Kegagalan pihak wartawan melaporkan berita sebenar dan menyampaikan fakta yang betul adalah amat dikesali dan dikira suatu tindakan yang tidak beretika. - ISMA
KENYATAAN RASMI ISMA MENGENAI KEPUTUSAN KES MARINA SAMAN ISMA
1. Pihak ISMA telah menolak mentah-mentah permohonan maaf yang dituntut oleh Marina sejak awal proses mediasi yang diatur oleh mahkamah. Ini kerana ISMA konsisten, sedari awal, tidak setuju dengan tuduhan Marina dalam samannya bahawa ISMA telah menfitnahnya. Sehubungan itu, deraf awal yang disediakan oleh peguam Marina (seperti Lampiran 1 di bawah) telah dipinda hampir keseluruhannya, antara lain dengan menggugurkan perkataan “PERMOHONAN MAAF” pada tajuk deraf tersebut, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Hal ini selari dengan hujah balas daripada pihak ISMA dalam menjawab saman fitnah Marina jika perbicaraan diadakan.
2. ISMA hanya menyatakan kekesalan (seperti Lampiran 2) sekiranya artikel dan risalah berkenaan (secara tidak langsung dan tanpa niat telah):
a. Menyebabkan kepayahan dan kesan buruk
b. Memberikan gambaran yang salah berkenaan Marina
3. Marina juga menuntut daripada ISMA dalam mediasi ini agar menanggung kos guamannya. Perkara ini telah ditolak oleh pihak ISMA mentah-mentah juga kerana pihak ISMA tiada melakukan sebarang kesalahan.
4. Kita telah menjangkakan laporan media yang berat sebelah, memandangkan mereka sedari awal telah mengerumuni Marina dan tidak sepatah pun kenyataan diambil daripada ISMA. Situasi ini amat mudah difahami bahawa sentimen media akan memihak kepada Marina. Tambahan pula deraf awal yang disediakan peguam Marina (Lampiran 1) telah diedar kepada wartawan lebih awal sebelum sesi mediasi bermula. Tidak dapat dipastikan apakah faktor sebenar yang menyebabkan laporan media begitu memihak kepada Marina, adakah kerana sentimen? Atau kerana gopoh? Atau masalah wartawan yang gagal memahami terma persetujuan dengan baik.
5. Kegagalan pihak wartawan melaporkan berita sebenar dan menyampaikan fakta yang betul adalah amat dikesali dan dikira suatu tindakan yang tidak beretika.
Ketua Penerangan Isma
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=881871075183969&id=138737752830642
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!! http://kedahkekl.blogspot.com/2011/12/panas-bukti-nyata-kolej-universiti...
-
Majlis Belia Kawasan Putrajaya bersama-sama dengan JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan W...
-
Semalam di Dewan Rakyat, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pendedahan tentang penipuan Anwar Ibrahim. Dengan nada yakin Datuk Seri Zahrain ...
-
[Nota dari orang sabah sendiri: Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes...
-
“Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya ke...
No comments:
Post a Comment