Sunday, January 26, 2014

Lebih baik Tun Daim bayar blogger UMNO Kedah daripada bayar Kadir Jasin?



Kenyataan tidak masuk akal Kadir Jasin menyerang dan memperlekehkan peranan dan sumbangan blogger-blogger UMNO di atas ini telah mengundang banyak reaksi dari rakan-rakan blogger dan cybertrooper pro-UMNO dan pro-BN. Saya juga pernah mengulasnya di blog saya :- 

#SyokSendiri Kadir Jasin hanya pandai mengkritik, tapi tak tahan dikritik

Pelbagai reaksi telah timbul susulan kepada kenyataan ini. Rata-rata ramai blogger dan cybertrooper pro-UMNO dan BN yang marah dengan kenyataan Kadir yang disifatkan gagal menghargai peranan dan sumbangan orang lain. Ada yang menyebut bahawa "Kadir mana tau apa, dia bukan ada facebook pun." 

Antara yang menarik perhatian saya adalah poster-poster yang menghentam Kadir yang disebarkan melalui facebook seperti di bawah :-






Saya tidak pasti apa kaitannya dengan Tun Daim. Saya hanya faham kaitannya selepas membaca tulisan blogger McTheory di bawah.

Saya tidak tahu dakwaan ini betul atau tidak, tetapi saya hanya mahu mengulas tentang nota kaki blogger Kedah ke KL, iaitu :- 

"P/s: Dari Tun Daim bayar Kadir, baik Tun Daim bantu blogger-blogger pro UMNO yang sedang susah sekarang ni.."

Saya bersetuju dengan McTheory kerana ketika ini Badan Perhubungan UMNO Kedah memang tidak menjaga kebajikan blogger-blogger dan cybertrooper yang pernah menyumbang kepada kemenangan BN di Kedah. McTheory dan pasukannya merupakan antara blogger dan cybertroopers yang paling aktif menyerang kerajaan Pas pimpinan Arwah Tan Sri Dato' Seri Azizan Razak, berbanding kumpulan lain. Ini pernah diulas melalui statistik tentang jumlah tulisan dalam blog dan in-depth isu yang dimainkan di dalam setiap tulisan sepanjang Kedah di bawah Pas. Ini mereka lakukan walaupun tidak diberi sokongan yang begitu menggalakkan dan tidak mendapat bantuan yang amat signifikan daripada pemimpin UMNO dan agensi di negeri Kedah sendiri sebelum PRU13.

Saya dimaklumkan, selepas PRU13 ada di kalangan mereka yang dijanjikan kerja, tetapi tidak ditunaikan, Ada juga yang telah meletak jawatan di Kuala Lumpur kerana dijanjikan kerja oleh pemimpin tertentu di Kedah, tetapi akhirnya melopong kerana tidak diambil bekerja. Ini belum masuk cerita Jabatan Media Sosial dan Yayasan `Apanama' yang turut meminggirkan mereka. Akhirnya ada di kalangan mereka yang terpaksa survive dengan apa yang boleh mereka lakukan, termasuk mengambil upah memotong rumput dan berniaga burger.

Memandangkan peranan blogger dan cybertroooper Kedah ini jauh lebih signifikan daripada 8 artikel Kadir dalam membantu kemenangan BN di Kedah, mungkin lebih bermakna jika Tun Daim membantu blogger dan cybertrooper Kedah yang sedang susah ketika ini. Duit Tun Daim berkepuk. Tak kisah lah sama ada dakwaan Kadir ini dibayar Tun Daim betul atau tidak, pada saya, mungkin lebih elok Tun Daim bantu blogger dan cybertrooper Kedah ni, lagipun mereka memang anak Jati Kedah.

Layan artikel McTheory di bawah -


INFO! Siapa yang memperalatkan nama Tun 
Dr Mahathir?
24.1.14  McTheory  


Kita tahu akhir-akhir ini Perdana Menteri dikritik hebat oleh A Kadir Jasin. Malah kritikan A Kadir Jasin tak berhenti disitu saja, bersambung hingga di sebuah portal pro pembangkang. Kononnya Kadir Jasin ni ikhlas nak tegur PM dan pentadbiran tertinggi kerajaan.

Tetapi semasa ditemubual oleh portal pro pembangkang tu, Kadir bukan sahaja mengkritik kerajaan, malah telah mempersendakan blogger-blogger pro UMNO yang kononnya tidak membantu BN dalam kemenangan PRU yang lepas.

Akibatnya kini blogger pro UMNO yang tidak membantu ni (termasuk Mc sendiri) mulai dendam dan campur tangan dalam permainan yang dibawa oleh Kadir Jasin sendiri.

Mc percaya Kadir Jasin tidak bertindak sendirian. Pasti ada 'tukang bayar yang kuat' untuk membuatkan dirinya terus hidup dan berasa kebal apabila mengkritik kepimpinan Najib di Putrajaya.

Selidik punya selidik, terkeluar pula nama Tun Daim Zainudin. Apa kaitan diantara Kadir Jasin dan Tun Daim?

Kaitannya, Kadir Jasin digunakan Tun Daim untuk mengkritik pentadbiran Najib yang kononnya sekarang ni sangat teruk dan perlu dibuat sesuatu untuk diselamatkan.

Siapa mereka untuk berbuat begitu? Apakah disebabkan kepentingan peribadi, mereka sanggup mencemarkan nama kerajaan?

Malah ada orang yang menganggap permainan diantara Kadir dan Tun Daim ada kena mengena dengan Tun Mahathir, disebabkan Tun Mahathir tu kawan baik Tun Daim. Malah apa saja suara dari Kadir dan Tun Daim, kononnya ia juga suara Tun Mahathir.

Mc tak rasa begitu, sebabnya.. Tun Mahathir takkan keluarkan statement yang menghina para blogger UMNO. Negarawan terbilang tersebut, diantara blogger pro kerajaan paling awal yang membuat blog. Malah beliau juga menjadi pelopor kepada blogger pro kerajaan sekarang ni.

Jadi mana mungkin beliau terlibat dalam statement mengutuk dan mengeji blogger-blogger pro UMNO.

Walaupun kita tahu Tun Mahathir agak lantang dalam menegur kerajaan sekarang ni, namun Mc percaya Tun Mahathir takkan terlibat dalam permainan Kadir dan Tun Daim. Maknanya suara mereka berdua tidak ada kena mengena langsung dengan Tun Mahathir.

Bukan Mc saja yang sedar akan keadaan ini, malah sahabat blogger APA juga sedar dan mengulas benda yang sama.

Dah lama Tun Daim menyepi, malah beliau tak pernah muncul dan mengkritik kerajaan pada zaman Pak Lah tido dulu. Jadi apa yang menyebabkan beliau muncul sekarang? Ada sesuatu yang akan berlaku? 

Atau kepentingan beliau selama ini diusik? hmm..


P/s: Dari Tun Daim bayar Kadir, baik Tun Daim bantu blogger-blogger pro UMNO yang sedang susah sekarang ni..


No comments:

Post a Comment