Tuesday, July 2, 2013

@Shahidan_Kassim - Tentera `komunis' Red Bean Army akan disiasat? #RCI


Lim Kit Siang sedang giat mencari jalan untuk mengalihkan tumpuan awam terhadap Red Bean Army. Selalunya Kit Siang akan jadi orang pertama yang mengusulkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat pelbagai perkara, tetapi dalam isu Red Bean Army, dia mencari jalan untuk mengelakkan dan memperlekehkannya. Pada waktu yang sama Kit Siang dan DAP tidak berani untuk menyaman Shen Yee Aun dan Tunku Aziz atas pendedahan mereka. 

Saya melihat RCI ke atas Red Bean Army bukan kerana dakwaan ia ditaja oleh DAP tetapi kerana kerosakan yang dibawa oleh tentera maya upahan ini. Mereka menyusup, menyamar, menipu, mencetuskan prejudis perkauman, menyemarakkan sentimen kebencian terhadap agama Islam dan mengugut rakyat dan pengundi, termasuk orang Cina yang tidak bersetuju dengan mereka.

Modus operandi Red Bean Army - penyusupan, penipuan dan ugutan. Ada macam Parti komunis Malaya (PKM) tak bunyinya tu?



Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13

Gambar-gambar propaganda bodoh Red Bean Army, tetapi yang bodoh tetap tertipu

Bean me up, Red Army

@ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa




Cadangan Penubuhan RCI Siasat "Red Bean Army" Dibawa Ke Kabinet Jumaat Ini
Foto:Zulkarnain Kamaruddin


KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai 'Red Bean Army' akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya beliau menerima memorandum daripada 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara hari ini yang mencadangkan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat tentera siber itu.

Beliau berkata NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.

"Kita mengambil berat akan cadangan ini demi menjaga keharmonian rakyat negara ini dan cuba mencari dalang di sebalik operasi dan pembiayaan "Read Bean Army," katanya pada sidang media di lobi Parlimen Selasa.

Sementara itu, Shahidan berkata beliau akan menjawab isu kandungan bahan kimia 'silver nitrate' dalam dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada sidang media esok, dijadualkan di lobi Parlimen.

Secara amnya kandungan 'silver nitrate' dalam dakwat yang digunakan pada PRU13 adalah kurang daripada satu peratus, katanya.

"Kita mengambil pengalaman Kementerian Kesihatan dalam menggunakan silver nitrate untuk rawatan penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit.

"Kadar yang tidak memudaratkan ialah sekitar 0.5 hingga 1 peratus, selebihnya saya akan jawab esok," katanya.



-- BERNAMA

No comments:

Popular Posts