Monday, December 28, 2009

Perbezaan ideologi sama dengan perbezaan mazhab - Persuruhjaya Pas Johor

Siri penipuan Pas nampaknya berterusan. Kalau sebelum ini Husam Musa (klik sini), hari ini Dr Mahfoudz Mohamad, Persuruhjaya Pas Johor pula berbohong. Ketika ditanya mengenai perbezaan ideologi parti pembangkang oleh Berita Awani hari ini, beliau mengatakan bahawa ia sama dengan perbezaan mazhab yang empat tetapi tidak ada perbalahan.

Adakah `ideologi' Pas dan ideologi sosialisme anutan DAP dan sejumlah besar ahli PKR sama dengan perbezaan antara empat mazhab? Adakah perbezaan antara ideologi sosialisme dan `ideologi' Pas adalah berkaitan perkara pokok ataupun berkaitan perkara cabang (furu')?

Dalam Perlembagaan Pas Bab Kedua, Fasal Tiga, sasar Pas adalah Islam, di mana tujuannya seperti dalam Fasal Lima adalah untuk memperjuangkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; sedangkan dalam DAP, matlamat perjuangannya adalah mewujudkan masyarakat Demokratik Sosialis di Malaysia.

Bertunjangkan kepada Dasar dan Tujuannya ini, Pas telah berusaha membezakan dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -

Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang ada seperti dalam tulisan ini, (klik tajuk) - "Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam".

Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur maksiat, terutama judi dan penjualan arak. Antara janji-janji pemimpin Pas dalam ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak. Antara retorik paling selalu didendangkan adalah menghapuskan penjualan arak di 7-Eleven, hotel-hotel dan penutupan kilang arak di Shah Alam. Pada waktu yang sama dianjurkan juga pengasingan pendapatan dari unsur maksiat, iaitu cukai dari hasil perniagaan maksiat ini agar gaji penjawat awam diyakini bersih. Termasuk dalam kategori maksiat adalah industri hiburan yang dipenuhi pergaulan bebas, muzik yang ditafsirkan sebagai haram dan pertunjukan oleh wanita, apa lagi wanita yang tidak menutup aurat.

Berbeza dengan Pas, UMNO mengambil pendekatan yang lebih liberal, iaitu membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi dan mengawalnya dari penglibatan umat Islam melalui pendidikan, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang termasuk undang-undang takzir seperti di negeri Pahang.

Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.



Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah seperti berikut;

Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud seperti yang ingin di dirikan oleh Pas. Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.

Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada. Apa yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi dan politik. Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam. Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan bukan aspek keadilan sosial seperti dalam tulisan "Melayu miskin semakin miskin di bawah DEB".

Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam. Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi, spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, termasuk program ini (klik di sini) biarpun ditentang hebat oleh Pas.

Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik DAP.

Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat mazhab. Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan golongan khawarij.

Ini belum termasuk aspek pelaksanaan dasar-dasar ini lagi. Sesuatu yang dipersetujui oleh DAP-PKR-PAS dalam Polisi Bersama Pakatan Pembangkang (PR), belum tentu akan dilaksanakan. Malah, ia juga boleh disabotaj melalui pelbagai kaedah.

Adakah perbezaan ideologi Pas-DAP ini sama dengan perbezaan mazhab Hanafi-Hanbali-Maliki-Syafie? Melainkan yang dipegang oleh Pas adalah hanyalah semata-mata ideologi atau Islam plastik dan bukan ajaran Islam sebenar.

4 comments:

  1. pesuruhjaya johor ni kutuk umno, tapi anak anak dia dapat biasiswa kerajaan Umno sampai belajar di luar negeri. duit ambik, kutuk rapat

    ReplyDelete
  2. betul ke anak kuala - kalau ada maklumat lanjut tlg emelkan pada saya detail2nya.. :)

    ReplyDelete
  3. saya sangat bersyukur pada Allah kerana dapat lahir dan membesar di bumi Malaysia. saya diberi peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara sampai PhD (masih belajar lagi) tanpa membayar sesen pun kepada kerajaan..MasyaAllah..
    penduduk negara lain terutama melayu Singapura taajub dgn Malaysia. malah ramai ingin pulang menjadi PR Malaysia demi anak2 mereka..mereka spt mati kelaparan di kepuk padi. kesian sungguh.. semasa ekonomi merundum, merekala org pertama yang dibuang kerja dan merekalaa org terakhir utk diambil bekerja. anak2 mereka tidak punya peluang untuk belajar.

    tapi apa yang menyedihkan saya, sepanjang saya di bumi asing ni..ramai pelajar (tajaan kerajaan) memandang serong pada kerajaan. Ada yang memburukkan kerajaan di dlm kelas mereka, di dalam perbualan dan perbincangan, apa yang kerajaan buat semua tak betul, mereka sahaja yang betul..pengkhianat bangsa..dah laa belajar, hidup ditanggung. lepas tu pulang dgn segulung PhD tak perlu bayar.. Astaqfirullah..

    ReplyDelete
  4. bila kita tak diajar bersyukur inilah jdnya - bersyukur kpd allah, berterima kasih kpd ibu bapa, kpd guru dan kpd kerajaan yg byk membantu - tp jika yg berserban mcm dr mahfoudz ni pun menipu kpd org ramai, adakah kita rasa dia tak menipu kpd anak2nya?

    ReplyDelete