Saturday, January 15, 2011

Alahai.... minggu ini minggu KANTOI PR!




Demi mengekalkan survival dalam persada politik tanah air, Pakatan Pembangkang (PR) sanggup menggunakan apa sahaja penipuan. Kita telah mengetahui perkara ini sejak dulu lagi. Malangnya ada juga budak-budak penyokong pembangkang yang sengaja menutup mata dan aqal fikiran semata-mata takut berubah fikiran.

Penipuan yang di`kantoi'kan kali ini adalah berkaitan dengan pelantikan SUK Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi. Terima kasih dan tahniah kepada rakan blogger Panglima Perang Cyber yang telah menulis mengenainya di dalam tulisannya "Pakatan Haram Putar Belit Kronologi Pelantikan SUK"

Menurut Suara Keldaian (nama lain bagi Keadilan Daily) 8 Januari 2011, berikut adalah kronologi pelantikan SUK Negeri Selangor (klik). Nyatanya apa yang dipaparkan oleh laman itu adalah pembohongan kerana kronologi sebenar adalah seperti berikut:

sumber:

1) 3 Disember 2010
* Surat rujukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (S) 328/2/1-1 Klt.22/(73Y dari JPA mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebelum ini, Datuk Ramli Mahmud.

2) 3 Disember 2010
* Surat rujukan IPK.Sel. (S) 1095/6 Jld. 44 daripada SUK Selangor memanjangkan tiga calon untuk mengisi jawatan SUK Selangor yang baru bagi mendapat perkenan Sultan Selangor kepada Setiausaha Sulit kepada Sulit Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

3) 10 Disember 2010
* Surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor menyatakan perkenan Tuanku mengenai pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi mengisi jawatan SUK Selangor kepada Datuk Ramli Mahmud, SUK Selangor sebelum ini.

4) 17 Disember 2010
* Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Sultan Selangor mengesyorkan tiga nama untuk calon SUK Selangor.

5) 21 Disember 2010
* Surat rujukan (65) dalam Pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor menyampaikan satu salinan surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor iaitu surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01. Jld.19 bertarikh 10 Disember 2010, mengenai perkenan Sultan Selangor terhadap Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru.

6) 27 Disember 2010
* Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pelantikan SUK Selangor yang baru di dalam akhbar-akhbar tempatan.

7) 27 Disember 2010
*Menteri Besar mengutus surat kepada Sultan Selangor mohon menghadap bagi membincangkan pelantikan Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru. (Sultan Selangor pada masa ini sedang bercuti dan kembali bertugas pada 3 Januari 2011).


Apa nak kata, penipuan PR si Penipu Rakyat terbongkar lagi. Sebelum ini tentang silap mata akaun kerajaan Pulau Pinang oleh kerajaan Ketuanan DAP, Lim Guan Eng. (baca di sini)

Kemudian, yang terbaik adalah `joke of the year' (klik di sini) - kenyataan ADUN Komtar tentang usahanya 'untuk menyelamat restoran dari musnah terbakar akibat letupan tong gas'. Ini akibat apabila tersalah pilih, terpilih kerajaan Ketuanan DAP.

Baca elok-elok apa yang ADUN Komtar kata dan ketawa lah sepuas-puasnya - "masa itu apabila pihak penguat kuasa dan polis cuba tarik menarik dengan satu warung yang terletak di kaki lima, kebetulan ada satu tong gas yang sedang menyala, sedang dipasang dan api sedang menyala, dan saya berada di tempat itu, jikalau ini tidak ditanggalkan dengan cepat, ia akan berlaku letupan. jadi niat saya pada masa itu adalah untuk mengelakkan supaya berlaku apa-apa peletupan. So untuk menjamin keselamatan awam."

No comments:

Post a Comment