Wednesday, July 29, 2015

Logiknya audit dan siasatan tidak terjejas dengan Peguam Negara dan Anggota PAC yang baru

Ada yang membangkitkan soal pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) ke dalam kabinet dan penamatan khidmat Peguam Negara yang berkemungkinan akan menjejaskan siasatan 1MDB. Secara logiknya:

1. Laporan Ketua Audit Negara yang telah diserahkan tidak akan berubah biar siapapun dilantik dan digugurkan

2. Jika pengerusi dan anggota baru dilantik sekalipun mereka tetap akan menyiasat berdasarkan laporan audit dan dakwaan terhadap 1MDB

3. Hasil siasatan awal PAC sebelum ini sudah tentu telah direkodkan dan anggota baru boleh meneruskan siasatan dari situ atau boleh memilih untuk memulakan siasatan semula

4. Anggota PAC biar siapapun masih terdiri dari Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang

5. Begitu juga Pasukan Petugas Khas 4 Agensi, selain Peguam Negara yang baru, 3 anggota lain masih sama, iaitu Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Pesuruhjaya SPRM. Siasatan tetap akan diteruskan berdasarkan dakwaan, bukti-bukti dan saksi-saksi yang ada.

11 comments:

Sasha said...

Setuju sangat degan ulasan saudara

Hanya org bodoh ajer yg tak faham atau buat buat tak faham

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya setuju..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Quantum Metal Consultant said...

AG dipecat sebab apa?

Kenapa tidak boleh tunggu tarikh persaraan sebenar (Oktober 2015) malahan jika ada keperluan, kontrak boleh disambung untuk tempoh tertentu.
Setiap yang berakal tidak boleh menolak faktor bahawa kedudukan AG tidak menyebelahi Najib dan langkah tersebut (memecatnya) terpaksa di ambil.
Ini tidak berlaku kepada KPN dan Ketua Suruhanjaya SPRM dan Gabenor setakat ini.
Ini semua bukan kebetulan.

Ciri-ciri "motif" di atas juga ada dalam perlantikan Anggota PAC ke kabinet baru Najib.

Paling ketara, semua "buying time" itu berjaya.

jimmie said...

Memang betul apa yang tuan utarakan tetapi tuan lupa yang segala siasatan akan terhenti sehingga perlantikkan yg baru dibuat.Parlimen akan bersidang pada bulan oktober dan ketika itu baru nama yang dicadang akan berbangkit..bayangkn proses dan masa yang akan dimbil? lu piker la sendiri!!

Unknown said...

Komen lembu kenyang....

Unknown said...

Nampak sangat Kluangman ni x membaca tapi merepek je lebih. Bukankah AG ni dihentikan dari team penyiasat kerana masalah kesihatan? Itu pun dia masih dalam perkhidmatan sehingga time pencen sebenar. Lagipun sudah lama saya baca kenyataan mengenai AG ni yg x berapa nak effisyen. Ini menimbulkan masalah kepada negara. Diharap penggantinya jauh lebih baik darinya.

Popular Posts