Monday, January 17, 2011

Nik Aziz sebabkan Islam dipandang hina


Artikel ini pernah saya tulis sebagai respon kepada kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyebut bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersikap celupar dengan memanggil suatu kaum dengan panggilan `hei kaum kera'. Saya sengaja mengeluarkan semula artikel ini kerana rupanya ramai anak-anak muda Pas yang ditipu oleh pemimpin-pemipin Pas yang menggambarkan kisah Nik Aziz mempertahankan Shahnon Ahmad yang mencarut menggunakan perkataan `puk@mak' sebagai dongengan semata-mata. Sila klik di sini juga untuk membaca tentang perbuatan Nik Aziz ini di dalam tulisan Kickdafella, Perjanjian Syaitan Nik Aziz dan kompilasi kenyataan merapu Nik Aziz dalam 'Beberapa Kenyataan Nik Aziz yang menyesatkan'.

وعن أبي الدرداء عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يوضع في الميزان اثقل من حسن الخلق وان حسن الخلق ليبلغ بصاحبه درجة الصوم والصلاة قلت رواه الترمذي باختصار رواه البزار ورجاله ثقات

Daripada abi darda' bahawa nabi saw bersabda - "Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.


Nik Aziz sebabkan Islam dipandang hina

Gembirakah kita bila mengetahui ada pihak yang tidak bertanggungjawab membangunkan sebuah laman web untuk menunjukkan bahawa Islam menghalalkan homoseksual? Jawapannya pasti tidak. Kita akan berasa marah bila Islam difitnah begitu sekali kerana kita tahu Islam melarang keras umatnya melakukan hubungan homoseksual.

Bagaimana pula jika kita mengetahui ada orang bukan Islam yang mengatakan Islam bukan suatu agama yang terpuji kerana `Tuhan orang Islam sendiri mencarut'?, `Tuhan orang Islam sendiri berperangai samseng?', `Nabi umat Islam pula membenarkan umatnya mencarut? dan `Nabi umat Islam sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik dan pernah memanggil orang lain dengan panggilan `hai beruk?'

Gembirakah kita, jika kita mengetahui bahawa orang bukan Islam tersebut bukan sengaja mereka-reka fitnah terhadap Islam sebaliknya hanya memetik kembali kata-kata seseorang yang kononnya mempunyai taraf ulama di dalam Islam?

Pastinya kita tidak gembira, tetapi itulah hakikatnya.

Demi keuntungan politik, Datuk Nik Aziz Nik Mat di dalam kenyataan-kenyataannya, telah menggambarkan bahawa Allah, Tuhan yang umat Islam sembah tidak bersifat Maha Suci, sebaliknya, seperti mana-mana makhluk, bebas dari melakukan perbuatan dan perlakuan keji. Allah mencarut. Allah juga bersifat samseng.

Demi keuntungan politik juga, Nik Aziz telah menggambarkan nabi kita pula tidak bersifat terpuji. Nabi kita mencarut dan membenarkan umatnya mencarut apabila marah. Malah, bila Nabi kita marah, baginda akan memanggil kaum lain dengan panggilan yang menghinakan seperti memanggil mereka dengan panggilan `hei kaum kera.'?

Tanyalah sesiapa sahaja di kalangan bukan Islam, jika `Tuhan kita mencarut' dan `nabi kita celupar', adakah mereka akan menghormati agama kita dan seterusnya menganut agama kita? Atau, apakah mereka akan melihat bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan agama kita?

Inilah natijahnya apabila seorang itu diangkat menjadi Tok Guru atau `ulama', walaupun beliau bukanlah orang yang layak dari segi ilmu dan keperibadian. Hasilnya - segala macam fatwa karut marut akan dikeluarkan sehingga mengundang pelbagai tanggapan yang salah terhadap Islam.

Apakah bezanya fatwa karut marut tok guru Pas ini dengan `fatwa' Dr Farish Noor yang menyebut bahawa `Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang wanita bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya'.

Kedua-dua pandangan ini boleh merosakkan imej Islam dan boleh menyesatkan serta mengelirukan umat Islam. Apabila Farish mengeluarkan kenyataan itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan beberapa pihak yang menjadi naungannya begitu sibuk merangka memorandum untuk dihantar kepada Majlis Raja-raja.

Bagaimanapun, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataaan yang sama kesannya, apakah reaksi PUM dan badan-badan di bawah naungannya?

Di atas semangat `assabiyah' (taksub atau fanatik), PUM, ustaz-ustaz di dalam Pas dan Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang telah memilih untuk menjadi syaitan-syaitan bisu dari menyanggah pandangan karut marut Nik Aziz.

Begitulah akibatnya jika seseorang itu berguru dengan seorang tok guru yang sanggup menjadikan syaitan sebagai sahabatnya.

Bagi kita, fatwa dan pandangan karut marut Nik Aziz ini bukan datang dari al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebaliknya fatwa dan pandangan ini lahir dari hati beliau yang telah dipengaruhi syaitan.

Al-Quran dan as-Sunnah tidak akan sekali-lagi mengajar umat Islam menjadi umat yang kurang ajar dan biadab sehingga menyebabkan mereka dihina oleh orang-orang bukan Islam.

Mungkin disebabkan inilah negara-negara Islam yang lain tidak mahu mengiktiraf Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai ulama serta menjadikan mereka berdua sebagai rujukan.

Sebaliknya mereka lebih selesa untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang jelas, di tangan Dr Mahathir, Islam telah diangkat menjadi suatu agama yang mulia, tetapi di tangan Nik Aziz, Islam telah direndahkan martabatnya sehingga menjadi hina sehina-hinanya.

Hukum Mencarut Nik Aziz

1. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut,
jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi
terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." -Nik Aziz Nik Mat,
Utusan Malaysia, 28 April 1999.

2. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan
mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah
menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29
April 1999.

4 comments:

  1. kupasan lengkap boleh dijadikan rujukan anak muda sekarang ini yang hilang pedoman sesat di belantara siber.

    semoga makin banyak lagi artikel tun tentang isu isu melibatkan pembangkang khasnya pas yg tlh lama merosakkan islam dari dalam.

    syabas tun.

    ReplyDelete
  2. tq panglima, kita sama-sama buat bro.. :) sama-sama kita dedahkan pembohongan demi pembohongan yang dibuat oleh Pas semata2 kerana nak berkuasa. Jihad diteruskan!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akhirnya ada juga yang sudah menyuarakan yang Haq.. SAYA AMAT BERSETUJU..dengan persoalan yang di timbulkan.
    Apa peranan mereka yang di berikan dan dipertanggungjawabkan menjaga kesucian dan kehormatan agama Islam i.e MENTERI AGAMA DAN ORNG2 YANG BERTANGGUNGJAWAB.Sampai bila polimik nie akan berlarutan.

    Kita begitu sibuk menyusup berlukar sedang SYETAN yang jelas dan lagi nyata didepan mata kita tak nampak..Mereka ini lah biang kehancuran dan perpecahan umat dan seharusnyalah mereka ini di beri tumpuan..Bila akar dicabut akan layulah segala kebathilan..Harus diingat mereka ini lah Dajjal2 dan Petualang sebenarnya..menyesatkan dan mengelirukan...
    well done bro..a good one from you..

    ReplyDelete
  4. Satu analisa yg bernas dan mempunyai fakta yg sangat tepat dan jelas.

    Semuga menjadi rujukan golongan muda yg banyak tertipu dgn 'zuhud' nya seseorang itu.

    ReplyDelete