Tuesday, November 22, 2011

Blogger sokong @HishammuddinH2O kekal penahanan tanpa bicara


[Nota: Tulisan blogger Just Read memang penuh dengan inspirasi. Sebab itu saya tidak pernah jemu memetik dan menterjemahkan tulisan beliau. Dalam kes keganasan, kita memerlukan pendekatan penahanan tanpa bicara ini. Negara kita boleh sahaja membiarkan rakyatnya disembelih dan dibom, selepas itu barulah menyiasat dan membicarakan pesalah. Jika tidak sabit kesalahan atau ada peguam yang baik untuk melepaskan mereka, pengganas dan penjenayah ini akan dibebaskan. Namun sehingga kini, nampaknya kerajaan kita memilih untuk menjadi kerajaan yang bertanggung jawab dari membiarkan orang awam menjadi mangsa pengganas dan penjenayah. Di bawah adalah tweet dari blogger BigDog mengenai perkara yang sama:- ]

Zakhir Mohamed
Hari ni aku sayang Boss ko! Berita sangat baik elemen 'tahan tanpa bicara' dlm undang undang ganti ISA. Tahniah KDN

Zakhir Mohamed
The nation is safer with ISA. Viva La Anti Terrorism laws RT: dah dah gi tidur !


Terbaik! 'penahanan tanpa perbicaraan' ... dan tahniah MALAYSIA!

Izinkan saya untuk menjadi orang yang pertama mengulas mengenai kenyataan Hishammuddin hari ini - bahawa Akta baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan mengekalkan 'penahanan tanpa perbicaraan'.

Langkah yang baik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Malah, peruntukan tersebut sangat berkesan untuk memastikan rumah kita 'bersih dan kemas' dari unsur-unsur subversif, penggubahan wang haram, pengedaran dadah dan penyimpangan agama.

Dan saya yakin kebanyakan blogger, ahli-ahli politik dan rakyat Malaysia memberi sokongan mereka di atas keputusan ini. Dengan ancaman domestik dan luar yang tidak diduga dan yang mungkin melumpuhkan demokrasi kita, penahanan tanpa perbicaraan telah dipilih oleh banyak negara sebagai langkah pencegahan bagi membendung ancaman-ancaman ini.

Penahanan tanpa bicara juga turut diamalkan di beberapa negara dalam usaha memerangi keganasan, seperti melalui Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Anti-Keganasan di United Kingdom dan Australia.

"Amerika Syarikat, UK dan Australia semuanya juara kepada hak asasi manusia, tetapi mereka sedar bahawa apabila berurusan dengan militan dan keganasan, mereka perlu mempunyai akta yang bersesuaian dengannya.

"Malah, terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa perbicaraan bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan bersikap double standard dan kita tidak mahu kepura-puraan dalam perkara ini," kata Hisham di Putrajaya.

Jadi, kepada Hisham, teruskan sahaja dengan tindakan ini. Kita tidak boleh berlebih kurang dalam hal-hal keselamatan, begitu juga kita tidak wajar membenarkan diri berada di bawah tekanan mana-mana kumpulan, termasuk pembangkang.

Ini adalah negara kita, tanah air kita. Apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan negara dan rakyat. Berbanding dengan Amerika Syarikat, set undang-undang pencegahan adalah sangat 'sederhana dan telus'.

Tidak perlu mendengar kata-kata Pembangkang, tidak perlu tunduk kepada tekanan NGO kerana mereka mempunyai agenda busuk jika mereka menang pilihan raya umum akan datang. Jika mereka menang, negara akan terdedah kepada serangan pihak luar kerana 'konsep kebebasan total' akan memusnahkan Malaysia.

Akan ada lebih banyak campur tangan asing di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapa? Label 'hak asasi manusia mereka akan kekal manakala kestabilan dan keharmonian negara kita akan terbuang ke dalam longkang. Bagi mereka, hak asasi manusia adalah agama baru untuk disembah, dan jangan terkejut jika Malaysia di bawah mereka menandatangani perjanjian diplomatik dengan Israel.

Tambahan pula, kita tidak perlu tunduk kepada kumpulan-kumpulan pendesak asing kerana pemimpin-pemimpin mereka terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah adalah sekumpulan pengecut kerana tidak membicarakan kerajaan mereka sendiri agar menghapuskan set undang-undang mereka sendiri.

Saya yakin orang-orang seperti Kit Siang, Karpal, Anwar, Nurul, Guan Eng dan mungkin Ambiga dan Marina akan menghentam Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok, tetapi sekali lagi, abaikan sahaja mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka perjuangkan!

No comments:

Post a Comment