Saturday, April 24, 2010

Undi BN jika anda bukan RASIS





Setiap orang ada sebab untuk undi BN esok!

Undi BN jika anda bukan rasis! Di Hulu Selangor, jentera BN memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Calon BN P.Kamalanathan. Mereka adalah `colour blind' dan sama sekali tidak melihat Kamal sebagai orang bukan Islam. Sedangkan perayu undi PR berkempen dari rumah ke rumah dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan.

Undi BN untuk memahami erti sebenar politik muafakat.

Undi BN jika anda hendak kerajaan yang kuat - bukan Pakatan Rapuh (PR), Parti Kian Rebah (PKR) dan parti Pakat Keluar Ramai-ramai.

Undi BN, jika anda mahu wakil rakyat yang diberikan sokongan oleh kerajaan. Bukan hanya wakil rakyat biasa yang tidak mampu membantu rakyat seperti kerajaan mampu membantu rakyatnya.

Undi BN - jika anda mahukan wakil rakyat yang BERSIH dan tiada baggage silam - bukan peminum, bukan penjudi, bukan `katak' yang tiada pendirian, yang tiada tabiat berlumba kuda

Undi BN - jika anda tidak sokong RASUAH - hamper, beras, duit dan beer.

Undi BN - jika anda tidak menyokong hipokrasi PR dalam `bending the rules' - pemimpin PR seperti Hanna Yeoh masih tidak menjawab dakwaan kenapa CF untuk 2023 buah rumah di Bukit Beruntung diberikan walaupun syarat-syaratnya belum dipenuhi. Adakah ini satu lagi bentuk RASUAH politik.

Untuk orang Islam - undi BN, jika anda ragu-ragu dan takut - manalah tahu jika Ahli Parlimen anda nanti di Parlimen akan mengundi untuk menghalalkan perjudian, lumba kuda, minuman keras, mempermudahkan murtad, menentang undang-undang berkaitan Islam.

Untuk Rakyat Selangor - undi BN, jika anda hendak memberi pengajaran kpd kerajaan PR Selangor kerana tidak mampu memenuhi janji PRU12 sepanjang dua tahun ini

Antara janji yang ditabur masa PRU12 adalah:

  1. monopoli perniagaan - dlm penjualan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd? Ini amalan sosialis, komunis atau kapitalis?
  2. sasaran kutipan pasir bernilai RM150 juta dalam tahun 2009, tapi yang dikutip hanya RM4.6 juta? lemah dalam akaunting dan buat projection?
  3. Kenapa bend d rules dan bailed out Talam Corporation? Bukankah kerajaan tidak sepatutnya amalkan bailed out?
  4. Janji palsu PAS - untuk tutup kilang arak, tutup premis menjual arak dan judi (boleh dibuat jika Pas nak, iaitu dengan tidak perbaharui lesen operasi kilang dan lesen perniagaan premis)
  5. Janji palsu untuk pastikan petani dan nelayan menjana pendapatan yg lebih tinggi
  6. Janji palsu untuk menggantikan sistem Rukun tetangga dengan sistem baru yg berkesan
  7. Janji untuk mengurangkan cukai pintu kediaman 20% dan cukai premis komersial 10%
  8. Janji untuk menyediakan kemudahan kesihatan percuma utk semua warga emas 65 tahun ke atas
  9. Janji untuk beri elaun khas kpd setiap suri rumah yg menjaga anak sepenuh masa
  10. Janji untuk beri bantuan rm50 sebulan bg setiap anak ke prasekolah
  11. Janji untuk beri bantuan rm75 sebulan bg setiap anak yg dihantar ke nurseri

Undi BN untuk rakyat yang melihat kerosakan yang telah disebabkan oleh Anwar Ibrahim dan pembangkang terhadap nama baik, ekonomi dan kestabilan negara.

Kepada rakyat Selangor yang anti-nepotism - undi BN untuk tunjukkan protes terhadap amalan nepotism Lim Kit Siang, anak beranak LIM dan Singh dalam DAP :)

Kepada rakyat Selangor yang anti-cannibalism, undi BN - untuk tunjuk protes terhadap Tian Chua :)

Semua orang ada sebab mereka sendiri, pilihlah satu - "Sayangi Selangor, Yakini BN". Selamatkan Malaysia!

No comments:

Popular Posts