KENYATAAN MEDIA
Y.BHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
SAGUHATI RM3,000 UNTUK BEKAS POLIS DARURAT KINI SEDIA UNTUK PEMBAYARAN
7 JANUARI 2012 (SABTU)
1. Pembayaran saguhati khas RM3,000 seperti diumumkan YAB Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2012 kepada lebih 70,000 bekas anggota polis darurat antara 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak kini telah sedia untuk dilaksanakan dan permohonan bagi mereka yang layak boleh dibuat dengan menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
2. Pembayaran ini akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout /Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).
3. Bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti. Bagaimanapun, permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat.
4. Sehubungan itu, mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman sesawang www.moha.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian (03) 8886 8583, 8886 8193, 8886 8584 atau 8886 8000.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
UMB pun bantu promosikan Hari Belia Negara 2012. Saya malas nak ambil peduli tentang perselisihan peribadi di antara blogger terte...
-
Klout score semasa menjelang PRU13 Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begit...
-
Is Murphy Pakiam responsible to bring the Catholics back to the `right path'? I would like to share a number of interesting thoughts by ...
-
1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam neg...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
31 Disember 2009, tarikh bermulanya segala kegilaan ini. KUALA LUMPUR, Dec 31 (Bernama) -- The Catholic weekly magazine, Herald, can use the...
-
Dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka . My comment - hanya jauhari yang mengenal manikam, psywar oh psywar . _____________________________...
-
"Lebih-lebih lagi saudara kelihatan kacak....auww" Baca blog Double-Y untuk mengetahui kisah lanjut.... Lucu : Macam Ini...
-
Gambaran tentang Manifesto BN? Pembentangan Penuh #Conversation With The PM. @NajibRazak @501Awani @tv3malaysia http://ten...

No comments:
Post a Comment