Thursday, December 31, 2009

Rasuah, kronisme dan hipokrasi `top news' PR sepanjang 2009


PR - adalah singkatan kepada Penipu Rakyat. Tahun 2009 telah membongkar sejumlah penipuan terhadap rakyat oleh Pakatan Pembangkang (PR). Kisah penipuan yang paling mendominasi berita sepanjang tahun 2009 adalah kisah Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang di`tangkap `red handed' ' mengamalkan kronisme (klik sini) dan menerima tajaan pakej RM65,000 seorang (klik sini) untuk diri dan keluarganya semasa ketika masih dalam jawatan. Paling menarik apabila kisah rasuah, kronisme dan `cover-up' Pas, Nik Aziz dan menantunya didedahkan oleh bekas blogger yang pernah bekerja dengan beliau Syed Azidi atau Kickdafella. Dalam blognya. Kickdafella menceritakan tentang minit-minit yang diubah dan usaha-usaha menghapuskan bukti oleh Ariffahmi (klik sini).


Seperti biasa Nik Aziz akan memutar belitkan ajaran Islam bagi melindungi kepentingan peribadi dan politiknya. Maka di`fatwa'kan oleh Nik Aziz bahawa kronisme ini di`halal'kan oleh Islam, walaupun sebelum ini Nik Aziz mengutuk keras amalan kronisme. Kes ini sama seperti kes Nik Aziz mempertahankan Shahnon Ahmad semasa pemimpin Pas itu mencarut dengan menggunakan perkataan puk@mak dalam novel tulisannya.

Penipuan PR ini jelas dalam satu lagi kes yang menggemparkan negara, iaitu kematian Teoh Beng Hock. Malangnya, walaupun sepatutnya PR menunjukkan komitmen untuk menghapuskan rasuah yang diamalkan oleh pemimpin mereka, namun mereka berusaha menyembunyikan isu pokok, iaitu rasuah oleh peminpin DAP dengan menghangatkan kisah kematian misteri Beng Hock yang disebabkan oleh banyak kemungkinan, termasuk kemungkinan beliau terpaksa membunuh diri kerana diugut oleh pihak tertentu dengan keselamatan keluarga beliau. Kemungkinan ini tidak mustahil memandangkan beliau memegang banyak rahsia mengenai aktiviti rasuah dan salah guna kuasa pemimpin DAP.

Maklumat yang dipegang beliau ada didedahkan oleh sebuah laman blog, Truth for Teoh Beng Hock dan ramai percaya dokumen-dokumen yang didedahkan ini hanya maklumat di permukaan (tips of the iceberg) sahaja. Disebabkan itu tidak hairan kenapa PR dan portal-portal `independent' yang pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider hanya memainkan isu kematian Beck Hock, tetapi bukan isu rahsia yang disimpan Beck Hock.



Hipokrasi terbesar PR akhirnya didedahkan semasa Konvensyen PR pada 19 Disember yang lalu. Dalam konvensyen ini pemimpin-pemimpin PR akhirnya terbukti gagal mengotakan retorik dan idealisme politik masing-masing. Malah KEKALAHAN yang paling besar PR dari segi idealisme adalah apabila pemimpin-pemimpin mereka terpaksa menyokong dan mengiktiraf perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Penipuan dan hipokrasi PR dalam merangka polisi bersama ini pernah saya huraikan dalam tulisan saya di sini.

Belum lama pun selepas Konvensyen PR, Kelantan telah menunjukkan bahawa polisi bersama PR ini hanyalah satu hipokrasi dan sukar dipersetujui apabila mengenakan denda kepada peniaga wanita di sini manakala hipokrasi DAP pula jelas dengan mereka meneruskan apa saja aktiviti ekonomi tanpa memahami kehendak Pas di Pulau Pinang speperti di sini. Pada waktu yang sama kerakusan DAP dalam kes Kampung Buah Pala , pengendalian tanah waqaf, zon semula pengundi Melayu , penarikan rebat bil air , isu PDC Heritage Hotel Sdn Bhd dan beberapa kes lagi menyebabkan kita keliru sama ada DAP faham maksud sebenar sosialis atau sekadar beretorik mengenainya. Saya ada menulis tentang terdapat kemungkinan bahawa DAP lebih bersifat kapitalis walaupun dari luar kelihatan mereka memakai pakaian sosialis dalam Melayu Miskin terus miskin di bawah DEB.

Tipu daya adalah perkara biasa dalam PR. Cuma yang lebih menjelekkan adalah apabila golongan berpendidikan agama yang mengangkat diri sendiri sebagai ulama juga turut menipu. Kalau dahulu, Nik Aziz menipu dengan mengatakan Tuhan pun mencarut, di penghujung tahun 2009, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Mahfoudz Mohamed pula membuktikan penyakit turun temurun ini memang ada di dalam Pas. Walaupun berketayap putih, Dr Mahfoudz membuktikan mereka juga hebat menipu, di dalam blognya dia menipu dengan mengatakan UMNO tidak meletakkan perjuangan Islam di dalam perlembagaannya (baca di sini) dan dalam Berita Awani, dia menipu dengan menggambarkan perbezaan ideologi dalam PR adalah sama seperti perbezaan dalam mazhab Islam yang empat (baca di sini). Jika Timbalan Ketua Dewan Ulama boleh menipu, apa sahaja yang boleh dipercayai dari pemimpin-pemimpin lain yang tidak ada ijazah agama dan yang tidak mengenakan aksesori seperti golongan beragama seperti Husam Musa yang menipu (baca di sini) atau yang lain-lain dalam isu bai'ah talak tiga (baca di sini).

Kalau mereka yang nampak baik dan wara' ini juga boleh menipu, apa saja kredibiliti yang ada pada golongan pembangkang yang sentiasa kita lihat di blog-blog dan di dinding facebook. Tentulah lebih banyak penipuan yang dibawa mereka.


Saya percaya dalam tahun 2010, PR akan meneruskan penipuan demi penipuan. Jadi mungkin lebih elok bermula esok, sediakan senarai semak untuk menilai sejauh mana mereka telah menipu semasa Pilihan Raya Umum 2008. Untuk rakyat negeri Selangor, sila semak janji-janji dalam manifesto PR di sini.
Semoga dalam tahun yang baru ini, rakyat Malaysia akan lebih matang berpolitik dan tidak melulu mempercayai pembohongan pembangkang dalam tahun 2010. Perkhidmatan boleh ditingkatkan, orang boleh diganti, tetapi perjuangan adalah sesuatu yang diimani....

Selamat Tahun Baru 2010!!!!.

2 comments:

  1. Gangsterism jugak dah jadi makin teruk dikalangan ahli politik ~ belum nak kata budaya carut2 .. duhhhh. suck giler!! malaysia wake up!


    happy new year TF


    >>________<<

    ReplyDelete
  2. tq frodo baggins.. :) yup malaysia shd wake up :)

    ReplyDelete