Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang Babi Betina - Bahasa Perlambangan Biadap @NgaKorMing untuk @ChewMeiFun


Wah suka-suka saja kaum biadap DAP ini menggunakan perlambangan binatang kepada orang lain. Ini lah budaya politik rendah dan biadap yang sudah berakar umbi di dalam parti DAP sejak dulu lagi...

Hakikatnya Chew Mei Fun jauh lebih mulia daripada Nga Kor MIng dan banyak melakukan kebajikan untuk rakyat..



Pusat Khidmat dan Nasihat Perundangan Percuma - Waktu Wan Azizah di Permatang Pauh ada ke? Berapa ramai orang Permatang Pauh yang dapat nasihat perundangan percuma atau perkhidmatan rawatan mata percuma?


Manifesto 4 Perkara Wan Azizah membuktikan kerajaan PR gagal mentadbir negeri dan di Kajang rupanya ada begitu banyak masalah. Wan Azizah sehingga terpaksa menjanjikan tindakan atas perkara-perkara yang sepatutnya sudah dibereskan oleh kerajaan PR Selangor. Kerajaan Selangor sudah menjadi begitu angkuh kerana mereka mempunyai kerusi yang begitu banyak. Nak beri satu lagi kerusi kepada PR? Nak beri satu lagi kerusi kepada seorang Presiden Parti yang diketahui ramai sebagai lemah dan tidak mampu menguruskan parti dengan baik? 

Kesombongan dan kebongkakan kerajaan PR Selangor inilah yang menyebabkan mereka sanggup membahayakan nyawa rakyat apabila gagal menyelesaikan masalah sampah, denggi, jalan raya rosak, banjir dan krisis air Selangor.

Kesombongan dan kebongkakan ini lah yang menyebabkan mereka begitu biadap sehingga menggunakan perlambangan babi betina kepada pihak lain...




Kini @chewmeifun Digelar Seekor Babi oleh Pembangkang #Kajang #PRKKajang



Penulis ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun kerana gigih berkempen di Kajang walaupun dihujani dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dari pihak pembangkang terutamanya dari DAP. 


Antara penghinaan yang telah dilakukan oleh pembangkang adalah dengan melabel Chew Mei Fun sebagai seekor babi. Ini dapat dilihat dari E-poster yang disebarkan melalui FB, Twitter, whatsapp dan sebagainya.

Contoh poster yang disebarkan adalah seperti dibawah:



Maksud poster diatas adalah: 

Jika MCA boleh dipercayai, babi betina pun boleh panjat ke atas pokok.
Kalau #ComeyFun boleh dipercayai, lebih banyak SJK(C) akan ditutup kelak.




Penulis berharap penyokong Barisan Nasional bersabar dan teruskan berkempen dengan cara yang sihat. Janganlah kita juga ikut rentak pembangkang dengan menggelar pemimpin pembangkang sebagai binatang dan sebagainya. We are better than that.

kepada Allah swt kami berserah. 



No comments:

Popular Posts