Friday, August 7, 2026

PAS SELINGKUH, PECAH PERINTAH, KHIANAT, TIDAK AMANAH, MUNGKIR JANJI DAN MENIPU ITU ADA KEBENARANNYA

1. SELINGKUH

Kenyataan Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad Hasan menyebut dalam ucapannya, "begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama dengan Pas. Mereka tidak pernah, setia atau ikhlas. “Tanpa segan, mereka berselingkuh dengan semua parti, terutamanya si janda UMNO. Lihat sahaja rekod mereka, dengan DAP dan PKR. Akhirnya, semua membawa haluan masing-masing."


Dalam kes BERSATU, Pas berselingkuh dengan Wawasan dan buat hubungan sulit dengan Umno walaupun berada dalam PN bersama BERSATU.


Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi pernah mendedahkan Pas berjumpa PM10 secara sulit tanpa pengetahuan BERSATU.


Dalam Langkah Bangkok, Pas berunding secara sulit dengan Umno di belakang tanpa pengetahuan PN dan BERSATU 


Dalam PRN Johor, Pas berunding di belakang-belakang dengan Umno, tanpa pengetahuan PN 


Dalam PRN Negeri Sembilan, Pas berunding di belakang-belakang dengan Umno, tanpa pengetahuan PN, dan hanya memaklumkan selepas didesak dalam mesyuarat rundingan kerusi PN yang pertama.


2. PECAH PERINTAH


Pada Februari 2025, Wan Saiful mendedahkan perjumpaan Hj Hadi bersama 4 orang pemimpin Pas dengan Hamzah dan 4 orang pemimpin BERSATU di pejabat Hamzah, White House, di mana Hj Hadi telah memaklumkan calon PM bagi Pas adalah Hamzah. 


Sebelum itu Pas juga ada mengeluarkan surat cadangan untuk mewujudkan Majlis Eksekutif untuk menyerahkan kuasa eksekutif dalam PN kepada Timbalan-Timbalan Presiden. 


Walaupun kumpulan penyokong Hamzah ini melanggar perlembagaan BERSATU, disiplin, baiah dan sumpah atas nama Allah, memberi rasuah dan menerima rasuah RM3,000 untuk menandatangani SD menyingkirkan Presiden BERSATU, Pas secara berterusan memberikan sokongan kepada Hamzah dan kumpulannya ini. Adakah tindakan Pas ini bersandarkan syarak?


3. KHIANAT


Selain mengkhianati BERSATU dengan cara membuat rundingan-rundingan sulit bersama Umno dan kumpulan Hamzah, Pas juga lambat membuat panggilan mesyuarat persiapan pilihanraya dan rundingan kerusi PN untuk PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan. Pas juga telah secara sengaja tidak melibatkan BERSATU dalam rundingan kerusi PRN Negeri Sembilan.


4. TIDAK AMANAH


Pas telah berulang kali tidak melaksanakan amanah untuk melaksanakan keputusan-keputusan musyawarah dalam MT PN. Antara keputusan penting MT PN adalah bahawa Dr Ahmad Samsuri hanya dilantik untuk menguruskan pentadbiran dan operasi harian PN dan bukan untuk membuat keputusan-keputusan dasar di dalam PN. Kuasa membuat keputusan-keputusan dasar diberikan kepada Majlis Presiden dan untuk itu pindaan Perlembagaan PN perlu dibuat. Semasa Mesyuarat MT PN pada bulan Februari 2026, Pas telah meminta penangguhan selama dua bulan. Selepas 2 bulan, perkara ini masih tidak dilaksanakan. Semasa Mesyuarat MT PN pada bulan Mei, Pas minta penangguhan selama sebulan lagi. Dalam bulan Jun, bukan sahaja Pas tidak melaksanakan amanah yang diputuskan secara bermusyawwarah dalam MT PN, malah bertindak memutuskan hubungan dengan BERSATU.


Satu lagi amanah musyawarah MT PN yang tidak dilaksanakan oleh Pas adalah keputusan untuk melantik Ketua Pembangkang dalam kalangan Ahli Parlimen Pas yang dibuat dalam Mesyuarat MT PN pada bulan Februari 2026. Pas telah lewat mengambil tindakan dan hanya menamakan Dr Samsuri pada bulan Mei 2026. Bagaimanapun keputusan MT PN ini telah dilanggar, apabila Hj Hadi, tanpa merujuk PN, telah mengumumkan Hamzah dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang pada Jun 2026.


5. MUNGKIR JANJI


Kata Presiden Umno DS Zahid Hamidi, "PAS ini membohong daripada dulu sampai sekarang. Saya ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang. Sewaktu berdepan kita setuju, tetapi esok tukar, tidak setuju. "Jangan percayalah, selagi orang itu jadi presiden. Jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam."


Kenyataan Zahid ini ada kebenarannya kerana dalam pertemuan 16 Januari 2026 dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sikap yang sama ditunjukkan oleh Hj Hadi dan pemimpin Pas yang hadir dalam pertemuan itu. Pada malam 16 Januari 2026, mereka bersetuju untuk meminda perlembagaan PN, setuju membentuk Majlis Eksekutif dan melantik Dr Samsuri untuk uruskan urusan pentadbiran dan operasi harian PN. Ada persepakatan dan persetujuan meminda perlembagaan PN untuk memberi kuasa memutuskan hal-hal dasar kepada Majlis Presiden PN, dan sepatutnya seminggu selepas itu ada perbincangan untuk selaraskan input daripada parti-parti anggota PN. Tapi, Pas tidak menunaikan janji. Pas yang ketika itu Timbalan Setiausaha PN telah memanggil Mesyuarat Luar Biasa MT PN tanpa menjemput Tan Sri Muhyiddin untuk hadir sama. 


Sebelum PRN 6 Negeri, dimaklumkan ada keputusan dan persetujuan untuk BERSATU bertanding di 6 kerusi DUN di Terengganu. Bagaimanapun Pas tidak menunaikan janji. BERSATU hanya diberikan 5 kerusi. Dimaklumkan juga ada persetujuan dan persefahaman untuk memberikan jawatan Speaker DUN kepada BERSATU di negeri-negeri yang dimenangi PN, tetapi dimungkiri juga. Selepas PRN juga, tiada perbincangan dengan Pengerusi PN ketika itu Tan Sri Muhyiddin sebelum Pas menamakan Exco-exco Negeri dan lantikan-lantikan yang lain.


6. MENIPU DAN MEMFITNAH


Pas telah menipu dan memfitnah BERSATU dalam beberapa isu.


Pertama: Isu Perlis


Isu Perlis pada hakikatnya berkait dengan masalah yang melibatkan mantan Menteri Besar Perlis serta anaknya, yang tidak diuruskan dengan baik oleh PAS. Mantan Menteri Besar tersebut juga merupakan besan kepada Presiden PAS, Hj. Sepatutnya PAS lebih awal mengemukakan beberapa nama calon pengganti Menteri Besar untuk dibincangkan secara tertib dengan pihak-pihak berkepentingan, termasuk BERSATU dan Istana. Langkah sedemikian lebih wajar bagi mengelakkan tercetusnya masalah dan ketegangan dengan pelbagai pihak.


Sebaliknya, BERSATU telah dituduh sebagai pihak yang mengkhianati PN, malah didakwa kononnya terdapat Statutory Declaration (SD) untuk menarik sokongan yang diatur oleh BERSATU. Sehingga sekarang, PAS masih gagal mengemukakan bukti yang meyakinkan mengenai kewujudan SD menarik sokongan seperti yang didakwa. Kenyataan Mursyidul Am PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis bahawa BERSATU tidak bersalah dan tidak terlibat dalam hal mantan MB Perlis juga langsung tidak diterima. 


BERSATU telah mendapatkan penjelasan yang terperinci daripada MB Perlis Abu Bakar Hamzah dan Timbalan Presiden BERSATU ketika itu, Hamzah yang terlibat secara langsung dalam soal ini. Dalam penjelasan panjang lebar kepada Ahli MPT BERSATU, Hamzah menjelaskan isu Perlis bukan salah Presiden BERSATU tetapi adalah salah Setiausaha Agung Pas yang merupakan wakil Pas dalam penyelesaian isu Perlis.


Fitnah terhadap BERSATU dalam isu Perlis terus menjadi naratif dalam kalangan sebahagian ahli PAS dan kemudiannya dijadikan modal untuk menyerang BERSATU. Isu yang sebenarnya berpunca daripada masalah dalaman berkaitan mantan Menteri Besar Perlis yang merupakan besan Hj Hadi, tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga menjadi punca ketidakharmonian dalam PN.


Kedua: Isu Negeri Sembilan


Dalam isu Negeri Sembilan pula, PAS menuduh dua ADUN BERSATU sebagai pengkhianat kerana menarik balik SD sokongan terhadap DS Jalaluddin Alias sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan.


Namun, persoalan yang lebih penting ialah: mengapa PAS tidak memberikan respons ketika BERSATU cuba mendapatkan pandangan dan membincangkan kenyataan bersama PN? Ketika itu, BERSATU telah cuba menghubungi pihak PAS melalui panggilan telefon dan mesej untuk membincangkan pendirian bersama selepas Presiden UMNO membuat U-turn dan kembali menyokong Kerajaan Perpaduan. Namun, usaha tersebut tidak mendapat respons yang sewajarnya.


Hakikatnya, jumlah SD yang menyokong Jalaluddin untuk menjadi Menteri Besar juga tidak mencukupi. Sokongan terhadap tindakan 14 ADUN BN pada ketika itu pula adalah bersyarat dan bukan satu bentuk persetujuan untuk BERSATU menyokong Kerajaan Perpaduan.

BERSATU menarik balik sokongan kerana pendirian parti adalah jelas: BERSATU tidak mahu menyokong Kerajaan Perpaduan.


Melabelkan dua ADUN BERSATU sebagai pengkhianat adalah suatu fitnah. Salah seorang daripada ADUN BERSATU yang pernah dilabel sebagai "pengkhianat" tersebut kemudiannya diterima sebagai calon PN dalam PRN Negeri Sembilan selepas menjadi ahli Wawasan. Hilang langsung cerita pengkhianat.


Ketiga: Isu Pejuang dan Berjasa


PAS juga memfitnah BERSATU sebagai pihak yang menolak kemasukan PEJUANG dan BERJASA ke dalam PN. Pas juga menuduh BERSATU menolak usaha penyatuan Melayu-Islam.


Padahal dalam Mesyuarat MT PN, pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang tidak bersetuju untuk memberikan kerusi DUN di negeri masing-masing kepada PEJUANG. 


Tidak timbul soal menolak penyatuan ummah kerana keputusan Majlis Tertinggi PN adalah untuk membentuk Jawatankuasa Electoral Pact, bagi meneroka kerjasama dengan parti-parti yang bukan anggota PN dan membolehkan mereka bertanding bersama PN dalam PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan.


RUMUSAN


PAS perlu bermuhasabah. Atas tuntutan amar makruf nahi mungkar, ahli-ahli Pas sepatutnya menegur dan menghentikan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas.


Sebagai parti yang menggunakan label Islam; pemimpin dan ahli PAS pula mengenakan serban dan jubah; serta ada pendidikan agama sepatutnya Pas menunjukkan standard akhlak, amanah dan integriti yang lebih tinggi daripada parti-parti lain. Islam bukan sekadar pada pakaian, slogan atau ceramah, tetapi mesti diterjemahkan melalui amanah, kejujuran, menepati janji, menghormati keputusan musyawarah, berlaku adil dan tidak memfitnah. Jika sudah bermusyawarah, hormatilah keputusan. Jika sudah berjanji, tunaikan. Jika menuduh, kemukakan bukti.


Berdasarkan pengalaman dalam PN, walaupun dipakaikan dengan serban dan jubah, PAS hanya sebuah parti politik, sama seperti parti-parti lain. Tindakan pemimpin-pemimpin Pas dalam PN pula langsung tidak mencerminkan mereka mengikut panduan dan ajaran Islam, sebaliknya mengguna pakai prinsip Machiavellian - matlamat menghalalkan cara. 


Betullah kata Presiden Umno, "kalau di Mekah pun boleh menipu, di luar Mekah lebih banyak menipu lagi..." Kita yang tak berserban, berjubah, tak dipanggil Tok Guru pun tak tergamak menipu di Mekah...

Wednesday, April 8, 2026

TIDAK PERLU 'CLAIM CREDIT', IRAN ANGGAP MALAYSIA RAKAN ATAS SOKONGAN PULUHAN TAHUN

 



1. PM10 tidak perlulah terlalu beriya 'claim credit' berhubung perlepasan kapal tangki minyak Malaysia melepasi Selat Hormuz kerana hubungan baik Iran-Malaysia telah melalui tempoh yang amat panjang sejak tahun 1960-an lagi.


2. Kenyataan Kedutaan Iran di Malaysia menyebut, "We had said that the Islamic Republic of Iran does not forget his friends. The first Malaysian ship passed through the Strait of Hormuz." Hakikatnya, hubungan sebagai 'rakan' tidak terjalin dalam sekelip mata sebaliknya telah terjalin dan berkembang sejak berpuluh tahun, iaitu sejak tahun 1960-an dan 1970-an. 


3. Hubungan ini meliputi bidang diplomatik, ekonomi, pendidikan, dan geopolitik. Dari segi geopolitik, Iran menganggap Malaysia sebagai rakan baik kerana Malaysia mengambil pendekatan neutral, konsisten menyokong Iran, dan berperanan aktif dalam forum antarabangsa.


Hubungan diplomatik dan ideologi


• Hubungan diplomatik rasmi bermula pada 1966, dan diperkukuh pada 1970-an dengan pembukaan kedutaan di Kuala Lumpur dan Tehran.


• Selepas Revolusi Iran 1979, banyak negara Barat memutuskan hubungan. Malaysia terus mengekalkan hubungan diplomatik dengan Iran.


• Kedua-dua negara aktif dalam OIC dan NAM, menunjukkan solidariti dalam isu dunia Islam dan negara membangun.


Sokongan Malaysia dalam konflik dan krisis geopolitik


• 1987 - Semasa Perang Iran–Iraq (1980-1988), Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan.


• Ini menunjukkan Malaysia tidak berpihak kepada kuasa Barat, tetapi menolong rakyat Iran yang terjejas perang.


• Sejak itu, Iran menganggap Malaysia sebagai rakan yang boleh dipercayai dalam krisis antarabangsa.


• 2019 – Malaysia menolak sekatan AS terhadap Iran. Malaysia secara rasmi menyatakan sekatan AS terhadap Iran melanggar undang-undang antarabangsa 


Peranan Malaysia dalam isu nuklear Iran


• Pada 2000-an, Malaysia menyokong hak Iran membangunkan tenaga nuklear untuk tujuan aman, dan menekankan penyelesaian melalui diplomasi, bukan tekanan.


• Malaysia juga berperanan sebagai mediator dalam rundingan antara Iran dan negara Barat, membuktikan kepakaran diplomatik dan kepercayaan Iran terhadap Malaysia.


Kerjasama ekonomi, pendidikan dan perdagangan


• Sejak 2000-an, kerjasama ekonomi semakin kukuh melalui projek minyak & gas bernilai berbilion USD dan penubuhan Pusat Perdagangan Iran-ASEAN.


• Malaysia menjadi pintu masuk Iran ke pasaran ASEAN.


• 2020 - Malaysia didakwa mempunyai peranan tidak langsung dalam perdagangan minyak Iran. Iran masih dapat menggerakkan minyak melalui rangkaian Asia Tenggara 


• Hubungan pendidikan juga berkembang: ribuan pelajar Iran belajar di Malaysia, memperkukuh interaksi rakyat-ke-rakyat.


• Pada 2017, Malaysia memulakan perdagangan dengan Iran menggunakan mata wang tempatan dan yuan/yen, mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS.


4. Dari segi geopolitik, Iran menganggap Malaysia sebagai rakan baik kerana Malaysia secara konsisten menyokong dan tidak mengasingkan Iran sejak 1980-an. Malaysia telah membantu Iran semasa Perang Iran-Iraq melalui bantuan kemanusiaan, menyokong hak Iran dalam isu nuklear untuk tujuan aman, serta menggalakkan penyelesaian konflik melalui diplomasi. Sokongan berterusan ini, walaupun wujud tekanan daripada kuasa Barat, membuktikan bahawa hubungan Iran-Malaysia telah lama kukuh dan berasaskan kepercayaan yang mendalam.


5. Sejak 1970-an, hubungan Iran–Malaysia diperkukuh melalui:


• Diplomatik - penubuhan hubungan rasmi & kedutaan


• Agama & ideologi - selepas Revolusi Iran 1979


• Kerjasama antarabangsa - OIC & NAM


• Ekonomi & tenaga - projek minyak dan gas


• Pendidikan & sosial - pertukaran pelajar


• Kewangan moden - perdagangan mata wang alternatif


• Diplomasi semasa - lawatan & komunikasi pemimpin



MUHYIDDIN MENGEMIS? KENAPA PUAD GAGAL UNTUK MEMAHAMI SOAL BERKAITAN PRINSIP..


1. Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan mengemis, tetapi berpegang kepada prinsip dan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN). 


2. Kenapa Puad Zarkashi gagal memahami perkara ini? Kerana Puad yang saya kenal bukan jenis yang berprinsip dan integriti. Hari ini dia bersikap anti-Dap, esok, boleh pula dia menyokong Jajaran Baru dengan Dap. Hari ini dia kata 'kita mesti patuh keputusan parti', esok,  boleh pula dia meletak jawatan Ketua Pengarah JASA dan hendak bertanding bebas kerana tidak dinamakan sebagai calon PRU14.


3. Sama seperti selepas PRU15 apabila Tan Sri Muhyiddin tidak diberikan hak Perlembagaan Persekutuannya selepas menerima 115 SD sokongan. Beliau tidak 'mengemis' jawatan PM. Beliau berpegang kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bahawa selepas seorang Ahli Parlimen mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dia diperuntukkan hak perlembagaan untuk dilantik menjadi Perdana Menteri. Jika perlu membentuk kerajaan perpaduan atau kerajaan apa sekalipun, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ia perlu dirundingkan dan diputuskan selepas seorang PM dilantik. Kalau Puad tidak faham, ini dinamakan 'prinsip'.


4. Begitu jugalah dalam soal Ketua Pembangkang. Keputusan Mesyuarat MT PN adalah jawatan Ketua Pembangkang telah dikosongkan dan diputuskan agar Pas segera menamakan calon Ketua Pembangkang yang baru dalam kalangan Ahli Parlimen Pas. Ada 41 Ahli Parlimen Pas yang boleh dinamakan. Tidak timbul isu mengemis. Sebaliknya ia adalah mengenai soal pelaksanaan amanah dan keputusan yang telah dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat MT PN.


5. Puad juga gagal memahami bahawa Hamzah Zainudin bukan lagi Ahli BERSATU dan bukan Ahli Parlimen PN. Selepas pemecatannya, dia adalah Ahli Parlimen Bebas yang tidak mewakili mana-mana Ahli Parlimen BERSATU dan PN. Dia juga tiada locus standi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang kerana dia dilantik menjawat jawatan itu atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung BERSATU dan Ahli Parlimen BERSATU/PN. Jawatan itu bukan hak milik peribadi Hamzah dan jika dia bermaruah dan ada perasaan malu, atau berpegang kepada lafaz sumpah dan baiah, sudah tentu dia akan melepaskan jawatan yang bukan lagi haknya. Ini juga adalah soal prinsip dan integriti.


6. Puad sepatutnya faham bahawa Ahli-ahli Parlimen BERSATU yang lain masih tertakluk kepada arahan dan whip parti. Mereka tertakluk kepada: 


I. Perlembagaan BERSATU – Perkara 10.4


"Mana-mana Ahli BERSATU yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap arahan Majlis Pimpinan Tertinggi adalah disifatkan sebagai terhenti keahliannya secara serta-merta",


II. 49A(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di‑Pertua di bawah Fasal (3) jika—


(a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik-


(i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu; atau

 

(ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; dan


III. Lafaz sumpah dan baiah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri BERSATU. Mereka terikat dengan sumpah dan baiah parti (Wallahi Wabillahi Watallahi) yang menetapkan bahawa mereka perlu:-


i. Mematuhi Perlembagaan parti


ii. Mematuhi dasar perjuangan parti


iii. Mematuhi arahan parti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam


7. Persoalan sama ada Hamzah akan menubuhkan parti baharu atau menyertai parti Melayu-Islam sedia ada, atau memohon menyertai PN sebenarnya tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan sama sekali kerana tindakan-tindakan ini jika dilakukan akan berpotensi mencetuskan Akta Anti Lompat Parti, Perkara 49(A)1(b) Perlembagaan Persekutuan.


8. Mungkin Puad tidak berapa jelas mengenai kedudukan Ahli-ahli Parlimen yang dikatakan bersama Hamzah. Bukan semuanya mempunyai sokongan di bahagian masing-masing. Misalnya, Ahli Parlimen Tasik Gelugor. Dia bukan Ketua Bahagian Tasik Gelugor dan bukan lagi Ketua Bahagian Bangi. Begitu juga, Ahli Parlimen Machang. Dia kalah teruk dalam pemilihan parti di peringkat bahagian. Perkara yang sama juga bagi Ahli Parlimen Gerik. 


9. Kenapa ada di antara Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian menyokong Hamzah? Salah satu sebabnya adalah kerana ada dalam kalangan mereka merasakan mungkin mereka tidak berpeluang untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Mereka mengharapkan peluang itu dengan menyokong Hamzah.


10. Kedua, mungkin juga kerana habuan. Ada aduan disiplin dibuat oleh Ketua-ketua Bahagian di Kelantan bahawa mereka ditawarkan oleh pihak tertentu, wang ringgit, bantuan kewangan dan juga peluang untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang jika mereka bersetuju menandatangani Akuan Bersumpah (SD) mendesak Presiden berundur. Alhamdulillah, Ketua-Ketua Bahagian ini menolak habuan yang ditawarkan dan memilih untuk membuat aduan kepada Lembaga Disiplin - membuktikan pemimpin-pemimpin yang ada berpegang kepada integriti.


11. InsyaAllah, BERSATU kini lebih kukuh dan teguh. Pemimpin dan ahli yang kekal dalam BERSATU hari ini adalah mereka yang berprinsip, berintegriti, berpegang kepada perlembagaan dan keputusan-keputusan parti, menghormati Institusi Presiden dan Institusi-Institusi parti. Mereka juga setia kepada parti dan kepimpinan parti. Mereka tidak akan menyokong Hamzah walaupun ditawarkan wang ringgit, jawatan dan peluang bertanding dalam pilihan raya. 


12. Puad mungkin lupa mengulas, kenapa Hamzah masih tidak mahu melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan beriya-iya benar bergayut kepadanya? Saya difahamkan sampai ada penyokong-penyokongnya yang sanggup membayar ceplos-ceplos/cybertrooper untuk mempertahankan Hamzah supaya kekal di jawatan ini? Mungkin Puad boleh fahamkan satu perkara - Hamzah ditawarkan jawatan TPM oleh Umno ketika dia masih bergelar Timbalan Presiden BERSATU. Hari ini tanpa jawatan Timbalan Presiden BERSATU, apakah nilai Hamzah di mata Umno? Masih ada tawaran untuk diangkat menjadi TPM? Tiada.

BERSATU SEMAKIN KUKUH SELEPAS HAMZAH DAN PENGIKUTNYA TIADA


1. Kenyataan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Perak dan Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa BERSATU Negeri Perak semakin kuat selepas pemecatan Kumpulan SD atau penyokong Hamzah adalah tepat.


2. Selepas kumpulan penyokong Hamzah dan Hamzah tiada, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) lebih produktif, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan pantas, penyusunan semula kepimpinan Pusat, Negeri dan Bahagian dapat dilaksanakan dengan lebih baik, dan gerak kerja pilihanraya boleh digerakkan dengan lebih tersusun dan teratur. Tidak seperti gerak kerja Pilihanraya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah yang tidak dibentangkan secara telus dan bertulis kepada Biro Politik dan MPT biarpun berkali-kali diminta berbuat demikian. Sehingga hari ini tiada laporan bertulis post mortem mengenai PRU DU Sabah.


3. Tidak dapat disangkal bahawa faktor utama perpecahan BERSATU dan kesukaran BERSATU untuk bergerak ke hadapan menyusun gerak kerja pengukuhan parti dan pilihanraya adalah kumpulan SD, iaitu Hamzah Zainudin dan pengikut-pengikutnya.


4. Selepas ketiadaan Geng SD, boleh dilihat sokongan terhadap BERSATU semakin kuat. Sepanjang bulan Ramadan, majlis-majlis berbuka BERSATU mendapat sambutan yang menggalakkan. Di Lumut, misalnya kehadiran program Majlis Berbuka Puasa BERSATU Perak pada 13 Mac 2026 dihadiri hampir 3,000 orang sedangkan Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Reset di Lumut yang dibuat pada malam yang sama hanya dihadiri tidak sampai 300 orang. Majlis Sambutan Aidilfitri di beberapa buah negeri dan bahagian juga nampaknya mendapat sambutan sangat baik.


5. InsyaAllah, tanpa Kumpulan SD dan Reset ini, apapun akan menjadi lebih lancar dan teratur, keputusan juga dapat dibuat dengan lebih pantas dan tanpa sebarang pertikaian dan alasan yang pelik-pelik. Perkara ini telah terbukti dalam BERSATU.

HAMZAH PERLU BUKTIKAN DIA BUKAN PUNCA MASALAH DAN PERPECAHAN

 


1. Alhamdulillah, hari ini tanpa Hamzah Zainudin dan penyokong-penyokongnya, perjalanan BERSATU lebih lancar dan harmoni. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) lebih produktif, keputusan-keputusan boleh dibuat dengan lebih pantas dan usaha-usaha penyusunan semula cawangan, bahagian, negeri dan pusat juga dapat dilaksanakan tanpa gangguan. Sepanjang bulan Ramadan, majlis berbuka puasa berlangsung dengan kehadiran yang menakjubkan, manakala dalam bulan Syawal, sambutan Aidilfitri di berberapa negeri dan bahagian diraikan dengan penuh kemesraan dan kemeriahan.


2. InsyaAllah, BERSATU kini lebih kukuh dan teguh. Pemimpin dan ahli yang kekal dalam BERSATU hari ini adalah mereka yang berprinsip, berintegriti, berpegang kepada perlembagaan dan keputusan-keputusan parti, menghormati Institusi Presiden dan Institusi-Institusi parti. Mereka juga setia kepada parti dan kepimpinan parti. Mereka tidak akan menyokong Hamzah walaupun ditawarkan wang ringgit, jawatan dan peluang bertanding dalam pilihan raya. 


3. Sebelum ini dimaklumkan ada aduan disiplin dibuat oleh Ketua-ketua Bahagian di Kelantan bahawa mereka ditawarkan oleh pihak tertentu, bantuan kewangan dan juga peluang untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang jika mereka bersetuju menandatangani Akuan Bersumpah (SD) mendesak Presiden berundur. Alhamdulillah, Ketua-Ketua Bahagian ini menolak rasuah yang ditawarkan dan memilih untuk membuat aduan kepada Lembaga Disiplin - membuktikan pemimpin-pemimpin yang ada berpegang kepada integriti.


4. Jika diingat semula, ketika gelombang “Turun Anwar 2025” pada 26 Julai 2025, BERSATU dan PN berada pada tahap kekuatan yang tinggi. Kini, akibat beberapa tindakan penyokong-penyokong Hamzah, BERSATU perlu disusun dan diperkukuhkan semula. Disebabkan penyokong-penyokong Hamzah juga, hari ini, sedikit sebanyak imej PN juga turut terjejas. Situasi ini menimbulkan persoalan - adakah tindakan penyokong-penyokong Hamzah ini sekadar kebetulan, atau wujud agenda lain yang melemahkan dari dalam?


5. Apa yang Hamzah dan penyokong-penyokongnya lakukan seringkali tidak selari, malah kadang-kadang bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan. Tidak jelas sama ada Hamzah dan pengikutnya benar-benar memahami maksud “rundingan Penyatuan Melayu-Islam dengan Zahid” dan “Konsensus Nasional”, atau mereka sekadar menggunakan istilah-istilah ini sebagai retorik kosong, atau mungkin juga untuk menutup hipokrasi mereka.


6. Sebelum ini dalam BERSATU, penyokong-penyokong Hamzah tidak henti-henti melanggar perlembagaan dan disiplin parti. Setiap masa ada sahaja sidang media, kenyataan atau tindakan yang disusun untuk mengganggu pergerakan parti dan mencemarkan imej parti. Ada pengikutnya yang hampir setiap malam membuat 'live' dan posting menyerang Presiden, pemimpin-pemimpin parti dan Institusi Parti. Mungkin niat mereka adalah untuk memberikan imej yang tidak baik kepada parti sepanjang masa sehingga ke pilihan raya. Alhamdulillah sekarang mereka semua telah tiada dan meniadakan diri.


7. Sekarang nampaknya perkara yang sama sedang dilakukan ke atas PN. Sebelum ini timbul isu berkenaan Majlis Eksekutif 1.0, sekarang tidak habis-habis polemik mengenai Ketua Pembangkang, esok mungkin permohonan masuk Hamzah dan 'parti'nya ke dalam PN, selepas itu mungkin tuntutan Hamzah ke atas kerusi Larut. Selepas itu tuntutan kerusi daripada pengikut-pengikutnya pula. Akhirnya, sepanjang masa PN akan digambarkan seolah-olah bermasalah dan tidak stabil sehingga menjelang pilihan raya. Ada sahaja polemik dibangkitkan untuk menjejaskan imej PN. Adakah mereka ini Trojan Horse? Adakah dahulu peranan mereka adalah untuk memberikan imej tidak baik terhadap BERSATU, sekarang peranan itu disasarkan kepada PN?


8. Sebenarnya, jika betul Hamzah bersungguh-sungguh mahukan 'penyatuan Melayu-Islam' dan 'konsensus nasional', 


I. kenapa Hamzah dan pengikutnya mahu menubuhkan atau menghidupkan satu lagi parti Melayu? Tidakkah ini memecah belahkan lagi kesatuan Melayu-Islam?


III. kenapa tidak mahu menyertai sahaja parti yang sudah sedia wujud, misalnya menyertai inisiatif Rumah Bangsa dan Kolaborasi Agung yang ditaja Zahid Hamidi? Bukankah perkara ini telah dirundingkan secara tanpa mandat dengan Kem Zahid? Bukankah Langkah Bangkok juga adalah mengenai 'agenda penyatuan' ini?


9. Jika Hamzah benar-benar menyakini konsep 'perpaduan' dan 'konsensus', 


I. Kenapa semasa di dalam BERSATU sebelum ini, Hamzah dan penyokong-penyokongnya memilih untuk menjadi punca pergolakan dalam BERSATU? Kenapa mereka tidak boleh menerima keputusan Pemilihan Parti, PAT2024 dan PAT2025 yang sebulat suara mahu mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU? Kenapa dilanggar perlembagaan dan disiplin parti? Kenapa dipanggil sidang media dan membuat kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang merosakkan keharmonian dalam parti dan mencemarkan imej parti? Kenapa menyerang Institusi Presiden dan pemimpin-pemimpin parti secara terbuka? Adakah Hamzah faham maksud 'perpaduan' dan 'konsensus'?


ii. Bukankah dia sepatutnya menyertai Umno melalui Rumah Bangsa kerana jelas Umno tidak mempunyai sebarang masalah menerima Hamzah? Malah, kem Zahid juga telah bersetuju untuk melantik Hamzah menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Umno menjadi kerajaan. Sudah pasti Zahid akan memastikan Hamzah kekal bertanding dan menang di Larut kerana Hamzah adalah bakal TPM daripada Umno.


III. kenapa Hamzah memilih untuk menjadi punca pertikaian, ketidak harmonian dan ketidak selesaan dalam Perikatan Nasional (PN)? Kenapa masih memegang jawatan Ketua Pembangkang yang bukan haknya? Tidakkah Hamzah ada perasaan malu untuk terus bertenggek di atas jawatan Ketua Pembangkang yang bukan hak peribadinya dan yang diberikan kepadanya atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung BERSATU dan Ahli Parlimen PN/BERSATU? Kenapa susah sangat untuk melepaskan jawatan yang bukan haknya dan berpindah ke blok Ahli Parlimen Bebas? Kenapa memilih untuk mewujudkan pertikaian dan ketidak selesaan jika Hamzah dan pengikut-pengikutnya benar-benar faham maksud 'konsensus', 'penyatuan' dan 'perpaduan'? 


IV. Kenapa bercakap mengenai hasrat untuk memohon menyertai PN sedangkan Hamzah sudah tahu, permohonannya ini akan mengakibatkan ketidak selesaan dan ketidak harmonian dalam kalangan parti-parti komponen PN dan penolakan dari parti anggota PN? Maksudnya, akan timbul masalah 'konsensus'. Kalau Hamzah benar-benar menjiwai maksud 'konsensus', sudah pasti dia akan mengelak dari menjadi punca pertikaian dan memohon untuk memasuki Umno kerana melalui Rumah Bangsa dan Kolaborasi Agung tajaan Zahid, serta rundingan Langkah Bangkok, sudah pasti Hamzah akan diterima oleh Umno dan BN dengan tangan terbuka secara konsensus, tanpa penolakan, dan Hamzah juga akan diangkat menjadi TPM bagi Umno.


10. Persoalan sama ada Hamzah Zainudin akan menubuhkan parti baharu atau menyertai parti Melayu-Islam sedia ada sebenarnya tidak perlu dipolemikkan dan dibincangkan sama sekali kerana ia akan 'berpotensi mencetuskan Akta Anti Lompat Parti, Perkara 49(A)1 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:-


“Seorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan tersebut dan kerusinya menjadi kosong jika -


(a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai seorang ahli daripada sesuatu parti politik—


(i) dia meletakkan jawatan daripada parti politik tersebut; atau

 

(ii) dia tidak lagi menjadi ahli parti politik tersebut; atau


(b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat selain sebagai seorang ahli daripada sesuatu parti politik, dia menyertai sesuatu parti politik sebagai ahli.”


11. Jika Hamzah benar-benar faham maksud 'agenda penyatuan Islam dan ummah', 'konsensus' dan 'perpaduan Melayu-Islam', dia akan mengelak daripada menjadi punca perpecahan, baik dalam BERSATU sebelum ini, atau dalam PN atau dalam kalangan parti-parti Melayu-Islam. Jika Hamzah mampu melaksanakan perkara-perkara ini, barulah betul kata-kata selari dengan tindakan - cakap serupa bikin. Barulah 'reset' dalam ertikata sebenar, bukan hanya KETIMBANG.

Friday, March 27, 2026

PM-PM DAN KERAJAAN TERDAHULU LEBIH BIJAK MENGURUSKAN KENAIKAN HARGA MINYAK BERBANDING ANWAR DAN KERAJAAN PH-BN


 

1. Kenaikan mendadak harga minyak di Malaysia bagi Mac 2026 menimbulkan kebimbangan serius terhadap keupayaan kerajaan dalam mengurus kos sara hidup rakyat. Sebagai sebuah negara pengeksport minyak, Malaysia sepatutnya mampu menawarkan harga bahan api yang lebih stabil dan berpatutan.


2. Namun, realitinya hari ini menunjukkan sebaliknya. Harga diesel di Semenanjung telah mencecah RM4.72 seliter, manakala RON95 sekitar RM3.27 seliter. Paras ini bukan sahaja antara yang tertinggi dalam sejarah, malah kini setara atau lebih tinggi berbanding negara-negara jiran yang merupakan net importer minyak seperti Thailand, Vietnam, Myanmar dan Indonesia.







3. Rekod terdahulu membuktikan bahawa kerajaan sebelum ini lebih berkesan dalam mengurus harga minyak:

2013 (Pentadbiran BN)

Harga minyak dunia sekitar USD115 setong, namun RON95 kekal pada RM1.90 dan diesel RM1.80.

2022 (Pentadbiran PN)

Harga minyak dunia sekitar USD128 setong, tetapi harga RON95 hanya RM2.05 dan diesel RM2.15.

4. Walaupun harga minyak dunia ketika itu melebihi USD100 setong, kerajaan terdahulu masih mampu mengekalkan harga pada paras yang lebih rendah berbanding harga di bawah PM10 dan kerajaan PH-BN hari ini.

5. Selain itu, rakyat juga tidak didiskriminasikan dan dibebankan dengan sistem harga yang berbeza kerana tiada diskriminasi dalam harga diesel, dan subsidi diberikan secara lebih menyeluruh.


Kenaikan Tertinggi di Rantau Ini


6. Perbandingan serantau menunjukkan Malaysia mencatatkan peratusan kenaikan harga diesel paling tinggi:

• Malaysia: +66.2%

• Singapura: +18.3%

• Beijing: +13.1%

• Hong Kong: +4.0%

• Thailand: -5.2%

Kenaikan mendadak ini menunjukkan bahawa faktor domestik, iaitu PM, kerajaan dan dasar kerajaan sangat memainkan peranan besar, dan bukan semata-mata disebabkan oleh harga minyak global. Cara kerajaan mengendalikan Petronas juga dipertikaikan.

7. Ketika ANWAR dan PAKATAN HARAPAN menjadi pembangkang, Anwar berhujah bahawa:

Hujah 1: Malaysia adalah Negara Pengeksport Minyak

“Malaysia negara pengeksport minyak. Bila harga minyak dunia naik, pendapatan negara meningkat. Jadi tidak wajar harga minyak naik.”

Realitinya hari ini:

- Harga minyak tetap naik mendadak walaupun Malaysia net exporter minyak. Rakyat tidak menikmati kelebihan daripada peningkatan pendapatan negara dan Petronas.

Hujah 2: Banding Dengan Negara Net Importer

"Malaysia sebagai pengeluar tidak sepatutnya menaikkan harga minyak seperti negara-negara net importer minyak dan tidak wajar mempunyai harga minyak lebih tinggi daripada negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar."

Realitinya hari ini:

- Harga Malaysia kini setara atau lebih tinggi daripada negara-negara tersebut.

- Berbanding Malaysia, RON95 (RM3.27) dan Diesel (RM4.72), harga RON95 dan Diesel bagi negara-negara tersebut adalah lebih rendah atau setara: Thailand RON95 RM4.20, Diesel RM 4.00, Vietnam RON95 RM3.30, Diesel RM5.00, Myanmar RON95 RM3.30, Diesel RM3.50, Indonesia RON95 RM3.0, Diesel RM4.50.

- Negara yang import minyak pula dilihat lebih mampu mengawal harga dengan lebih baik.

Beban Berganda Ke Atas Rakyat

8. Sejak awal pemerintahan Anwar dan kerajaan PH-BN ini, dasar-dasar kerajaan Madani adalah silap dan tidak prihatin rakyat. Kesannya jelas apabila:-

• Harga barang melambung

• ICPT dan tarif elektrik dinaikkan walaupun ketika itu harga arang batu, minyak dan gas asli jatuh

• Cukai bertambah dan meningkat, e-invoicing menambahkan beban

• Harga diesel dinaikkan begitu tinggi, sebanyak RM1.20

• Kos operasi perniagaan melambung

• berbilion-bilion ringgit subsidi rakyat dikurangkan

• Pendapatan rakyat tidak meningkat setara dengan peningkatan kos sara hidup, pendapatan boleh guna rakyat semakin kurang

• Janji-janji tidak ditunaikan, malah janji untuk menghapuskan tol gagal ditunaikan, sebaliknya yang dihapuskan adalah kemudahan tol percuma semasa musim perayaan. Sudahlah kena bayar penuh tol semasa perayaan, kesesakannya pula jauh lebih teruk daripada dahulu.

Apabila kenaikan harga minyak hari ini berlaku pada saat rakyat telah mengalami pelbagai tekanan dan bebanan kos sara hidup dan kos operasi perniagaan lain sepanjang tiga tahun yang lalu, keadaan ini telah mengakibatkan rakyat dan perniagaan semakin terbeban dan tertekan. 

9. Berdasarkan fakta dan perbandingan yang jelas, PM-PM dan kerajaan-kerajaan terdahulu lebih cekap, lebih bijak dan lebih berkesan dalam mengurus harga minyak walaupun berdepan dengan harga minyak dunia yang lebih tinggi.

10. PM10 dan kerajaan PH-BN hari ini dilihat GAGAL menguruskan soal kenaikan harga minyak, kenaikan kos sara hidup dan harga barang, serta kehidupan rakyat lebih baik berbanding PM-PM dan kerajaan-kerajaan terdahulu. Malah prestasi PM10 dan kerajaan PH-BN juga nampaknya tidak setanding dengan prestasi pemimpin dan kerajaan negara-negara jiran yang bukan negara pengeksport minyak.

HUTANG NEGARA: ANWAR DAN KERAJAAN PH-BN GAGAL URUSKAN BERBANDING PM DAN KERAJAAN PN

 


1. Sewaktu era Pandemik dan Endemik Covid19, negara berhutang, tetapi impaknya terhadap meningankan dan memberikan kelegaan terhadap kehidupan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara dapat dirasakan. Sebaliknya, di zaman Anwar Ibrahim, biarpun tiada lagi Pandemik Covid19 atau pandemik lain, subsidi rakyat dipotong secara besar-besaran, tarif elektrik dan air dinaikkan, negara tetap berhutang, tetapi kenapa impak hutang yang dibuat oleh kerajaan dan PM10 gagal memberikan kelegaan dan meringankan beban kehidupan rakyat dan tidak merancakkan perniagaan dan ekonomi? Di mana silapnya?

2. Sebab itu saya selalu menekankan bahawa berbanding Anwar, PM8 Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai jauh lebih banyak pengalaman di Pusat dan Negeri, dan keupayaan beliau telah teruji melalui pelbagai krisis sepanjang tempoh beliau berada di dalam kerajaan sejak krisis tahun 1988 lagi sehinggalah yang terbaru, krisis Pandemik Covid19. Sedangkan Anwar, bukan sahaja mempunyai pengalaman yang relatif lebih sedikit, tetapi pada tahun 1998 dan 1999, Anwar adalah sebahagian daripada krisis yang melanda negara ketika itu.

3. Hari ini dengan adanya peperangan antara Amerika Syarikat, Israel - Iran, nampaknya keadaan bukan akan menjadi semakin elok, tetapi akibat kesilapan polisi, pendekatan dan kelemahan pengurusan kewangan, ekonomi dan kos sara hidup oleh kerajaan Madani PH-BN dan PM10 sejak tahun 2023, keadaan nampaknya akan menjadi semakin buruk.


4. Prestasi kedua-dua PM dan kerajaan PN dan PH-BN boleh dijelaskan berdasarkan pemerhatian berikut:-

HUTANG NEGARA: PERBANDINGAN PENGURUSAN ERA MUHYIDDIN (PN) VS ANWAR (PH-BN/MADANI)

1. Isu hutang kerajaan kekal sebagai indikator utama disiplin fiskal dan kecekapan pengurusan ekonomi sesebuah negara. Berdasarkan data daripada Macrotrends dan Trading Economics, trend hutang Malaysia menunjukkan perbezaan ketara antara dua era pentadbiran utama ini.

2. Era Muhyiddin Yassin & Perikatan Nasional (2020–2022)

Tan Sri Muhyiddin mengambil alih pentadbiran pada Mac 2020 ketika negara dilanda krisis COVID-19. Dalam keadaan ekonomi menguncup, kerajaan melaksanakan pelbagai pakej rangsangan bagi melindungi rakyat dan perniagaan.

Data ringkas:

• 2019: RM0.79 trilion | ~52–53% KDNK

• 2020: RM0.87 trilion | 62.0% (+9.6%)

• 2021: RM0.98 trilion | 63.3% (+1.3%)

• 2022: RM1.08 trilion | 60.2% (−3.1%)

Walaupun hutang meningkat, ia bersifat respons krisis. Lebih penting, nisbah hutang kepada KDNK berjaya distabilkan dan menurun semula menjelang 2022 — satu petunjuk disiplin fiskal dalam situasi luar biasa.

3. Era Anwar Ibrahim & PH-BN/Madani (2023–2025)

Pentadbiran Anwar bermula dalam keadaan ekonomi yang telah pulih. Namun, trend hutang menunjukkan peningkatan berterusan walaupun hasil kerajaan meningkat.

Data terkini:

• 2023: RM1.17 trilion | 64.3% (+4.1%)

• 2024: ~RM1.26 trilion | 70.4% (+6.1%)

• 2025: ~RM1.30 trilion | 71.3% (unjuran)

Sumber: Trading Economics

• Hutang Persekutuan sekitar RM1.24 trilion (Q3 2025)

• Nisbah hutang dianggarkan antara 66% hingga 84% KDNK bergantung kepada definisi

• Hutang luar negara sekitar RM1.4 trilion (69% KDNK)

• Sasaran defisit fiskal: 3.8% pada 2025

Jika termasuk liabiliti luar jangka, jumlah tanggungan kerajaan boleh mencecah sekitar RM1.7 trilion.

4. Analisis Perbandingan

4.1 Era Muhyiddin dan Ismail Sabri (PN)

• Konteks: Krisis pandemik global

• Pendekatan: Rangsangan bersasar & sementara

• Nisbah Hutang/KDNK: Stabil dan menurun (63% → 60%)

• Pertambahan Hutang: ~RM290 bilion (3 tahun)

• Penilaian: Terkawal dan berkesan dalam krisis

4.2 Era Anwar (PH-BN/Madani)

• Konteks: Ekonomi dalam pemulihan

• Pendekatan: Rasionalisasi subsidi & cukai baharu

• Nisbah Hutang/KDNK: Meningkat (64% → >71%)

• Pertambahan Hutang: ~RM220 bilion (±2.5 tahun)

• Anggaran 3 tahun: menghampiri RM250 bilion

• Penilaian: Tekanan fiskal berterusan

5. Kesan dan Implikasi Hutang Negara

• Hutang era pandemik meningkat tetapi berjaya distabilkan selepas krisis

• Era pasca-pandemik menunjukkan trend kenaikan berterusan

• Nisbah hutang kini melepasi 70% KDNK, tahap yang lebih membimbangkan

• Perbezaan utama adalah pada keberkesanan penggunaan hutang

6. Secara keseluruhan:

• Era Muhyiddin (PN): Hutang meningkat kerana krisis, tetapi digunakan untuk membantu rakyat dan berjaya dikawal

• Era Anwar (PH-BN/Madani): Hutang terus meningkat walaupun ekonomi pulih, namun impaknya kepada rakyat dipersoalkan

7. Krisis hutang negara bukan sekadar angka, tetapi soal kecekapan, keutamaan dan keberkesanan dasar PM dan kerajaan. Tanpa pengurusan fiskal yang berdisiplin dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan perniagaan dan ekonomi, peningkatan hutang hanya akan menjadi beban jangka panjang kepada negara. Negara tetap berhutang, perbezaannya, rakyat hari ini semakin menderita.

DASAR HARGA DIESEL: KENAPA PM10 DAN KERAJAAN MELANGGAR PERKARA 8 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN MENAFIKAN HAK RAKYAT, PERNIAGAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA?


 1. Ahli-ahli Parlimen wajar menyoal PM10 dan kerajaan Madani PH-BN, adakah mereka telah melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan apabila secara nyata menafikan subsidi diesel kepada rakyat dan perniagaan di Semenanjung Malaysia, sedangkan subsidi tersebut terus dinikmati secara menyeluruh di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini bukan lagi persoalan dasar semata-mata, tetapi persoalan keadilan perlembagaan.

2. Perkara 8 (1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut:-

2.1 Perkara 8(1) - Kesamarataan

“Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.”

2.2 Perkara 8(2) - Larangan Diskriminasi

“Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berhubung dengan pemerolehan, pemilikan atau pelupusan harta atau penubuhan atau menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.”

3. Hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah PM10 dan kerajaan PH-BN telah mewujudkan dua realiti berbeza dalam satu negara:

- Diesel di Semenanjung: RM4.72 seliter

- Diesel di Sabah, Sarawak & Labuan: RM2.15 seliter

- RON95 bersubsidi: RM1.99 (seragam)

- RON97: seragam

4. Perbezaan ini bukan kecil, tetapi jurang besar yang memberi kesan langsung kepada kos hidup dan kos perniagaan. Lebih pelik, hanya diesel diperlakukan secara berbeza, bukan petrol.

5. Pelanggaran Teras Perkara 8(1): Layanan Tidak Sama Terhadap Kelas Yang Sama

Kerajaan tidak boleh lari daripada fakta ini, iaitu:

i. Pengguna diesel di Malaysia adalah kelas yang sama

ii. Mereka menjalankan fungsi ekonomi yang sama

iii. Namun dikenakan harga yang berbeza hanya kerana mereka berada di wilayah berbeza

Ini bukan sekadar “perbezaan dasar”. Ini adalah layanan tidak sama terhadap kumpulan yang sama - asas kepada pelanggaran Perkara 8(1). Jika prinsip kesamarataan memberi sebarang makna, ia mesti terpakai di sini.

6. Diskriminasi Terselindung Yang Nyata (Perkara 8(2))

Kesan dasar ini terhadap kehidupan rakyat dan perniagaan amat jelas dan tidak boleh disangkal:

- Rakyat, termasuk golongan B40 dan Perniagaan di Semenanjung perlu menanggung beban kos lebih tinggi

- Rakyat, termasuk golongan T20 dan Perniagaan Sabah/Sarawak pula menerima manfaat subsidi menyeluruh

Ini bukan neutral. Ini adalah "diskriminasi secara operasi (operational discrimination)" yang memberi kesan kepada:

- kos perniagaan

- harga barangan

- daya saing ekonomi

yang secara langsung menyentuh perlindungan di bawah Perkara 8(2).

7. Ketidak konsistenan ini melemahkan keseluruhan Dasar kerajaan PH-BN. Hakikatnya, tiada hubungan rasional yang konsisten dalam soal ini:-

- Harga RON95 dan RON97 sama seluruh negara

- Harga Diesel berbeza secara ekstrem

Jika alasan kerajaan melaksanakan dasar yang diskriminatif ini adalah berkaitan aspek geografi, logistik dan kos sara hidup Sabah dan Sarawak, maka persoalan yang tidak dapat dielakkan adalah - Mengapa petrol tidak dibezakan? Mengapa hanya diesel?

8. Pengelasan yang diskriminatif ini juga gagal dan tidak bertanggungjawab, ia terlalu meluas (overbroad). PM10 dan kerajaan Madani PH-BN memilih pendekatan paling mudah dan paling tidak adil. 

8.1 Semua pengguna di Sabah/Sarawak mendapat subsidi penuh termasuk syarikat besar, industri berat dan golongan T20.

8.2 Semua pengguna di Semenanjung dikenakan harga yang tinggi tanpa pengecualian, termasuk  golongan B40.

Ini bukan dasar bersasar. Sebaliknya ia adalah "pengagihan manfaat dan beban secara pukul rata yang tidak berasas". Dalam undang-undang, pengelasan sebegini disebut sebagai "gagal ujian “reasonable classification”".

9. Dasar yang diskriminatif dan tidak konsisten ini sudah pasti mengakibatkan ketidakadilan yang sistemik terhadap kos operasi perniagaan dan bebanan ekonomi yang tidak seimbang, terutama di Semenanjung. Apabila kos logistik meningkat, sudah pasti harga barang meningkat dan tekanan inflasi juga bertambah. Sedangkan kesan tersebut minimum di Sabah dan Sarawak. Dasar diskriminatif ini mengakibatkan “distortion of economic equality” antara wilayah dalam satu negara. Kerajaan PH-BN bukan sahaja telah mencipta perbezaan, tetapi juga memperdalam jurang ekonomi secara aktif.

10. Hujah kerajaan untuk menghalalkan diskriminasi dan ketidakkonsistenan polisi ini di Sabah dan Sarawak tidak masuk akal:-

i. Jika ia adalah kerana Sabah/Sarawak lebih mencabar dari segi logistik, kenapa harga Petrol RON95 dan RON97 tidak dibezakan 

ii. Jika tujuan membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, kenapa tidak subsidi berdasarkan keperluan sebenar (pendapatan), bukan lokasi?

iii. Jika tujuannya memberi keadilan, mengapa golongan kaya dan syarikat besar di Sabah/Sarawak turut menikmati subsidi penuh?

11. Dasar Perbezaan Harga Diesel ini merupakan isu Perlembagaan, bukan sekadar persoalan dasar. Dasar ini:

i. Tidak konsisten

ii. Tidak rasional

iii. Tidak disasarkan

iv. Memberi kesan diskriminasi yang nyata, dan yang paling penting

v. melanggar prinsip asas kesamarataan dan anti diskriminasi di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

12. Kenapa PM10 dan kerajaan Madani PH-BN menafikan hak Perlembagaan Persekutuan rakyat Malaysia dan perniagaan di Semenanjung Malaysia untuk mendapat subsidi dan harga diesel yang sama dengan rakyat Malaysia dan perniagaan di Sabah dan Sarawak?

PENINGKATAN HARGA RON95 DAN DIESEL: ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERTIPU SEPANJANG TIGA TAHUN SEJAK 2022?


1. Berdasarkan data Trading Economics, pada 6 Jun 2022, paras harga minyak mentah Brent dunia adalah sekitar AS$ 118.20 setong. Pada 24 Mac 2026, harganya adalah sekitar AS$ 103.00 setong. Sejak Jun 2022, harganya pernah turun sehingga ke paras terendah, AS$ 60.80 setong.

2. Malangnya sejak Anwar Ibrahim dan kerajaan campuran Pakatan Harapan - Barisan Nasional memerintah pada  24 November 2022, tiada penurunan harga minyak diumumkan. Hanya pada 30 September 2025 baru ada pengumuman penurunan harga, itupun hanya sebanyak 6 sen bagi pengguna individu dan dengan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan. Harga bagi pengguna lain, bukan individu naik sebenarnya daripada RM2.05 seliter kepada RM2.60 seliter, iaitu naik sebanyak 55 sen seliter.

3. Adakah rakyat Malaysia tertipu?

4. Jika dilihat secara objektif, trend harga minyak dunia tidak menyokong kenaikan harga domestik yang ketara:

I. Pada bulan Jun 2022, harga minyak mentah Brent: adalah USD118.20, iaitu sekitar RM501/setong (jika berdasarkan kadar tukaran semasa ketika itu AS$1 = RM4.24)

II. Pada bulan Disember 2025 (paras paling rendah). Harga minyak mentah Brent adalah USD60.80, iaitu sekitar RM249/setong (tukaran semasa AS$1 = RM4.09). Harga minyak mentah Brent turun hampir -50%

III. Pada 24 Mac 2026, harga minyak mentah Brent adalah USD103, iaitu sekitar RM408/setong (tukaran semasa AS$1= RM3.96). Harga ini masih lebih rendah sebanyak -18% berbanding Jun 2022

5. Namun dalam tempoh yang sama:

I. Harga RON95 meningkat daripada RM2.05 kepada RM3.87 (+89%)

II. Harga Diesel meningkat daripada RM2.15 kepada RM5.52 (+156%)

Ini menunjukkan jurang besar antara harga global dan harga yang ditetapkan oleh kerajaan campuran Pakatan Harapan - Barisan Nasional. Walaupun harga minyak mentah dunia turun tetapi kerajaan tetap menaikkan harga RON95 dan Diesel Euro 5 secara mendadak. Ini adalah satu kontradiksi dasar yang sangat jelas dan rakyat dipaksa membayar lebih mahal berbanding sebelumnya.

6. Sudahlah terpaksa membayar lebih mahal biarpun harga minyak mentah dunia turun, lebih menyakitkan hati, harga minyak di Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Anwar dan PH selama ini sebagai negara pengeksport minyak (net exporter) kini adalah setara atau lebih tinggi berbanding negara jiran yang merupakan net importer.

7. Perbandingan Harga (pada 26 Mac 2026)

I. Harga di Malaysia

• RON95: RM3.87

• Diesel: RM5.52

II. Harga di Indonesia (Pertamina)

• RON95 (Pertamax Green 95): RM3.04 (IDR 12,900)

• Diesel (Pertamina Dex): RM3.41 (IDR 14,500)

III. Harga di Thailand

• RON95 (Standard Gasohol 95): RM4.25 (THB 41.05)

• Diesel S/B7: RM4.72 (THB 38.94)

Secara Perbandingan, harga RON95 di Malaysia lebih mahal daripada Indonesia. Manakala harga Diesel di Malaysia jauh lebih mahal daripada Indonesia dan Thailand.

8. Lebih tidak masuk akal adalah rakyat Malaysia di Semenanjung Malaysia dipaksa membayar sekitar 157% lebih tinggi untuk diesel berbanding golongan T20, towkey balak dan perniagaan/korporat di Sabah dan Sarawak.

9. Sejak September 2022 hingga Disember 2025, walaupun harga minyak mentah, arang batu dan gas asli global turun - minyak mentah Brent turun sebanyak 32%, arang batu turun sebanyak 77% dan gas asli turun sebanyak 58% - harga minyak dan tarif elektrik/ICPT tetap tidak turun malah dinaikkan. Dasar PM10 dan kerajaan Madani PH-BN ini telah mengakibatkan beban berganda kepada rakyat. Dalam tempoh yang sama:

• Harga barang meningkat

• ICPT dan tarif elektrik dinaikkan

• Kos perniagaan melonjak

• Cukai meningkat dan bertambah

• Subsidi dikurangkan secara besar-besaran 

10. Hari ini, apabila harga minyak RON95 dan Diesel melonjak tinggi, rakyat dan perniagaan bukan sahaja membayar harga yang lebih tinggi untuk minyak, tetapi juga menanggung kesan berantai kepada keseluruhan kos sara hidup dan kos menjalankan perniagaan.

11. Apa yang terpaksa dihadapi oleh rakyat dan perniagaan di Malaysia hari ini bukan sekadar kesan kenaikan harga minyak global, tetapi kegagalan dasar PM10 dan kerajaan campuran PH-BN yang mengakibatkan rakyat dan perniagaan dipaksa membayar lebih mahal daripada sepatutnya. 

PEMBANGKANG LEMAH?

 


1. Pembangkang lemah? Tukarlah Ketua Pembangkang tu. Sejak dulu lagi KJ dan KS dah cakap benda yang sama.

2. Nak jadi Ketua Pembangkang, kena ada substance dan hala tuju yang betul. Bukan rosakkan parti sendiri dan parti gabungan, PN.

3. Paling bagus, jadikan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dan Pakatan Harapan sebagai pembangkang semula. Tak perlu substance, hanya perlu KETIMBANG dan buat janji bulan bintang yang tidak boleh ditunaikan.

4. Sebab tu sampai PRU15, Anwar masih gagal jadi PM dan PH masih gagal menjadi kerajaan sebab majoriti rakyat tak pilih mereka, walaupun selepas begitu banyak penipuan, janji palsu dan demonstrasi jalanan yang mereka buat.

5. Hanya dapat jadi PM dan kerajaan hasil penipuan Zahid Hamidi dan pengkhianatan undi pengundi Umno, undi pengundi BN dan undi pengundi PH. Hmm.. dengan cara menipu juga...

6. Cuma KJ, perkataan 'stupid' tu tak sesuai bagi seorang seperti anda, itu hanya sesuai kepada mereka dengan tahap penguasaan vocabulary yang lemah dan tahap kematangan politik yang rendah. Dulu ada beberapa orang dalam BERSATU yang macam tu, sekarang mereka dah dipecat.

Popular Posts