Siapa pemimpin PR bersama pelajar-pelajar ini?
Ada beza di antara mahasiswa bebas dan yang di`keldai'kan oleh PR. Semasa kami menjadi pemimpin mahasiswa dulu, kita tidak ada masalah dengan AUKU kerana kita faham AUKU digunakan oleh pentadbir IPT untuk mentadbir dan menyelia urusan di dalam IPT. Kita juga tidak ada masalah dengan Seksyen 15 AUKU kerana peruntukan untuk menjamin kebebasan mahasiswa dari politik kepartian.
Semasa saya dan rakan-rakan menjadi pemimpin mahasiswa dan menggerakkan gerakan mahasiswa di kampus dulu, kami semua bersepakat untuk tidak membawa bendera mana-mana parti politik ke dalam kampus, termasuk UMNO. Tujuan dan hasratnya mudah - untuk memastikan bahawa aspirasi yang dibawa oleh perjuangan mahasiswa adalah aspirasi tulen yang datangnya dari mahasiswa sendiri; bukan yang didorong dan dipengaruhi oleh orang politik.
Kedua, adalah untuk membangunkan budaya Politik Baru di dalam kampus. Jangan salah faham tentang maksud politik baru yang digunakan oleh pemimpin tertentu bagi mencari populariti. Budaya Politik Baru di dalam kampus bermaksud, budaya politik yang bebas dari kebejatan dan kejelekan politik luar yang dibawa oleh parti-parti politik di luar kampus. Budaya Politik Baru mahasiswa ini seharusnya mengambil pengalaman dan pengajaran dari budaya politik sakit parti politik di luar kampus dan mahasiswa seharusnya mengambil teladan yang baik dan menjadi pemula serta pemangkin kepada budaya politik yang lebih murni dan matang dari apa yang dihidangkan kepada mereka oleh ahli politik di luar kampus.
Itu perbezaan ASPIRASI tulen mahasiswa dengan ASPIRASI mahasiswa yang di`keldai'kan oleh PR dalam insiden Mahasiswa Kurang Ajar. Saya percaya ramai mahasiswa di luar sana yang tidak bersetuju dengan tindakan rakan-rakan mereka yang tidak dipilih secara demokratik oleh mereka, yang bertindak memalukan komuniti mahasiswa di seluruh negara.
Siapa pemimpin PR yang bertelagah dengan peniaga ini?
Mahasiswa perlu dididik dengan budaya politik baru bukan mengambil templat buruk politik di luar kampus. Aspirasi mahasiswa juga seharusnya aspirasi tulen, bukan menjadi rubber stamp untuk memenuhi kepentingan kelompok tertentu. Untuk mengelak keadaan seperti ini dari terus berlaku dan mahasiswa kekal bebas dari pengaruh parti politik, mungkinkah lebih wajar bagi pemimpin mahasiswa untuk mempertahankan Seksyen 15 AUKU?
3 comments:
nampak tak..semua melayu...kah2 ..inilah dia mahaisiswa melayu..bangsa lain pi mana...mereka pi tun tut ilmulah..nak jadi pandai
Saya rasa antara kemerosotan daya belajar anak melayu dan keterlibatan mereka adalah 2 perkara berbeza. Suara mahasiswa juga bahagian dari suara rakyat, suara mahasiswa adalah suara bakal pimpinan negara masa depan, apa kita lebih senang kalau mahasiswa kita bungkam?
Tak salah kalau nak bersuara, tapi biar kena caranya. Patutnya ada level berbeza di antara mahasiswa, murahsiswa dan samseng jalanan. Kalau dah kurang ajar, itu bukan mahasiswa namanya, itu murahsiswa atau samseng jalanan. Mak ayah kita tidak pernah ajar kita datang ke rumah orang buat kacau dan alih-alihkan barang sesuka hati tanpa izin tuannya. Klu kita datang rumah orang dan berbuat sesuka hati - itu kurang ajar namanya.
Post a Comment