa dia doktor. Sapa lagi kalau bukan si novari tue. Dia larh yang dedahkan objek di bawah neh telah masuk ke dalam tuttt.. si saiful.

Dah bersedia larh.. jeng jeng jenng.. inilah dia objek plastik yang dimaksudkan tue


kah opsss... belum lagi masa untuk gelak beb. Meh baca dulu hujah dr novari neh. Hujah si novari neh ialah

1. Dia cakap doktor osman periksa tutt si saiful guna objek di atas <-- Mana dia dapat info neh? Dia kaji. Dia yang mengaku dalam blog dia beb. Heh.

2. Dia cakap benda di atas neh diperbuat daripada plastik.

3. Dan dia juga cakap memang benar ada objek plastik di masukkan ke dalam tuutt si saiful sebab doktor tue nak periksa si saiful. Benda neh dimasukkan selepas saiful diliwat. Dia merujuk kepada keterangan doktor osman di mahkamah siang tadi seterusnya
Sebenarnya, MiM simpati dengan blogger pro-pembangkang tersebut kerana menilai artikel MiM separuh masak yang jelas menunjukkan bahawa beliau kurang ilmuperubatan dan berlagak pandai.

Bukan itu sahaja, beliau mengelirukan pembaca blog beliau kepada kritikan yang tidak merujuk kepada bukti laporan perubatan Dr Osman yang MiM sertakan di dalam artikel MiM.


Artikel MiM sangat mudah.
Di manakah MiM mendapat info tentang prostoscope tersebut?

Ianya berdasarkan kepada laporan perubatan yang ditandatangani sendiri oleh Dr Osman.
Rujuk laporan di bawah (klik foto untuk lebih jelas) :-

Baca seterusnya di -

Tuesday, August 23, 2011

Dr Osman "amat takut" sampai buat akuan bersumpah tentang `plastik'?



Dr Osman Akui Wakil Anwar Minta Tandatangan Laporan Perubatan

AIDCNews – 23/08/11 – Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, bekas doktor dari hospital swasta Pusrawi hari ini mengakui bahawa seorang peguam Melayu yang merupakan wakil Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memintanya untuk menandatangani laporan perubatan dan pengakuan bersumpah berkaitan dengan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat ‘akuan bersumpah’ ketika disoal mengapa beliau berbuat demikian, katanya “Saya amat takut,”.

Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat ‘akuan bersumpah’ itu, katanya, seorang pesuruhjaya sumpah Anwar dan peguamnya bernama Yusri.

Dr Osman dari Hospital Pusrawi merupakan doktor pertama yang ditemui Mohd Saiful, selepas dia mengadu diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008.

Semasa pemeriksaan ke atas Mohd Saiful, Dr Osman memberitahu keadaan duburnya normal dan tiada kecederaan dan menyatakan beliau cuba memasukkan plastik dengan bahan pelincir ke dalam dubur untuk Protoscope, namun katanya beliau memberhentikan serta merta pemeriksaan apabila Mohd Saiful memberitahu dia diliwat oleh VVIP dan doktor itu mencadangkannya agar menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

Mohd. Yusof bertanya kenapa beliau tidak merekodkan latar belakang pesakit, doktor itu tergagap untuk menjawabnya.

Dr Osman juga mengakui bukan satu prosedur biasa menyediakan laporan perubatan ke atas pesakit yang tidak diperiksanya secara teliti, namun beliau melakukannya setelah diminta oleh salah seorang pegawai Pusrawi bernama Azlan.

Senarai ketakutan @AnwarIbrahim meningkat! Video Anwar merapu nafikan kebaculannya


Tergagap-gagap Anwar menjawab soalan

Berbelit-belit Anwar Ibrahim cuba nak bagi alasan kenapa dia takut untuk berhujah balas dari kandang saksi. Dari kandang, dari kandang... kandang mana Anwar?!!! Budak-budak PR yang ada masalah berfikir je yang tidak nampak lagi penipuan Anwar. Tidak hairanlah kalau mereka terlalu senang ditipu oleh pemimpin mereka.

Anwar hanya 3 pilihan, iaitu:
  1. Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (ada kredibiliti, boleh disoal balas oleh Pendakwa Raya)
  2. Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak disoal balas oleh Pendakwa Raya)
  3. Berdiam diri (terus jatuh hukuman)

Kejadian semalam adalah tambahan kepada bukti-bukti ketakutan dan kebaculan Anwar. Ketakutan pertama - takut bersumpah dan bermubahalah. Ketakutan kedua - takut serah DNA sebab takut DNAnya sama dengan DNA lelaki Y. Ketakutan ketiga - menangguh kes sehingga 70 kali. Ketakutan keempat - takut beri kenyataan dari kandang saksi.

Ini tidak termasuk ketakutan Anwar terhadap soalan tentang Jam Omega dan kritikan orang lain terhadapnya. Ini jelas bila dia menghalang (blocked) orang yang mengkritiknya dari mengikuti tweetnya. Belum berkuasa dah sekat sana sekat sini. Baru twitter - pun dah sekat, kalau ada kuasa tentu lebih zalim dari Israel mamat ni!

Selamat berpindah ke Sungai Buloh Anwar!

Monday, August 1, 2011

Senarai yang tinggalkan Anwar semakin meningkat.. #PapaJahat


Pembangkang mula sisih Anwar

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar bersama Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan lain-lain pemimpin pembangkang mengenai pilihan raya kecil Kota Seputeh selepas mesyuarat khas Pakatan Rakyat di Parlimen pada 2009.

PADA 25 Julai lalu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chandra Muzaffar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada pembangkang.

Pelbagai masalah moral yang melumuri Penasihat PKR itu telah menyebabkan dua rakan sekutu parti tersebut iaitu Pas dan DAP pening kepala. Mereka memerlukan Anwar tetapi Anwar sendiri banyak masalah.

Justeru bukanlah satu yang menghairankan apabila wujudnya dakwaan bahawa pembangkang kini terutamanya Pas berusaha memancing Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Pelawaan itu didakwa dilakukan memandangkan majoriti pemimpin-pemimpin pembangkang mungkin semakin yakin bahawa Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat melibatkan pembantu peribadinya Mohd.Saiful Bukhari Azlan.

Oleh itu pembangkang perlu mencari alternatif bagi memastikan pakatan mereka tidak kehilangan nakhoda.

Tengku Razaleigh dipilih mungkin kerana berdasarkan rekod bahawa beliau pernah menyatukan pembangkang suatu ketika dulu melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif.

APU melibatkan kerjasama antara Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan beliau dengan Pas, manakala Barisan Alternatif pula melibatkan S46 dengan DAP.

Dua kerjasama berkenaan diwujudkan kerana pada masa itu, Pas dan DAP tidak boleh berada sekapal berbanding sekarang yang sudah boleh tidur satu katil, satu bantal, satu selimut biar pun mimpi berbeza.

Bagaimanapun penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan soal kedudukan atau pendirian Tengku Razaleigh, apa yang hendak ditegaskan ialah bagaimana sokongan terhadap Anwar semakin luntur dalam pakatan pembangkang sendiri.

Sememangnya sentimen tidak mahukan Anwar bukanlah baru malahan ia sudah lama wujud terutamanya di kalangan penyokong-penyokong Pas. Mereka merasakan masalah moral Anwar banyak menjejaskan kredibiliti pakatan pembangkang dari semasa ke semasa.

Menurut pengikut Pas mereka sudah letih apabila perlu berhujah setiap masa bagi mempertahankan Anwar dan ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan itu yang terpaksa ‘bersilat’ bagi membela Anwar dalam isu melibatkan moral ketua pembangkang berkenaan.

Malahan kadang kala dalam tindakan itu, imej Pas sebagai sebuah parti Islam terjejas. Ia termasuklah apabila Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh menjadi saksi kerana ia adalah ‘besi’.

Kenyataan itu biar pun menggembirakan Anwar dan penyokongnya tetapi menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat. Pas dilihat benar-benar tersepit kerana terpaksa berhujah apa sahaja untuk mempertahankan Penasihat PKR tersebut demi kepentingan politik bersama.

Pas juga semakin tersepit apabila dilihat terlalu bergantung kepada Anwar demi meraih kuasa sehingga sanggup mengenepikan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Parti itu berbuat demikian bukan kerana merasakan tidak bersalah tetapi terpaksa melakukan sandiwara politik demi kepentingan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun akhirnya, Pas mungkin mula menyedari bahawa Anwar tidak selamanya perlu dibela. Alternatif perlu dicari bagi memastikan tidak berlaku kekosongan jika Anwar terpaksa kembali ke penjara Sungai Buloh.

Oleh itu, mahu tidak mahu demi survival politik pembangkang terutamanya dalam mencapai impian ke Putrajaya, pengganti Anwar perlu dicari.

Pas tidak mahu memilih di kalangan pemimpin DAP untuk menjadi ketua begitu juga DAP mereka sudah pasti sampai kiamat pun tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin Pas menjadi ketua pembangkang selagi mereka ada kekuatan. Justeru alternatif di luar pakatan dicari dan Tengku Razaleigh dilihat pemimpin paling layak.

Anwar sudah pastilah kecewa dengan perkembangan ini kerana tidak menyangka bahawa Pas akan mengamalkan politik tikam belakang.

Di hadapan umum, mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan menafikan apa yang sedang berlaku tetapi secara tersirat Anwar sememangnya sudah tidak diperlukan lagi oleh pembangkang.

Tambahan pula, satu kajian baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat termasuklah di kalangan kaum India dan Cina terhadap Anwar semakin merudum di seluruh negara.

Ia ditambah pula dengan jumlah kehadiran ke majlis-majlis ceramah Anwar yang dikatakan merosot teruk. Sokongan yang semakin merosot kepada Anwar juga turut menyeret parti pembangkang yang lain terutamanya Pas.

Semua ini memberikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terutamanya Pas bahawa Anwar bukanlah harapan baru mereka, sebaliknya Anwar adalah bebanan yang harus dilepaskan jika pembangkang berhasrat meraih sokongan rakyat.

Apatah lagi berbanding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain sama ada daripada DAP mahupun Pas tidak pernah berlaku di kalangan mereka yang berhadapan dengan dakwaan masalah moral yang begitu buruk seperti mana dihadapi oleh Anwar.

Semua ini sudah tentulah telah lama berada dalam kotak pemikiran pemimpin-pemimpin pembangkang yang pada mulanya melihat Anwar ‘anugerah Tuhan’ untuk mereka.

Apa pun sudah jelaslah kini bahawa Anwar tidak lagi pemimpin kebal atau ulung dalam pembangkang. Beliau kini perlu bersedia untuk disingkirkan bila-bila masa.

Anwar mungkin akan berusaha untuk menghalang apa yang dirancang itu menjadi kenyataan tetapi ia sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada beliau bahawa sudah ada gerakan untuk menyingkirkan beliau daripada menerajui pembangkang.

Hasrat menyingkirkan Anwar itu juga menunjukkan selama ini Pas dan DAP amat memahami sejauh mana kekuatan PKR.

Jika PKR kuat sudah pastilah tidak akan wujud usaha untuk menggantikan Anwar sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang tetapi PKR tidak ada apa-apa kekuatan.

Selama ini PKR wujud atas ehsan Pas dan DAP, jika kedua-dua parti itu tidak memberi bantuan sewajarnya, PKR tidak akan ke mana.

Ia termasuklah bersikap baik hati seperti mana ditunjukkan oleh Pas yang sanggup mengorbankan kerusi selamat mereka kepada PKR demi kerakusan ingin berkongsi kuasa, kesudahan Pas pula yang dilihat bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ – satu status yang sepatutnya disandang oleh PKR jika dikaji dari segi sejarah parti masing-masing.

Apa pun Anwar kini semakin memahami betapa bahayanya politik tikam belakang - satu amalan politik yang tidak asing lagi bagi beliau sama ada semasa dalam pembangkang atau kerajaan suatu ketika dulu.

Saturday, April 30, 2011

Video Seks - Mubahalah dan budak-budak PR #papajahat #kakiliwat

Bagi sesiapa yang hendak memahami tentang soal mubahalah boleh membaca dari dua blog ini. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Dr Mohd Radzi Othman, beliau pernah menjadi pensyarah Jabatan Pengajian Islam, di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Saya mengenali beliau sebab pernah mengambil kertas di bawah beliau semasa di USM.

Hukum-Hakam Mubahalah

Wawancara dengan Dr Radzi mengenai mubahalah

Bagi budak-budak PR yang masih tidak berapa faham konteks mubahalah (macam mana mereka nak faham, kalau mereka ada ilmu dan faham aqidah, taklah mereka menganut dan menyokong sosialisme), biarlah diterangkan sekali lagi bahawa;

  1. Allah dan RasulNya tidak pernah menghalang mana-mana umat Islam untuk bermubahalah. Jadi siapa budak-budak PR yang mahu menghalang mubahalah? Mereka nak jadi Tuhan kah?
  2. Soal mubahalah adalah hak Eskay dengan Allah. Sekiranya selepas bermubahalah, dia dilaknat oleh Allah, apa masalah budak-budak PR? Apa yang mereka takut?
  3. Sekiranya Eskay bermubahalah dan jika Anwar di pihak yang benar, sepatutnya Anwar lebih berani untuk bermubahalah. Kenapa takut?
  4. Soal sama ada Anwar salah atau benar itu soal lain. Yang penting, jika Anwar berani bermubahalah, kita mahu melihat sama ada Anwar dilaknat Allah SWT atau tidak selepas itu.
Untuk budak-budak PR yang gagal memahami konteks antara mubahalah dan 4 saksi di mahkamah; budak-budak PR perlu belajar melihat konteks;
  1. Mubahalah adalah di antara seseorang individu dengan Allah swt
  2. Proses pembuktian kes jenayah sama ada melalui saksi mahupun bukti saintifik adalah soal mahkamah dunia

Kedua-duanya adalah untuk matlamat dan dalam konteks berbeza. Sepanjang semalam, belum ada budak-budak PR yang berani menjawab soalan saya ini;

"Jika saudara salah, beranikah saudara bermubahalah? Jawab berani atau tidak?". jelasnya semua budak-budak PR gagal menjawab soalan mudah ini, melainkan memberi jawapan yang berbelit-belit!

Entah apalah yang diajar oleh ustaz-ustaz Pas kepada budak-budak Pas. Yang Melayu PKR, tak payah cakap lah. Kalau mereka ada ilmu, mereka tidak akan menganut dan menyokong sosialisme, pluralisme dan menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

Kalau budak-budak Pas tak berapa ada ilmu, kita tak harap budak PKR boleh membezakan kaedah feqah antara li'an dan mubahalah. Jadi dengarlah penjelasan Dr Asri untuk memahami perbezaan di antara keduanya -





Friday, April 29, 2011

Video: Budak PR yang solat sebelah imam tadi mungkin syirik?



Saya kagum dengan tahap keldaian anak-anak muda PR dalam mengamalkan assobiyah bagi mempertahankan Anwar Ibrahim. Sampai sekarang, saya tengah fikir solat apa yang dibuat oleh budak-budak PR dalam video ni. Solat hajat? Sunat berjemaah?

Mungkin di kalangan budak-budak PR ni ada satu skuad khas untuk solat. Bila disuruh solat, mereka akan terus solat tidak kira di mana, tidak kira berwuduk atau tidak. Yang penting, bila ada arahan, kena solat dengan segera. Tapi entah solat apa, mungkin mereka pun tidak tahu. Rosak! Sudahlah solat apa pun tak tahu, niatnya entah apa pulak, tapi jelas tujuannya hanyalah untuk menunjuk-nunjuk bagi tujuan rakaman semata-mata. Maka, bukan keredaan Allah yang akan dia perolehi, sebaliknya rakaman video yang diperolehi.

Sabda Rasulullah SAW, "Setiap amal itu dengan niat; bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Jika hijrah seseorang itu kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Jika hijrahnya adalah kerana urusan duniawi, atau kerana wanita yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah berdasarkn apa yg diniatkannya."

Heh heh heh, itu yang sampai tak sengaja berdiri sebelah imam. Tapi oleh kerana solatnya bukan kerana Allah, dia lebih malu kepada manusia, berbanding malu kepada Allah untuk berundur ke belakang. Oleh kerana malu kepada manusia lebih kuat, maka dia memilih untuk meneruskan juga solatnya. Ada pandangan ulama tasawwuf yang mengibaratkan seseorang yang melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu sebab atau kerana makhluk lain; dan bukan kerana Allah, orang itu sudah menghampiri syirik dan bukan sahaja amalannya tidak diterima, malah syahadahnya juga boleh gugur.

Rosak budak-budak PR ni.

Hmm kalau mereka bijak takkan lah mereka ditipu berulang kali sejak pembohongan racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, lari ke kedutaan Turki sebab nyawa terancam tapi masih hidup sampai hari ni, 16 September, sodomi 1, sodomi 2 dan terakhir pelacur dari China. kalau mereka bijak, tak mungkin mereka akan menyokong sosialisme, pluralisme, usaha memurtadkan umat Islam secara halus dan menyembah Tuhan yang jenis mencarut! Failed!

Video Datuk Eskay bersumpah mubahalah #EskayHebat




Thursday, April 28, 2011

Takut bermuhabalah - AnuWar mengamuk sakan!


Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah wajar bersumpah mubahalah di hadapan Kaabah..



Anwar Ibrahim terperangkap kerana banyak persoalan hari ini tidak dapat dijelaskan oleh beliau dengan meyakinkan. Walaupun Saiful, Ummi Hafilda dan Eskay berani bersumpah mubahalah; dan Eskay juga berani menyerahkan DNAnya, namun Anwar masih gagal berbuat demikian. Anak-anak Muda Keliru (AMK) dan budak-budak PR yang kurang cerdas nampaknya semakin kepanasan. Blogger-blogger pro-PR dan pro-Anwar yang rasional nampaknya semakin meninggalkan perjuangan individu yang sia-sia. Mereka merasa tertipu dan tidak sanggup lagi membuta tuli mempertahankan Anwar.

Kepanasan sebab gagal mempertahankan Anwar, Anak-anak Muda Keliru dan budak-budak PR yang masih terhijab dari kebenaran, masih cuba mempertahankan Anwar dan segera mencari loophole untuk melepaskan diri dengan kempen untuk minta Anwar bersumpah di mahkamah syariah. Agenda qazaf yang tidak kena dengan kaedah feqah, tapi dicuba sebagai usaha untuk membebaskan Anwar dari kesilapannya.

Kalau nak bersumpah mubahalah, tidak perlu lah ke mahkamah syariah. Mubahalah boleh dibuat di mana-mana, lebih elok jika mahu jika Anwar hendak bermubahalah di mimbar masjid atau yang paling baik di hadapan Kaabah. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga boleh melakukan perkara yang sama.

Selepas bermubahalah, tidak perlu risau; jalani proses siasatan tanpa gentar. Biarkan mahkamah dunia mengadili Anwar dengan bukti-bukti saintifik yang ada. Jangan pula kita menghina Allah, Rasul dan ajaran islam dengan mengatakan bahawa Islam menolak keadilan yang dibuktikan melalui pembuktian saintifk; itu hanya menjadikan Islam dilihat penganut agama lain sebagai agama yang mundur dan terkebelakang.

Akhirnya yang penting bagi seorang Muslim adalah `mahkamah' Allah. jadi Anwar, Wan azizah dan Nurul izzah tidak perlu takut. Bersumpah mubahalahlah beramai-ramai di depan Baitullah!

Wednesday, April 13, 2011

Pandangan Radio Free-Sex Sarawak tentang kenyataan Anwar....?



Seruan untuk rakyat menjatuhkan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat nampaknya lebih besar berbanding dengan seruan untuk meminta Ketua Menteri Sarawak melepaskan jawatan beliau.

Di Kelantan, kabarnya, suara rakyat semakin kuat; bersorak - "Balak habis, pembangunan tak nampak; 20 tahun 1 masjid, 37 tahun air bersih; yang kaya menantu, yang kaya kroni; seorang blogger dapat 4 juta, rakyat minum air berkeladak! "

Tengok - Habis gondol hutan di Kelantan. Siapa yang salah? Siapa yang kaya?

Sedangkan di Sarawak, biar apa pun yang dikatakan tentang Ketua Menteri, di sarawak masih ada 84% hutan lagi berbanding Kelantan yang sudah gondol. Logiknya, jika Ketua Menteri Sarawak mengutamakan komisen balak, hutan Sarawak sepatutnya sudah jadi seperti gambar di bawah.

Pakatan Pembangkang (PR) aka Pakatan Pembulak mau ajar orang Sarawak mentadbir? Change shoud be for the better NOT for the WORSE.

Lihat di bawah tentang kenyataan Anwar bahawa Nik Aziz tidak ambil seinci tanah pun di Kelantan dan apakah kemungkinan reaksi Papa Orang Hutan (yang nakal) dari Radio Free-Sex Sarawak terhadap kenyataan Anwar ini .... Heh heh heh.




Nampaknya habis dah balak di negeri Kelantan dikerjakan. Hasilnya? Rakyat yang untung atau hanya segelintir? Sekarang sudah ada agenda pula mahu sapu semua balak di Sarawak.



AnuWar kata, apa ya? may be "ini semua tuduhan, Nik Aziz seinci tanah pun tak pernah ambil"




Nahhhhhhhh!!!!! mungkin ini kata Peter John Apai Papa Beruk Utan dari Radio Free-Sex Sarawak - Siapa mau pergi Sarawak? Angkat tangan la..... "Sapa mau percaya sama cakap Lelaki Y ini .."





Radio Free-Sex Sarawak - berjuang untuk kebebasan total rakyat Sarawak!


Pejuang sebenar rakyat Sarawak?



Nahhhhhhh!


Peter John Jamban a.k.a John Apai a.k.a Papa Orang Utan of Radio Free Sarawak does not walk his talk like all his opposition friends! Peter John questions the moral of BN Ybs and yet he himself is morally corrupted! The man who fight for Justice For The Dayaks in Sarawak is not giving any justice to his wife and childrens! Look at the pictures below.

The Benchmark reported Peter John has SEVEN wives and 23 children and he fathered countless illegitimate child! Like the Orang Utan that he is.. his sexual encounters have no boundaries! Peter John is very proud of his conquest and brag to friends how many women he had laid!









Siapa ajar siapa? Papa Orang Hutan ajar PapaJahat?







Thursday, March 24, 2011

Johari Abdul rakan sekamar Anwar?


Dalam kenyataan penuh yakin, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul telah menghuraikan tentang pelaku video seks dan membandingkannya dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Huraian Johari Abdul begitu terperinci. Dia menyebut:
  • Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
  • Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
  • Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Saya cuba membayangkan bagaimanakah Johari Abdul boleh menghuraikan dengan begitu detail dan yakin tentang susuk tubuh Anwar.

1. Bagaimana Johari Abdul begitu yakin dengan ukuran bahu Anwar?
2. Bagaimana Johari Abdul begitu yakin perut Anwar tidak sebuncit pelaku?
3. Bagaimana Johari Abdul begitu yakin punggung Anwar kurang berisi?

Tidak mungkin dengan sekali pandang, Johari Abdul dapat menghuraikan lebar bahu dan saiz perut Anwar dengan begitu yakin sekiranya beliau hanya pernah melihat Anwar dalam keadaan berpakaian. Lebih musykil lagi, apabila beliau tahu sebesar mana punggung Anwar yang tidak mungkin dapat dihuraikan melainkan beliau sendiri pernah melihat Anwar berbogel.

Sama ada Johari Abdul;

1. mempunyai pandangan yang sangat tajam dan kasyaf menembusi pakaian Anwar
2. pernah bersama dengan Anwar dalam keadaan tidak berpakaian dan berbogel
3. berbohong
4. pernah begitu intim di atas bahu, perut dan punggung Anwar, atau
5. wallahu 'alam apa berlaku di antara mereka berdua

Musykil, musykil. Mungkin juga elok jika Johari Abdul jelaskan sedikit bilakah kali terakhir beliau melihat punggung Anwar dan bagaimana beliau begitu yakin itu bukan punggung Anwar sebab ramai rakyat nak tahu... :)

Popular Posts