Monday, November 21, 2011

@MyVO1CE : Guan Eng Takut Bayang-bayang... @NajibRazak

Barisan Jawatankuasa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil kesempatan bergambar dengan Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang turut hadir



[Note: Pemerhatian menarik rakan blogger lenggongvalley. Saya percaya ini yang diharapkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam. Baca apa yang ditulis oleh blogger lenggongvalley "Pada majlis yang berlangsung di PWTC pada petang Ahad, Najib tidak pun menyebut tentang ‘cybertroopers,’ tetapi apa yang disebut beliau dalam ucapannya sekadar mengiaskan pengguna sosial media sebagai pejuang siber yang akan membantu menerangkan dan menyampaikan segala inisiatif kerajaan untuk negara kepada seluruh rakyat." Saya percaya ada lebih ramai lagi pejuang siber seperti lenggongvalley di luar sana yang mahu menegakkan kebenaran dan menangkis kepalsuan yang disebarkan pembangkang.]


MyVO1CE: Guan Eng Takut Bayang-Bayang


Nampaknya duduk tak duduk, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melompat kerana Barisan Nasional (BN) mengiktiraf sumbangan pengamal media sosial sukarela 1Malaysia (myVO1CE) sebagai ‘wira dan pejuang.’

The Malaysian Insider melaporkan pemikiran pincang Guan Eng yang menganggap apa yang dilakukan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukti BN menggalakkan “kepalsuan berniat jahat” yang dilakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anggota keluarga mereka.

Kemarahan Guang Eng berikutan laporan membabitkan seorang anggota keluarganya baru-baru ini yang dieksploitasi oleh segelintir blogger mendorong beliau memandang serong terhadap inisiatif ‘pro bono’ (sukarela) myVO1CE.

Ramai juga yang mengikuti isu berhubung perkara tersebut, tetapi hakikatnya ramai di kalangan blogger dan pengamal media arus perdana tidak mengambil pusing apa yang cuba dimainkan itu. Mereka setakat melaporkan berita berhubung reaksi beberapa pihak terhadap kontroversi tersebut. Itu saja.

Isu itu sudah reda dan amaran untuk membawa mereka yang dikatakan terbabit ke mahkamah juga telah disuarakan.

Bagaimana pun, bagi Malaysian Insider yang lebih condong kepada suara hati dan persepsi pembangkang, isu itu seolah-olah perlu dibangkitkan semula.

baca artikel menarik di blog lenggongvalley
http://lenggongvalley.blogspot.com/2011/11/myvo1ce-guan-eng-takut-bayang-bayang.html

No comments:

Post a Comment