Friday, January 22, 2010

Inklusif ala Middle Malaysia

Pas hanya `sedar' selepas hampir 40 tahun; Dap baru `sedar' hujung minggu lepas, selepas 43 tahun. Pokoknya - kedua-duanya baru `sedar' mereka sekian lama berada di KIRI atau di sudut EKSTREM politik.

Apabila Negara Islam ala Pas tidak laku (yang tidak disokong oleh Anwar Ibrahim juga - klik sini) dan Malaysian Malaysia doesn't sell, itulah jadinya. Parti sesumpah akan menukar warna mengikut suasana. Cuma seperti yang saya nyatakan sebelum ini sama ada rakyat percaya bahawa mereka sudah `bertaubat sepenuhnya', itu soal lain.

Apa rasanya bila sudah tiada perjuangan dalam diri? Blogger upahan Pas, seperti yang dikisahkan oleh rakan blogger Cucu Tok Selampit, nampaknya paling awal merasai kesannya. Apa yang hendak diperjuangkan? Pas for All tidak lagi memperjuangkan Negara Islam ala Pas. Pas for All tidak lagi sensitif jika `Biblical God' diterjemahkan sebagai `Allah' dan menyalahi konteks larangan oleh Allah dalam ayat 171, surah al-Nisa'. Pas for All sudah menghalalkan tajaan berkepentingan, kronisme dan melanggar amaran Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 28 yang mereka sendiri gunakan sebagai bahan kempen menentang UMNO sebelum ini.

Adakah Pas for All bukti kejujuran Pas untuk berubah? Pas tetap Pas, disebabkan itu walaupun Pas for All dijaja di kalangan bukan Islam, di peringkat bawah retorik Negara Islam ala Pas, hudud dan pelbagai lagi pegangan ekstrem masih dijaja. Disebabkan itu ada lebih dari satu kenyataan akhbar rasmi dari Pas dalam isu terjemahan Biblical God sebagai Allah.

Jadi tidak hairanlah jika blogger upahan Pas mula merapu sebab perjuangan sudah tiada dalam dada. Mereka juga keliru kerana dari segi dasar seolah-olah pegangan ekstrem Islam ini sudah dibuang dan digantikan dengan dasar politik populist tanpa prinsip untuk menarik perhatian golongan bukan Islam dan bukan Melayu. Tetapi, di bawah, di kalangan umat Islam dan Melayu, soal Negara Islam ala Pas, hudud dan isu agenda Melayu masih didendangkan.

Bagi saya, orang yang sudah biasa menipu akan terus menipu. Lebih-lebih lagi lagi jika kuasa lebih diutamakan berbanding kebenaran. Jika Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas pun menipu, apa lagi juak-juak dan blogger upahan Pas.



"when a person is described as chameleon, the reference to the animal is generally a commentary on a person's ability to blend into various social situations; often to mean the person has no true values, or that he quickly abandons them in company if it's needed to do so" - Wikipedia

Jika Pas yang nampak kuat pegangan agamanya tidak boleh dipercayai, adakah Melayu dan orang Islam yang lain termasuk Cina Muslim dan India Muslim boleh mempercayai parti chauvinis kaum Cina yang telah bergelumang dengan politik rasis selama 43 tahun dan yang telah menjadi darah daging mereka?

Saya berasal dari Ipoh dan tinggal berhampiran dengan sebuah penempatan kampung baru, iaitu Gunung Rapat. Saya pernah mengikut seorang rakan yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) untuk mendengar apa yang dikempenkan oleh calon dan wakil DAP semasa pilihan raya. Hampir keseluruhannya adalah berkaitan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan Melayu yang dikatakan meng`anak tiri'kan orang Cina dan dibangkitkan kemarahan terhadap parti komponen kaum Cina Barisan Nasional (BN) yang dikatakan pengecut dan gagal untuk memperjuangkan hak-hak orang Cina. Inilah nyawa mereka selama ini.

Dalam soal kesaksamaan dan persamaan misalnya, PERSAMAAN ala Dap hanya terpakai dalam bidang-bidang yang tidak dikuasai oleh kaum Cina. Bagaimanapun dalam bidang-bidang yang dikuasai oleh kaum Cina, bahasa persamaan tidak wujud sebaliknya istilah meritokrasi menjadi hujahan. Disebabkan itu Dap tidak menyebut soal persamaan dalam perkara-perkara berkaitan jumlah golongan professional, peniaga serta peluang perkerjaan, gaji dan kenaikan pangkat di dalam sektor swasta.

Ini bermaksud di masa hadapan, akan ada kaum-kaum yang tertinggal dan `being marginalised', tetapi adakah Dap peduli. Sememangnya Dap tidak peduli. Dalam hal ini Dap sebenarnya ini bukan sosialis tetapi menujukkan wajah sebenar mereka, iaitu kapitalis.

Berbeza dengan Dap, permuafakatan dan `jalan tengah' memang menjadi amalan BN sejak sebelum kemerdekaan lagi. Biarpun ada banyak permintaan dari 13 buah parti, baik yang berasaskan etnik dan bukan berasaskan etnik yang menjadi komponennya, akhirnya JALAN TENGAH akan dicari melalui perundingan dan permuafakatan dalam Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Malah pengagihan kerusi Parlimen juga mengambil kira peranan, keanggotaan, kekuatan dan kuota setiap parti komponen BN. Selepas keputusan dibuat, parti yang kononnya dituduh rasis seperti UMNO pun akan berkempen untuk memenangkan calon bukan Melayu / Islam yang disepakati. Amalan ini amat jelas di sejumlah besar kawasan Parlimen dan DUN di Johor. Sebaliknya, berlawanan dengan apa yang mereka sendiri kata, di Johor parti pembangkang berkempen menggunakan isu Melayu menentang bukan Melayu, Islam menentang bukan bukan Islam sebagai modal politik bagi memenangkan calon mereka.

Soalnya, adakah umat Islam dan orang Melayu boleh mempercayai Dap, jika contoh yang ada, termasuk dari segi amalan kronisme penurunan jawatan politik dari ayah kepada anak, amat hampir dengan contoh amalan sebuah parti di seberang Tambak Johor sahaja. Inklusiviti di seberang Tambak Johor mempunyai definisi berbeza dan dilaksanakan secara berbeza juga; dan nampaknya Pulau Pinang amat mengkagumi parti ini dan mengikuti contohnya.

Seperti yang pernah saya sebutkan dulu, kalau tidak kerana kematian ADUN Pas di Permatang Pasir, mungkin kita tidak perasan pun yang Pas memenangi satu kerusi DUN di Pulau Pinang - tidak ada jawatan Exco, tidak ada peranan, perjuangan Islam Pas juga nampaknya macam sudah tergugur - itulah contoh inklusiviti ala Dap!

3 comments:

  1. DAP is a socialist party... in fact, they proud to be socialist party and never want to deny that. What is a socialist party? It is a party that struggles for equality regardless of comptencies, religions, races, etc. for the citizens. No doubt in some countries such as in Europe such political agenda prevails. But in Malaysia context, such agenda could bring down the very principle of formation of Malaya or Malaysia. DAP knows that if the people really understand what they are fighting for, the majority 'rakyat' will reject them without second thought. That's why they hide themselves behind their support to PKR and PAS with the hope, when the time is right, they will be able to show their true colour. DAP is much dangerous than PKR or PAS. At least we know PKR has no backbone in their political struggle. Whereas, PAS using Islam [even though not 100% true] as their core. But DAP struggles, if successful could revamp Malaysian political system entirely. And their leaders are much more educated and politically wise than the leaders from PAS or PKR. Just beware of DAP.

    ReplyDelete
  2. Somehow my posting came out as 'Jimmy said...' Im not Jimmy but Draz har. Thank you.

    ReplyDelete
  3. Salam, selepas 'Malaysian Malaysia' kini DAP muncul dengan slogan 'Middle Malaysia". Apa pun niat disebalik slogan tersebut yang NYATA ianya tidak dapat lari dari kepentingan politik dan juga merayu undi. Hal ini disebabkan DAP adalah sebuah parti politik bukannya NGO's. Terasa terpukul dengan gagasan 1Malysia yang diwarwarkan oleh YAB DS Najib, maka mereka pun mengikut sahaja. DAP sedar bahawa keberantungan kepada pengundi Cina sahaja tidak mencukupi dalam usaha mereka untuk mengagalkan usaha BN untuk terus memerintah negara ini. Contoh lihat sahaja di Pulau Pinang, terdapat kawasan yang dimenangi oleh calon DAP, pengundi Melayu adalah kedua terbesar. Maka gagasan MM dilihat sebagai propaganda politik untuk mendapatkan sokongan dan undi daripada orang Melayu khususnya pengundi atas pagar dan mereka yang tidak menyertai apa-apa parti politik untuk memilih DAP. Terang dan jelas ada undang sebalik laksa Penang.

    ReplyDelete