Thursday, September 6, 2012

[Gambar] Lawatan Menteri Pertahanan bersama pengendali media sosial ke TUDM






KUANTAN - Setelah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin pada 8 Ogos yang lalu, BN Youth Cyber Team (BNYCT) buat pertama kali para sukarelawan BNYCT bersama Pengerusi Tun Faisal Ismail Bin Aziz berpeluang menyertai satu Lawatan Editor Kanan Media Bersama Menteri Pertahanan ke kem Tentera Udara Di Raja, Kuantan Pahang untuk melihat kecanggih dan kepakaran yang dimiliki oleh pasukan tersebut.

Seramai lima orang daripada BNYCT dipilih melalui emel terawal yang berdaftar bersama-sama BNYCT di mana mereka terdiri daripada facebookers dan twitterian yang aktif menyebarkan maklumat dan fakta mengenai dasar kerajaan melalui media baru.

Mereka berpeluang menaiki pesawat jenis Charlie dari TUDM Subang menuju ke TUDM Kuantan dan merasai saat cemas di mana pesawat tersebut dirampas sebelum dua buah pesawat pejuang MiG-29 tiba mengiringi pesawat yang dinaiki mereka dan memaksa juruterbang melakukan pendaratan kecemasan.

Empat lelaki yang merampas pesawat dinaiki oleh para editor dan sukarelawan BNYCT penjenayah tersebut akhir tumpas di tangan anggota TUDM dari Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) sebaik sahaja pesawat tersebut mendarat cemas.

Selepas ini BNYCT akan menganjurkan bengkel khas di mana ilmu mengenai penggunaan media baru yang betul bakal diterapkan kepada para sukarelawan BNYCT yang bertuah. Daftarkan diri anda, siapa tahu selepas ini mungkin anda yang terpilih untuk menyertai program dan merasai pengalaman yang jarang diperolehi oleh orang lain.

Sesungguhnya ianya merupakan pengalaman yang sangat menarik buat para sukarelawan BNYCT.

Daftarkan diri anda melalui borang tertera atau emel maklumat diri ke : bnycyberteam@gmail.com

Antara foto Lawatan Lima orang sukarelawan BNYCT ke TUDM Kuantan :


Pengerusi BNYCT Saudara Tun Faisal Ismail menerima cenderahati dari Panglima TUDM

Bersama Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia








Aksi ketangkasan anggota PASKAU TUDM 








Sukarelawan BNYCT menjamu selera
Anggota PASKAU menyerbu pesawat Charlie yang dirampas sebaik sahaja pintu pesawat dibuka

Penjenayah yang menyamar dan merampas pesawat kami akhirnya tewas

Pengerusi BNYCT mengiringi Datuk Seri Zahid Hamidi setelah majlis selesai.


No comments:

Popular Posts