Saturday, August 27, 2011

JOM Balik Kampung Belia Putrajaya #MajlisBeliaPutrajaya


TF, Hisamudin dan Muzammil bersama abang-abang pemandu bas

Packing biskut, air mineral dan Jalur Gemilang

Hisamudin pun bagi bekal balik kampung

Untuk abang-abang pemandu teksi bersahur

Balik Terengganu?


Azhar, Azizan, TF, Iqbal, Muzammil, Saiful

Balik IPOH, dalam bas ni semua satu kapal
dengan kami berdua - orang PERAK!


Untuk abang `pilot'





Malam tadi Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah mengadakan Program Lambaian Syawal di Putrajaya Sentral yang bertujuan untuk bersama-sama menghantar warga Putrajaya yang ingin pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri . Seramai 20 orang ahli MBKPj terlibat dalam program ini dan ia turut disertai oleh Sdr Hisamudin Yahaya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya. Dalam program ini sebanyak 1,000 pek biskut, air mineral dan Jalur Gemilang telah diedarkan.

Sempena hari baik bulan baik ini, saya dan ahli-ahli Majlis Belia Kawasan Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara, Maaf Zahir Batin. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya semoga selamat tiba, banyakkan bersabar dan ingat orang tersayang semasa memandu.

No comments:

Popular Posts