Sunday, January 26, 2014

#PantunUlar Suami Nurul Izzah timbulkan tanda tanya? @aafaizli





PANTUN ULAR MENIMBULKAN TANDA TANYA


"Masuk hutan berburu musang,

Musang mati diselit seluar,

Macam mana hati tak bimbang,

Ayam di sangkar disambar ular".


Pantun Blogger Sangkakala untuk dijadikan iktibar oleh Nurul Izzah

Jangan cuba menumbuk lesung..
Jika alu tiada di tangan..
Jika benar Izzah terpesong..
Harap kembali ke pangkal jalan.

Perahu naga mudik ke hulu..
Singgah bermalam di tanjung tuan..
Mungkinkah Izzah bertindak melulu..
Hingga tergadai hubungan perkahwinan.

Singgah bermalam di tanjung tuan..
Anak ayam mati berlaga..
Pengundi dikejar untuk habuan..
Hubungan perkahwinan tidak terjaga.

Anak ayam mati berlaga..
Mati berlaga di dalam kepok..
Hubungan perkahwinan tidak terjaga..
Bagaimana pula pengundi selonggok.


Sama-sama kita doakan semoga Nurul dapat mempertahankan keluarganya dan kembali ke jalan yang benar. Doa kita agar Nurul akan mengutamakan dan menyelamatkan keluarganya. Tak perlulah terlalu mengejar dan tamakkan pangkat dan kuasa, Tak perlulah mengutamakan politik. Pengundi Lembah Pantai pun dahulu ramai yang mengadu tidak terjaga dan jarang dilawati Nurul, jangan sampai keluarga pun terubang ambing. Jangan biarkan anak-anak dan keluarga menjadi mangsa politik. Belajarlah dari pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh keluarga Nurul disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh bapa Nurul sendiri, Anwar Ibrahim dan juga belajarlah dari pengalaman pahit yang melanda anak-anak, adik beradik dan keluarga `uncle kesayangan' Nurul, Azmin Ali. Amiiin....



TWITTER Luahan hati suami Nurul Izzah


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Luahan hati Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, suami kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapat perhatian beberapa blog.

Dua blog iaitu Celah Gelegar (http://celahgelegar.blogspot.com) dan The Flying Kick (http://theflyingkick.blogspot.com) menyiarkan semula luahan yang disuarakan Raja Ahmad Shahrir menerusi Twitter miliknya sejak November lalu.

Antara luahan Raja Ahmad Shahrir, 35, kepada Nurul Izzah, 33, adalah:


1 Januari:

"Take care sayang, sleep tight

Izzah, my Princess of the misty light;

New resolution, for the upcoming;

New year, new dawn, new beginning"

(Jaga diri sayang, tidur lena Izzah,

Puteriku dalam cahaya yang berkabus;

Azam baharu untuk tahun baharu;

Fajar baharu, permulaan baharu)



29 Disember:

"mulanya duka kini lara

teman tiada hanyalah sendu

bila rindu mula membara

itulah tanda cinta padu"



27 Disember:

"Almighty God, it is only to You I depend on to hear and answer my sincere and heartfelt prayers. Grant me this and I will be forever grateful"

(Tuhan yang Maha Kuasa, hanya kepada Engkaulah aku berserah untuk mendengar dan memakbulkan doa-doaku yang jujur dan tulus ikhlas. Makbulkan doaku dan aku akan bersyukur buat selama-lamanya)


27 Disember:

"Sesungguhnya kehidupan ini bukan mudah, kita sama-sama kuatkanlah iltizam untuk memperbaiki keadaan, Allah akan menghulurkan bantuan-Nya pada kita".


27 Disember:

"Turunkanlah kasih sayang pada hamba-Mu dan keluarga hamba-Mu ini, kuatkanlah ikatan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat kami".


27 Disember:

"Lindungilah kami dari pengaruh syaitan yang direjam dan bantulah kami hamba-hamba-Mu agar memahami dan mendalami agama-Mu secara ikhlas".


27 Disember:

"God is Great, to Him we submit. Our lives, choices and feelings are of Your grace. Hear out your humble servant, let not she be disgraced"

(Tuhan Maha Besar, kepada-Nya kita berserah. Hidup, pilihan dan perasaan kami bergantung kepada sifat Maha Pemurah-Mu. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang hina ini, jangan biarkan dia dimalukan).


19 Disember:

"Simbahan cahaya bulan mengembang,

Bayangan sebalik pokok gaharu,

Kalau bahaya menimpa abang,

Jagalah Harith, Safiyah semampu"


18 Disember:

"Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak-anak"


9 Disember:

"Aku memohon pada-Mu agar hati yang keras menjadi lembut, dan perasaan kasih sayang, sikap toleransi, sabar menjadi lumrah kehidupan kami."


3 Disember:

"Lancang kuning lancang pusaka,

Nampak dari Tanjung Tuan,

Kalau kering laut Melaka,

Barulah saya lupakan puan".


29 November:

"Masuk hutan berburu musang,

Musang mati diselit seluar,

Macam mana hati tak bimbang,

Ayam di sangkar disambar ular".


29 November:

"Akar nibong meresap-resap,

Tanah Segambut dibawa perahu,

Kampung terbakar keluar asap,

Hati terbakar siapa yang tahu".


28 November:

"Mendoa mengenang arwah tok yan,

Bertongkat dagu membawa diri,

Mata mengantuk mahu dilayan,

Mengharap rindu si tuan puteri."



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140126/dn_19/Luahan-hati-suami-Nurul-Izzah#ixzz2rUEWvpNn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments:

Post a Comment