Tuesday, July 9, 2013

Hapuskan syiar Islam - Pas bersubahat `batal'kan pembinaan masjid di Damansara Perdana?



Walaupun kerajaan BN telah menetapkan dasar-dasar tertentu, sesuai dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, namun memang ada usaha untuk melanggar dan tidak melaksanakannya secara senyap-senyap. 

Di Singapura, bahasa Melayu merupakan salah satu daripada empat bahasa rasmi negara tersebut. Namun, tanpa kesungguhan politik, peruntukan dan sebarang program untuk memastikan dan menggalakkan penggunaannya di kalangan rakyat, bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang berbeza berbanding dengan nasib bahasa Melayu di Malaysia. 

Begitu juga kedudukan Islam di negara ini. Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, secara automatik menjadikan Persekutuan ini dan perlembagaannya tidak sekular. Peruntukan di dalam perlembagaan ini membolehkan sejumlah dasar, program dan dana diberikan bagi melaksanakan syiar Islam dan 98% daripada syariat Islam ini telah ditegakkan oleh kerajaan Barisan Nasional di dalam negara ini.

Dalam konteks tahaluf Pas yang bertentangan dengan sunnah dan sirah Rasulullah SAW, Pas nampaknya hanya layak menjadi rakan subahat yang tolol.....  berkongsi dosa, tetapi bukan kuasa dan kekayaan..


Wawancara SYA Bersama AIDC – Kerajaan Selangor Lenyapkan 2.09 Ekar Tanah Pembinaan Masjid ?


AIDCNews – 08/07/13 – Shen Yee Aun (SYA), Presiden Malaysian Youth Rights Movement meminta penjelasan daripada kerajaan Selangor, benarkah tanah 2.09 ekar yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid di Damansara Perdana telah dilenyapkan untuk projek komersial yang lain.

Menulis di lamannya, 1sya.com, SYA mendedahkan pemaju awal di kawasan yang berkaitan adalah MK Land dan MK Land telah menghantar town planning yang menepati ciri perundangan iaitu 1/3 daripada pembangunan mesti dikhaskan kepada pembangunan tanah komuniti, manakala sebanyak 2.09 ekar tanah telah peruntukkan tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana.

Menurutnya, town planning di atas kertas itu mengalami perubahan drastik apabila berlakunya pertukaran pemaju daripada MK Land kepada Mamoooth Empiree.

‘Adakah terdapatnya proses pembatalan town planning yang pada mulanya ada peruntukkan untuk pembinaan Masjid telah bertukar menjadi pembangunan komersial ? Adakah terdapatnya pertukaran tanah untuk pembinaan masjid di kawasan lain ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini ? Mengapa sesebuah tanah untuk membina masjid tiba – tiba hilang ?” soalnya.

AIDC menemui SYA pada 6 Julai di Petaling Jaya untuk mendapat penjelasan lanjut tentang isu ini.

AIDC : Apa yang sebenarnya berlaku berkaitan isu tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana itu ?

SYA : Saya cuba ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Saya difahamkan, perancangan awal di Damansara Perdana sebahagian daripada tanah mereka awalnya adalah pemaju MK Land. Dan saya juga difahamkan setiap pembangunan tidak kira di mana-mana tempat satu pertiga mesti diperuntukkan untuk tanah komuniti. Maksudnya untuk masjid, agama, tokong atau sekolah dan sebagainya.

Dalam isu tanah ini, pada awalnya, MK Land dalam planning mereka, perancangan bandar telah pun menyerahkan kepada kerajaan negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka sendiri telah memperuntukkan 2.9 ekar tanah yang dikhaskan untuk masjid. Apabila pemaju ini menjual tanah ataupun projek ini kepada sebuah lagi pemaju lain iaitu Mamoooth Empiree, tiba-tiba dalam perancangan bandar itu, kita lihat Damansara Perdana pada hari ini (sudah hilang).

Mungkin lain kali kalau ada masa, kita boleh pergi melihat keadaan di sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Saya lihat, kawasan itu sekarang sudah dibangunkan untuk pembangunan komersial (sahaja). Kita tidak lihat sebarang pembangunan untuk masjid. Apa sebenarnya yang berlaku? Pemaju kedua tidak mampu untuk membuat pembangunan komersial tanpa sebarang kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor atau Ahli Majlis Tempatan.

AIDC : Maknanya, proposal lain tetapi apabila dilaksanakan ia menjadi bentuk lain?

Kalau tidak silap saya, memang bentuk lain. Sebab itu, kita minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebab isu ini adalah isu yang sangat besar kerana berkaitan dengan kebebasan beragama. Isu ini adalah isu tanah komuniti. Dan saya lambangkan tanah komuniti itu sebagai tanah rakyat.

Tidak ada sesiapa pun termasuk kerajaan ataupun pemaju boleh merampas hak tanah yang sepatutnya adalah untuk kegunaan rakyat.

Terdapat beberapa keberangkalian. Pertama, tanah itu sudah dilesapkan, mungkin untuk penjualan komersial. Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari situ, saya tidak tahulah.

Kedua, ataupun sebenarnya mereka ada perancangan lain untuk masjid. Berlakunya pertukaran perancangan bandar. Kalau ada, di manakah masjid tersebut? Sebab saya, belok-belok di Damansara Perdana tidak nampak tapak masjid itu.

AIDC : Masih tidak wujud lagi tapak masjid?

Masih tidak wujud lagi. Dalam kawasan pembangunan itu, sepatutnya ada tanah untuk sekolah, tiba-tiba sekarang digunakan untuk pembangunan (tanah untuk tapak sekolah juga hilang). Pembangunan apa kita tidak pasti lagi. Sebab itu kita ingin minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan negeri Selangor.

Saya cuba tunjuk data perancangan. (Sambil menunjukkan peta perancangan pembangunan kawasan itu).. Kita lihat, ini ialah data perancangan di mana sepatutnya terdapat 2.09 ekar tanah untuk masjid. Kalaulah kita pergi ke Damansara Perdana hari ini, kawasan ini sebenarnya sudah tidak ada..tanah yang diperuntukkan untuk perancangan komuniti. Jadi, persoalannya, ke manakah hilangnya tanah masjid?

AIDC : Semua tanah ini dibangunkan untuk komersial sahaja ?

Ya, kalau tidak silap saya…kalau tidak silap saya. Sebab itu, kita hendak minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui status tanah masjid, yang sepatutnya berada dalam perancangan bandar ini.

Saya rasa ini bukanlah isu Melayu ke, Cina ke, India ke, isu ini adalah berkaitan dengan rakyat. Tidak kiralah masjid ke, tokong ke, kuil ke, ini isu pelbagai bangsa. Ini adalah hak rakyat, tanah rakyat, tanah untuk komuniti.

Kita minta penjelasan daripada Khalid Ibrahim dan Teresa Kok. Di Damansara Perdana, ini adalah kawasan YB Elizabeth Wong dan juga Sivarasa Rasiah. Mereka seharusnya tampil memberitahu apakah yang sebenarnya berlaku.

AIDC : Banyak misteri di sebaliknya?

Banyak misteri, jadi kita perlu tahu dan minta penjelasan. Kalau ini Kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi penjelasan, kemungkinan besar saya akan membawa golongan-golongan NGO untuk berhimpun di SUK untuk tanya lebih lanjut.

AIDC : Tanya tentang perkara ini?

Ya. Paling-paling awalnya kita memberi ruang untuk mereka menjawab terlebih dahulu. Jangan kata kita nak memfitnah dan mendakwa mereka. kalau mereka rasakan ada bukti atau penjelasan yang baik, sila tampilkan ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini.

Dan yang paling penting dalam isu ini, kita harap Pas yang selalu berjuang untuk Islam, kali ini, kalau isu ini didapati benar, tanah untuk rakyat ini hilang, kita harap Pas bangkit untuk menentang PKR dan DAP.

Kita harap Pas dapat membantu juga. Ini bukan isu politik Barisan Nasional, bukan. Ini berkaitan isu rakyat terutamanya masjid.

No comments:

Post a Comment