Monday, December 19, 2011

[Gambar] Putrajaya perlu lihat Paintball di luar kotak kebiasaan



Semalam saya sempat merasmikan penutupan Majlis Pelancaran Malaysian Woodsball League di Paintball Valley, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Geng Putrajaya sempat join sekali dan turut berperang bersama `tentera-tentera' woodsball yang bersemangat tinggi. Saya juga sempat diberi penerangan mengenai pertandingan dan diberi peluang menjengah `tentera-tentera' yang sedang berperang. Boleh saya katakan, operator paintball di sini memang amat berbakat dan berpengetahuan, termasuk dari segi teknikal dan trend paintball. 

Sayangnya tidak ramai di kalangan pemimpin kerajaan yang benar-benar mengambil inisiatif untuk memahami apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan paintball dan aplikasi lain dalam kementerian-kementerian berkaitan. Sayangnya juga tidak ramai di kalangan mereka yang boleh menghargai kenapa Malaysia dijadikan rujukan negara-negara serantau walaupun di Malaysia ini tidak ada persatuan induk khusus untuk mewakili penggiat paintball di seluruh negara. Mungkin mereka perlu keluar dari kotak kebiasaan dan melihat paintball dari sudut-sudut berbeza. Jika tidak, sampai bila-bila pun mereka akan melihat paintball dari sudut yang usang ... 

Terima kasih jurufoto UMB yang sempat mengambil foto dan memuat naikkan foto-foto ini di portal Putrajaya-Online.


Perang Paintball - Majlis Belia Kawasan Putrajaya










Lagi photo di
http://putrajaya-online.blogspot.com/2011/12/perang-paintball-majlis-belia-kawasan.html


9 comments:

Roslim Abu said...
This comment has been removed by the author.
Roslim Abu said...

Terima kasih Tun, Satu pandangan yang jujur yang amat kami harapkan dari kalangan pemimpin negara. Paintball sudah hampir 10 tahun di negara ini tetapi masih "terpinggir" walaupun negara ini merupakan yang ketiga terbesar didunia selepas US and Eropah didalam perkembangan sukan paintball. terima kasih sekali lagi Tun dari kami penggiat sukan paintball di malaysia dan terima kasih kerana sudi bertandang ke Paintball valley

Mie said...

Terima Kasih Tun kerana sudi menghadiri majlis kami pada tempoh hari di Paintball Valley Bukit Cerakah Shah Alam. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tq kerana singgah ke blog ini. Program yang dianjurkan memang bagus; sayang jika kepakaran anak tempatan, lebih-lebih lagi di kalangan anak Melayu tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Mungkin pihak yang bertanggung jwb perlu menukar cara melihat; jika tidak mampu melihatnya melalui sudut yang baru, mungkin elok digantikan pihak yang bertanggung jawab dengan darah baru yang mampu membawa sukan dan program ini ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Agoos said...

Terima Kasih Tun atas kesempatan untuk merasmikan Majlis "Malaysia Woodsball League"(MWL)pada 18.12.11

Untuk maklumat terkini sila layari laman rasmi MWL kami di www.mwl.my

Roslim Abu said...

amat berbesar kalau dpt mengadakan pertemuan seterusnya bagi memulakan langkah seterusnya.

Roslim Abu said...

Izinkan saya postkan comment Tun ke facebook MWL

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Roslim,

boleh. lusa saya akan bercuti sebentar. Hari jumaat saya ada di Putrajaya semula. Klu dah ready, seperti yang kita bincang hari tu, kita boleh jumpa masa tu.

sure, boleh share posting ni ke wall fb sdr, tq :)

zahrul azman bin nordin said...

Terima Kasih Tun Faisal, kerana sudi memeriksa perbarisan operator paintball dari E.C.S tempohari sempena Perasmian penutupan Majlis MWL..kami semua amat berbesar hati.

Popular Posts