Thursday, July 11, 2013

Ubah Baiah - Pas baru sedar Baiah Talaq 3 SESAT!


BAIAH PAS KALI INI ADA PEMBAHARUAN, TAK SEBUT JATUH TALAK 3 TERHADAP ISTERI

dari blog Taiping Mali

Inilah baiah yang dibacakan oleh calon Pas secara umum, bukan lagi main sorok-sorok. Sudah ada pindaan.

"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

Hairan juga wakil rakyat tak boleh guna elaun wakil rakyat tetapi boleh buat tuntutan perjalanan ribu-ribu ringgit, pakai mercedes,kahwin dua tiga dan bila bercerai tuntutan mutaah pun juta-juta ringgit.


Nota - Pemimpin BN juga patut buat baiah laknat macam ni. Tak lah sampai ada yang nak ugut-ugut sebab tak dapat jadi..... macam-macam lah


Baca tentang baiah sesat Pas

Siri Membangun Bersama Syaitan - Bai'ah Taklik Pas
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/siri-membangun-besama-syaitan-baiah.html

Isu Bai'ah - Siapa Penipu Rakyat?
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/isu-baiah-siapa-penipu-rakyat.html

Beza Baiah Sesat Pas dan Baiah UMNO #PAUmno #PartiAgamaSesat
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/beza-baiah-sesat-pas-dan-baiah-umno.html

No comments:

Post a Comment