Kata pemimpin Pas, Husam Musa, seperti yang disiarkan oleh berita Astro Awani hari dan malam ini, "di India orang India merupakan pakar-pakar ICT dan ini menyumbang kepada kemajuan ekonomi di India, di Malaysia orang-orang India duduk di ladang-ladang dan di estet-estet." Disebabkan itu beliau meyarankan agar ada kesaksamaan dan keadilan ekonomi di dalam negara serta monopoli dalam ekonomi dihapuskan.
Pertama, seperti Tok Guru beliau, Nik Aziz Nik Mat, saya fikir Husam juga sudah semakin merapu. Mungkin dia tidak melihat di sekeliling bahawa di dalam negara ini, melalui usaha meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti dalam sistem pendidikan negara hasil dari Dasar Ekonomi Baru (DEB), kaum India tidak lagi dikaitkan estet dan ladang-ladang. Sebaliknya kaum India sekarang ini telah mempunyai representasi yang tinggi dalam bidang-bidang profesional terutama dalam bidang kedoktoran, farmaseutikal dan undang-undang. Kaum India juga dikaitkan dengan bidang perniagaan, terutama perniagaan makanan.
Usaha meningkat akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan tidak dibuat berdasarkan kaum atau agama. Dalam bidang pendidikan misalnya, bantuan pendidikan diberikan berdasarkan kelayakan, bukan berdasarkan keturunan, kaum dan agama.
Di peringkat pengajian tinggi, menurut bapa saudara saya yang terlibat untuk membuka cawangan Kolej Perubatan Mannipal di Malaysia, hasil dari Dasar Pendemokrasian Pendidikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dengan strategi yang betul, termasuk merendahkan sikit tahap kelayakan berbanding Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk memasuki kolej tersebut (bukan merendahkan tahap akreditasi kolej, mutu pendidikan dan penilaian pelajar yang mengikuti pendidikan di situ), peluang yang lebih besar dibuka kepada ramai anak-anak muda India untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan.
Kedua, adakah kata-kata Husam itu bermaksud, SEMUA orang India di India adalah pakar ICT. Tidak ada orang India di India yang berada di estet atau di ladang-ladang.
Ketiga, saya tidak pasti sama ada Husam benar-benar faham tentang apa yang dia kata, iaitu sama ada dia merujuk kepada kesaksamaan atau keadilan dalam negara apabila merujuk tentang monopoli dalam ekonomi. Jika yang dimaksudkan adalah kesaksamaan, seperti yang dianjurkan oleh sosialis, maka seharusnya tidak ada perbezaan antara pendapatan dan pemilikan harta di kalangan rakyat. Jika yang dia maksudkan keadilan, maka tentulah masih banyak tindakan afirmatif yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan agar dominasi dan monopoli bidang ekonomi oleh satu kaum dalam negara ini perlu diimbangkan.
Seperti yang saya pernah tulis dalam Melayu miskin terus miskin di bawah DEB, amat penting untuk kita menyedari punca kepada dominasi ekonomi ini, terutama dalam sektor swasta dan dari situ sewajarnya lebih banyak tindakan afirmatif dilaksanakan dengan lebih tegas tanpa sebarang ketirisan. Apa yang kita tahu pariti pendapatan antara Bumiputera dan etnik Cina berada pada paras yang membimbangkan. Jadi adakah model ekonomi yang adil perlu dilaksanakan atau model ekonomi yang saksama dianjurkan?
Apa pun Husam Musa memang kelakar.
Salam Tun Faisal,
ReplyDeleteSebenarnya, apa yang Husam nampak itu hanyalah di tempat dia di Kelantan tu je. Kalau India di negeri lain, sudah ramai bangsa mereka yang berkerjaya seperti yang saudara katakan tu.
Lagi satu, di negara India ada ladang atau estet seperti di Malaysia ke? Berapa peratus pula orang India di sana yang menjadi pakar ICT? 50%? 80%? 100%??
Salam,
ReplyDeleteSerious, saya rasa husam ni lemah dari segi ilmu ekonomi dan perkembangan dunia.. kata kata husam hanya kerana ingin mengambil hati kaum india. pada hakikatnya pada hari ini orang india juga sudah tidak mahu berada di estet2 lagi. sebab itu lah ramai warga indonesia yang bertandang ke malaysia untuk berkerja sebagai pekerja estet.
husam harus lebih peka tentang perkara ini sebelum membuka mulut. ini jelas menunjukan bahawa husam lemah tentang hal perkembangan semasa..
sekian...
husam cuba wujudkan sentimen perkauman, inilah hakikatnya ttg pemimpin pembangkang, suka sgt berbohong dan menipu rakyat.. :)
ReplyDeleteAssalamu 'alaikum, TFI & yang melayari blog ini,
ReplyDeleteAda beberapa pertanyaan utk Husam:
i Berapa ramai anak-anak nelayan di pantai timur yg masih memusakai hutang ayah-ayah mereka kepada para peraih ikan dan taukeh-taukeh bot?
ii Berapa ramai anak-anak Kelantan yang makan gaji berpendapatan rendah di kilang-kilang di NS, JB, B'worth, Shah Alam dll?
iii Berapa ramai anak-anak pribumi Kelantan yang tidak berupaya menyambung pelajaran menengah sampai habis; terpaksa meninggalkannya sekerat jalan kerana kemiskinan?
iv Berapa ramai anak-anak Kelantan yang belum pun pernah mengenal ICT?
Husam, Anda analisis sekelumit daripada permasalahan anak-anak Kelantan ini, kemudian baru boleh bandingkan dengan kaum India yang di India itu, atau jumlahkan berapa ramai anak pribumi Kelantan yang lebih teruk daripada kaum India yang ada di ladang-ladang. Seterusnya, perjuangkan nasib mereka [kaum India di estet-estet itu, sekali dgan kemerempatannya nasib anak-anak Kelantan yang terpaksa cari makan sesuap pagi sesuap petang di merata-rata tanah air], tanpa hanya melontarkan pandangan murahan itu sebagai modal politik populis meraih sokongan daripada kalangan kaum tertentu.
Apa Anda akan jawab jika ada anak seorang pekerja ladang bertanya,
"Apa yang parti Anda telah buat untuk kami?"