Thursday, August 2, 2012

[Video] Dosa Rafizi - mengaku tidak bersalah di mahkamah, tapi mengaku bersalah terlepas pandang BAFIA



Kerani bank yang pecah amanah


"Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membuat laporan polis terhadap Mohd. Rafizi kerana didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut BAFIAMohamad Salleh berkata, Mohd. Rafizi tidak sepatutnya mengedarkan butiran perbankan serta taraf kredit National Feedlot Corporation Sdn. Bhd., National Meat and Livestock Corporation Sdn. Bhd., Real Food Company Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan butiran akaun bank peribadi pengarah-pengarah serta pemegang saham syarikat."


1. Berdasarkan maklumat kes NFC, Salleh mendakwa bahawa Rafizi telah menceroboh maklumat peribadi pengarah-pengarah serta pemegang saham syarikat yang tidak berkaitan dengan NFC Sdn Bhd dan mengedarkannya kepada tatapan umum

2. Salleh juga mendakwa, Rafizi telah mentafsirkan sendiri penyata-penyata akaun itu dan 'mendramatikkan cerita' dan 'beri gambaran yang salah' yang boleh menjatuhkan kredibiliti pengarah dan pemegang saham, walaupun belum tentu cerita yang dibuat itu benar. Misalnya dakwaan yang menyatakan bahawa "Mohamad Salleh hanya mempunyai RM421 di dalam akaunnya di bank tersebut pada satu masa, namun tetap diberikan pinjaman berjumlah RM4,391,240 untuk membeli hartanah" adalah tafsiran Rafizi yang mempersoalkan integriti bank terbabit dalam membuat keputusan memberikan pinjaman, hanya berdasarkan penyata akaun Mohamad Salleh.

3. INI TIDAK TERMASUK - memfitnah Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan memberi gambaran seolah-olah beliau terlibat dalam isu pemberian pinjaman NFC walaupun selepas itu SPRM pada 31 Mei lepas mendapati Shahrizat tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada NFC. http://www.sinarharian.com.my/politik/nfc-sprm-sahkan-saya-bersih-kata-shahrizat-1.64479?localLinksEnabled=false

4. Apa kaitan pendedahan dokumen dan dakwaan Rafizi ini dengan NFC? - "Selain itu, dokumen itu juga menunjukkan bahawa Mohamad Salleh telah bertindak sebagai penjamin untuk satu lagi pinjaman berjumlah RM663,743."

5. Boleh disimpulkan bahawa antara `dosa' Rafizi adalah 

i. memfitnah Datuk Seri Shahrizat
ii. menceroboh dan mendedahkan maklumat peribadi pengarah, pemilik saham dan syarikat yang tidak berkaitan dengan NFC
iii. mentafsirkan sendiri dan mendramatikkan `cerita' NFC berdasarkan penyata akaun

5. Peraturan adalah peraturan. Tidak boleh ada dua set undang-undang berbeza untuk Rafizi dan Salleh, hanya kerana Rafizi adalah pemimpin parti pembangkang dan Salleh, suami pemimpin Barisan Nasional. Jika kedua-dua mereka melanggar peraturan, maka tindakan mesti diambil berdasarkan kedaulatan undang-undang di dalam negara ini.

6. Kerani bank, Johari Mohamad telah bertindak pecah amanah dan kepercayaan pelanggan bank dan majikannya Public Bank. Jika Salleh didakwa kerana pecah amanah memindahkan dana dan membuat pelaburan tanpa persetujuan mesyuarat agung, maka Johari juga telah bertindak pecah amanah dan kepercayaan pelanggan dan majikan dengan mengeluarkan penyata pelanggan sehingga membolehkan tafsiran yang merosakkan pelanggan dibuat oleh Rafizi.

7. Selebihnya kita serahkan kepada mahkamah kerana seperti mana rakyat dan kerajaan mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan akibat perbuatan Salleh dalam kes NFC, dan sebaliknya; Salleh juga berhak mendapat pengadilan akibat perbuatan dan fitnah Rafizi terhadap diri dan keluarganya, dan sebaliknya juga. 

8. Apakah Rafizi boleh diselamatkan menggunakan Whistleblower Protection Act 2010? Baca komen dari The Mole tentang ini. "The Whistleblower Protection Act 2010 was formulated as “An Act to combat corruption and other wrongdoings by encouraging and facilitating disclosures of improper conduct in the public and private sector, to protect persons making those disclosures from detrimental action, to provide for the matters disclosed to be investigated and dealt with and to provide for other matters connected therewith.” Whistleblowers need to observe a strict procedure on the methodology when disclosing information. Disclosures need to be communicated with the appropriate enforcement agency or a body established by Federal law such as the MACC and certainly not journalists. Unfortunately for Rafizi, the bank documents that he distributed to the media were customer account profiles detailing the balance summary. The statements are on private loans taken in 2005 and 2008 as evidenced by the news release givenThere is really nothing suspicious or incriminating about it – no money laundering, no irregularities – just plain bank account summaries. In short, there were no wrong doings. Just pure sensationalism, seasoned journalists would size. Rafizi deliberately distorted and misrepresented the documents and NFCorp. He lied on the loans and insinuated wrong doings when there were none.


Rafizi Mengaku Tidak Bersalah Dedahkan Penyata Akaun Berkaitan NFC

SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 Sept ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran. - BERNAMA



Utusan Malaysia
23 Mei 2012


NFC saman Public Bank dakwa langgar BAFIA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

KUALA LUMPUR 22 Mei - Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), syarikat-syarikat berkaitan dengannya dan pengerusinya hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Public Bank Bhd. (Public Bank) kerana didakwa melanggar Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Peguam cara yang mewakili NFC menyatakan, pelanggaran keselamatan di bawah akta itu membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendramatikkan, menanam rasa benci dan memberi gambaran yang salah untuk memburuk-burukkan NFC dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti kewangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh NFC hari ini, NFC mendakwa, akibat daripada tindakan itu juga, pusat berkenaan telah mengalami kehilangan yang tidak dapat ditebus selain reputasi serta kredibiliti mereka yang terjejas.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam saman tersebut, maklumat-maklumat sulit dan rahsia perbankan NFC, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya dan pengerusinya selaku pihak plaintif telah disebarkan untuk tatapan umum menyebabkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga pihak plaintif terdedah kepada bahaya.

Selanjutnya, peguam cara NFC menyatakan, Public Bank bertanggungjawab melindungi sebarang maklumat atau dokumen mengenai undang-undang, kontrak dan tugas fidisuari membabitkan akaun pihak plaintif yang diamanahkan kepada mereka daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, disiarkan, didedahkan atau dirakamkan bagi mana-mana pihak ketiga.

Peguam cara NFC berkata, tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang itu sebagai peringatan kepada pihak bank dan institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka melindungi maklumat rahsia demi menjamin keselamatan pelanggan-pelanggan mereka.

Seterusnya, kenyataan itu turut menyatakan, bahawa di bawah Seksyen 97 BAFIA: ''Tiada seseorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar Subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkan perkara tersebut kepada pihak lain.''

Memetik laporan akhbar, pada 26 April lalu, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membuat laporan polis terhadap Mohd. Rafizi kerana didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut BAFIA.

Mohamad Salleh berkata, Mohd. Rafizi tidak sepatutnya mengedarkan butiran perbankan serta taraf kredit National Feedlot Corporation Sdn. Bhd., National Meat and Livestock Corporation Sdn. Bhd., Real Food Company Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan butiran akaun bank peribadi pengarah-pengarah serta pemegang saham syarikat.

No comments:

Popular Posts