Thursday, December 22, 2011

[Video] [Gambar] Mahasiswa selar Mahasiswa Kurang Ajar!





Mahasiswa yang benar-benar mewakili suara majoriti mahasiswa


Komen blogger Double-Y

Tahniah buat mahasiswa Pro-Aspirasi yang berjaya menonjolkan diri mereka hari ini di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.


Sepanjang pemerhatian perhimpunan yang diadakan oleh kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi siang tadi dilihat lebih teratur dan lebih aman jika hendak dibandingkan dengan tindakan yang dilakukan oleh 'mahasewel' SMM.


Tiada gangguan trafik....


Tiada peniaga terjejas...


Tiada peniaga marah-marah...


Inilah baru dikatakan perhimpunan aman...


Oh...video macam tergantung... tunggu sambungan ok!


Hahahaha...!


Tahniah PDRM kerana membantu menjaga keselamatan para mahasiswa sepanjang berlangsungnya perhimpunan di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi siang tadi.


YY : Gembira melihat kebangkitan mahasiswa pro-Aspirasi...


Video oleh blogger 1Peluru. Lebih banyak gambar di blog Apa dan Agenda Daily.


Turut menyiarkan berita mengenai KPT tadi adalah







PUTRAJAYA: Lebih 500 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun secara aman di perkarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di sini untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

"Himpunan Aman Sokong PM" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Asipirasi Malaysia (ASPIRASI) dan disokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Najib melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kumpulan itu turut menyerahkan satu lagi memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dan mendesak beliau meletak jawatan kerana dikatakan melayan kerenah dan tuntutan ahli kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Sabtu lalu.

Perhimpunan hari ini yang bermula kira-kira 2.30 petang itu menyaksikan kumpulan itu melaungkan "We Love PM" serta menyanyikan lagu "Rasa Sayang" yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri. Selain itu, kain rentang dengan menulis "We Love Prime Minister" turut kelihatan.

Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah, menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A Malik manakala memorandum kepada Saifuddin diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd Nazri Noh.

Mohd Shahar berkata, Himpunan Aman Sokong PM hari ini adalah satu tanda sokongan padu dan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kita sokong Perdana Menteri tidak berbelah bahagi dan sesiapa yang mengusik PM kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan untuk menentang mereka. "Ini adalah suara mahasiswa dan anak-anak muda. Kami akan terus mempertahankan negara Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam memorandum itu, kumpulan itu menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri dan berdukacita di atas insiden penurunan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menaikkan bendera kumpulan pelampau mahasiswa.

Kumpulan itu turut mengemukakan tujuh tuntutan termasuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan sedia ada kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertindak keterlaluan dengan menurunkan bendera Perdana Menteri dan menaikkan bendera SSM dan BEBAS.

Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO turut menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin untuk membantah tindakan mahasiswa menurunkan bendera Najib.

Dalam memorandum bantahan itu, Puteri UMNO mendesak kementerian itu bertindak tegas menangani isu mahasiswa dan tidak terlalu berlembut memenuhi tuntutan mereka.

EXCO Pergerakan Puteri UMNO merangkap Pengerusi Biro Pelajaran Pergerakan Puteri UMNO, Seriwani Sabtu, mengetuai EXCO Puteri UMNO menyerahkan memorandum tersebut kepada Khairi di pejabatnya kira-kira 4.30 petang tadi.

Sabtu lalu, 200 peserta SMM dan BEBAS yang membabitkan penuntut di institusi pengajian tinggi telah menyerahkan memorandum berhubung AUKU ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Kumpulan itu ke PWTC untuk menyerahkan memorandum sama kepada Saifuddin, sebelum seorang daripada mereka menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS. - BERNAMA


2 comments:

zack1 said...

FOR THE FIRST TIME, DAPAT RASA JADI KULI PENCACAI KERAJAAN HARI INI. SERIUS, AKU TERLOLONG, TERPEKIK MACAM ORANG GILA BERDEMONSTRASI DEPAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DI PUTRAJAYA. RUPANYA PROGRAM ' bersama perdana menteri ' HANYALAH PENIPUAN SEMATA-MATA. PROGRAM SEBENAR, ' berdemonstrasi di depan pejabat KPTM, menuntut Dato Saifuddin, timbalan menteri KPTM menerima memorandum mahasiswa Aspirasi, dan menuntut beliau meletak jawatan. ' SEMUA ORANG, SILA SAKSIKAN DEMONSTRASI KAMI DI DALAM TV YE MALAM NI. KALAU NAMPAK MUKA AKU, ASSUME SAJA AKU DAH TAK BERAKAL TIME TU. LAGIPUN, AKU DITIPU.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-dipaksa-berdemo-sokong-najib.html#ixzz1hBGqlwYf

ask said...

Takde gangguan trafik, takde peniaga terjejas, takde peniaga marah2 sbb lokasi KPT tu nun di hujung putrajaya..jauh dgn kawasan berniaga, jauh dgn org lalu-lalang..tu sbb benda tu x berlaku..haihhhh...*geleng kepala*

Popular Posts