Friday, October 26, 2012

[Video] [Gambar] @TengkuAdnanReal Ibadah qurban Parlimen Putrajaya







Tradisi Ibadah Korban Masyarakat Putrajaya Diteruskan



PUTRAJAYA, 26 Oktober - Masyarakat Islam kawasan Putrajaya hari ini meneruskan tradisi korban besar-besaran yang melibatkan semua cawangan UMNO di Putrajaya untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian ucapan ringkas Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya ketika ditemubual Putrajaya Online.

Sambutan Hari Raya Adiladha pada tahun ini disambut penuh makna dan kesederhanaan di Putrajaya. Pada majlis tersebut, sebanyak 44 ekor lembu telah disumbangkan masyarakat kawasan Putrajaya bertempat di kawasan Parkir Apartment Persint 16 sebentar tadi.


Tengku Adnan berkata "semalam masyarakat Putrajaya telah menyembelih 2 ekor lembu untuk majlis kenduri rakyat yang akan diadakan pada tengah hari ini. Disamping dapat menunaikan ibadah, penganjuran program kenduri rakyat dan upacara korban ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat di sini"

"Amalan korban dikawasan Putrajaya ini unik apabila setiap cawangan dan blok kawasan akan berhimpun di sini untuk menjalankan ibadah korban bersama-sama." katanya lagi.

Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya berkata kepada pemberita, "Amalan korban ini dapat menginggatkan kita tentang peristiwa dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah s.w.t."



"Disamping itu juga, ibadah korban ini adalah satu ilmu pembelajaran kepada golongan muda untuk belajar bagaimana proses penyembelihan, melapah, menimbang dan mengagih kepada fakir miskin. Perkara ini praktikal, dan ianya bukan mudah untuk golongan muda dapat dan hanya sekali setahun. Saya menyeru golongan muda supaya belajar kerana mereka bakal peneraju masa hadapan" ujarnya lagi.

Acara ibadah korban dan kenduri rakyat berakhir sebelum waktu jumaat. Daging korban akan diagih petang ini. -Putrajaya Online









Nak tengok lagi banyak gambar klik link ke Galeri Foto UMB di bawah
http://lensaloka.blogspot.com/2012/10/ibadah-korban-kenduri-rakyat-parlimen.html

No comments:

Popular Posts