Sebagai orang muda - apakah yang saya ingat tentang Tengku Razaleigh? Pertama penglibatannya dalam BMF (klik sini dan sini). Kedua, pengkhianatan terhadap UMNO pada tahun 1988 (klik sini). Ketiga, tawarannya untuk bertanding jawatan Presiden Parti dalam pemilihan UMNO 2008 ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO (sini).
Apakah yang saya tidak ingat tentang Razaleigh? Saya tidak ingat apa jasa dan peranannya sebagai Menteri Kewangan semasa dia memegang jawatan tersebut. Apa yang pernah saya baca adalah kritikan penulis politik, Syed Husin Al-Attas tentang kemampuannya sebagai Menteri Kewangan berbanding kemampuan Tun Dr Mahathir yang dilihat jauh lebih berwawasan.
Semalam dalam twitternya Razaleigh dengan sombong berkata - "I stand here representing only myself. I am here upon principle." - jawapan kita - hmmm berdasarkan track record dia, kita tidak nampak dia sebagai seorang yang berprinsip sebaliknya seorang yang tidak setia kepada perjuangan dan pentingkan diri.
Katanya, "How are we to ask investors to have confidence in us if we can't even keep contracts between ourselves" - jawapannya - kerajaan negeri yang diperintah oleh pihak yang diragui tentang amalan kronismenya (klik sini) serta dilihat sebagai tidak mengutamakan pembangunan rakyatnya tidak layak dan diragui kemampuan mereka untuk diberi kepercayaan menguruskan hasil minyak.
Balok habih, pembangune tok nampok (klik sini) merupakan rintihan rakyat, dengan adanya amalan kronisme yang tidak boleh dipertikai dan dipersoal oleh rakyat, yang teraniaya adalah rakyat.
Lebih-lebih lagi jika negeri diperintah oleh seorang Menteri besar yang mempunyai integriti yang diragui apabila mengaku menerima tajaan untuk menunaikan haji dari syarikat yang mendapat manfaat dari perniagaannya dengan kerajaan negeri.
Dengan bongkak, katanya lagi, "Kelantan may be poor. But we are not beggars. We demand what is righfully OURS." - jawapan kita - Kelantan mungkin miskin, tapi Razaleigh, Nik Aziz dan kroninya tidak.
"Righfully OURS" itu siapa? - Rakyat atau Razaleigh? Pas? Nik Aziz dan almenantunya? Hanya rakyat yang layak menerima wang hasil minyak; dan bukan Razaleigh, Pas, Nik aziz atau almenantu kroninya.
Sambungnya - "Let us re-examine the terms of Federation Agreement signed in 1948" - jawapan kita - "Let us decide on the new terms and agreement. New reality needs new agreement and terms. Especially when the state is burdened with credibility issues" - kronisme dan almenantunya. Tidak perlu cakap banyak Razaleigh - "Let us bring the matter to the court".
Bagi BN - RAKYAT diutamakan. Bagi Razaleigh dan Pas - kenapakah KEHENDAK MEREKA perlu diutamakan melebihi kepentingan rakyat? Jangan ada kawtim di belakang sudahlah? Kalau pergi Haji pun boleh kawtim, tak tahulah apa yang nak jadi lagi...
Tidak cukupkah lagi hasil balak di Gua Musang dan Kelantan? Hasil minyak pula mahu digomo. Untuk RAKYAT kah? atau untuk kroni dan ALMENANTUNYA kah?
Assalamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Isu 'royalti' atau 'wang ehsan' minyak ini hendaklah dibuat pencerahannya dari aspek syara'... [Kerana... bagi setiap Muslim, dalam segala sesuatu yang mahu dibuatnya, TIDAK ADA HAK & ALASAN UNTUK DIA MEMBEBASKAN DIRINYA DARI IKATAN HUKUM SYARA' ... [Come on lah, we're all Muslims....basic thing first - HUKUM SYARA'... not the other one... ]
2 Dalam sistem ekonomi lslam, minyak dan segala galian perut bumi spt gas asli/petroleum, boksit, uranium, berlian, segala jenis garam asli, segala jenis galian logam [emas, kuprum, ferum] dll, semuanya termasuk dalam kategori barang-barang / kekayaan HAK KEPEMILIKAN UMUM [rakyat/warga negara]. Tidak ada mana-mana pihak, termasuk pemerintah yang dibenarkan oleh syara' mengambil atau memanfaatkannya tanpa izin [perjanjian] daripada empunya hak. Apatah lagi jika diambil [oleh
pemerintah], lalu diserahkan kepada pihak lain [swasta] - spt yang sedang terjadi sekarang. ltu perampasan; sama sekali salah dari segi syara'. Maknanya apa? Haram. Pihak lain hanya dibolehkan mengambil kos dan upah memproduksi [berdasarkan persetujuaj], BUKAN mengambil-milik dan menjualkannya sebagai hak sendiri.
3 Rasulullah SAW pernah memberi hak kepada seorang tuan tanah ke atas sebuah kolam garam yang terdapat di kebunnya sehingga dia dapat memperdagangkannya. Apabila seorang sahabat memberitahu hal tersebut kepada Nabi SAW, baginda telah menarik balik izin tersebut, dan menjadikan kolam itu hak umum, dengan seliaan pemerintah.
4 Selain itu, umat lslam [dan kafir dzimmi] berkosngsi pada tiga perkara; air, api [tenaga] dan padang ragut [termsauk hutan rimba - BALAK, bro..]. lni semua kekayaan HAK KEPEMILIKAN UMUM. So, dalam kes minyak ini, dari mana lahirnya istilah 'royalti' dan 'wang ehsan'? Tidak lain - dari sistem ekonomi Kapitalis.
5 ltulah TAWARAN daripada Allah -agar mengurus hak mengikut syari'at-Nya.
6 Maka, selanjutnya, selesaikanlah isu ini mengikut jalan yang Allah tawarkan itu -
tidak kiralah oleh sesiapa pun Muslim yang mahu berpegang teguh kepada sistem lslamnya.
Wallahu a'lam.
kepada abu faiq
ReplyDeletesoalan?
1. awak ada tanah sudah tentu awak akan usaha atau mengarahkan pihak ketiga mengusahakan tanah tersebut. Adakah satu kampung boleh makan hasil tanah tersebut?
2. Sudah tentulah hasil itu menjadi hak semua. Tgk berapa byk cukai dan subsidi dari petronas yang disumbangkan balik kepada rakyat? betullah itu yang diamalkan sekarang menbgikut hukum syarak. Cuma caranya tidaklah terus bagi seringgit atau berapa ringgit kepada semua tapi disalurkan melalui cara lain. Mungkin anak kita yang belajar disekolah pun menikmatinya keranan tahun ini sahaja lebih 25 billion di peruntukkan untuk pendidikan. Mana datangnya duit RM25 billion itu kalau tak mungkin disumbang oleh duit petronas.
sdr faiq
ReplyDelete1. jgn keliru di antara hak individu dan hak pemerintah. jgn dikelirukan pula di antara pemerintah yg lebih utama berbanding dgn pemerintah yg hanya menjaga negeri. sistem kita berbeza dgn sistem mana2 wilayah Islam pd zaman khalifah. dalam konteks hari ini pemerintah yg lebih tinggi kedudukannya adalah kerajaan pusat.
2. jgn keliru pula dgn konteks sykt Petronas - kerana ia bukan sykt swasta ttp sykt GLC yg ditubuhkan kerajaan utk menjaga kepentingan negara dan wawasan sumber modal insan negara dlm bidang carigali minyak dan bidang2 berkaitan dgnnya.
3. jgn keliru bahawa hak itu dlm Islam kena diberikan kpd kerajaan negeri pulak - yg penting bukan kerajaan negeri, tetapi rakyat.
masalah sdr adalah mengelirukan konteks - beb, baca kerangka sistem ekonomi kapitalis, islam dan sosialis betul2... jgn main belasah je beb :) tp klu nak ckp psl Islam - nik aziz dah lama x Islamiknya, amalkan kronisme pulak; DAP dan PKR parti sosialis...
Abu Faiz..
ReplyDeleteBila ko bercakap mengenai hak sasaorang tu..ko jangan dok nengok kepada puak tidak sehaluan dengan ko..sesekali tu cuba ko lihat balik apa yang dilakukan oleh Tok Nik anak beranak..adakah dia mengambil kira hak orang lain didalam setiap tindakan nya.
Untuk pengetahuan ko setiap perkara yang dilakukan itu ada proses prosidurnya dan undang-undang yang diterjemahkan bagi pemahaman dan tidak dipersoalkan. Sekiranya segala perjanjian itu telah dilangari ..pihak yang menuntut harus membawa perkara ini kemuka pengadilan untuk di putuskan apa kesudahannya..tak perlu nak memutar belitkan isu ini dengan membuat ceramah diseluruh pelusuk negara tetapi tidak mahu pula menjadikan mahkamah sebagai penentu.
Tetapi apa yang menghairankan kenapa isu ini baru sekarang sahaja dibicarakan..Tok Nik tu dah berapa lama memerintah kelantan..adakah selama ini para pemimpin PAS lena didalam tidur dan baru nak terjaga daripada mimpi...
Assalaamu 'alaikum sdra FTI & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Bagi mengagihkan kekayaan yang Allah limpahkan agar penuh rahmat, lslam juga menetapkan hukum-hukum tentang pengurusan HAK KEPEMILIKAN INDIVIDU dan HAK KEPEMILIKAN NEGARA, selain Hak Kepemilikan Umum [yang saya sentuh di dalam [respons terdahulu].
2 Umpamanya, tanah yng diperoleh melalui kurniaan, dibeli sendiri, dipusakai, atau melalui cara-cara syari'i lainnya, hingga sah jadi
haknya, itu HAK KEPEMILIKAN INDIVIDU. Silakan, hasilnya makanlah sendiri, atau boleh saja dikongsi dengan orang sekampng, kalau saja redha. Langsng tak ada masalah. Malah, salah jika orang
sekampung mahu merebutnya, sebab tanah itu bukan hak orang sekampung. Lainlah halnya jika tanah kharajiah - terpulang kepada pemerintah memutuskannya.
3 Subsidi daripada minyak ini apa sebenarnya? Si A mengambil seluruh hak si B. Kemudian, diberi sebahagian kembali kepada si A oleh si B sebagai bantuan kepada si A. Yang selainnya tinggal pada si B. Itulah sudsidi dalam konteks ini. 'Kan urusan yang lucu...?
4 Cukai..! Apakah pemerintah dibolehkan memungut cukai perdagangan/perniagaan dari pedagang/peniaga daripada kalangan anak negeri/ warga negara... [kalau syarikat itu memang kepunyaan anak negeri secara mutlak]? Ada hadis tentang tidak akan masuk syurga pihak yang memperundang-undangkan cukai, dan orang yang memungut cukai seperti itu. Carilah ...
Sekian.. untuk yang ini dulu.
Wallahu a'lam.
Assalaamu 'alaikum sdra Anak Lenggong, [Anda dulu...sebab banyak sangat salah faktanya ...]
ReplyDelete1 Maaf, saya tak ada kena-mengena dengan fikrah PAS, atau mana-mana perbuatan YAB Tuan Haji Nik Aziz & anak-anak beliau... tapi mereka tetap saudara selslam saya, dunia akhirat... [juga dengan saudara], insya Allah...
2 Saya tidak melihat saya perlu menyimpang-siurkan tuntunan pemikiran saya dengan apa juga prosedur dan proses undang-undang yang tidak syari'i. Saya tidak beriman untuk meyakininya, jauh sekali mendukungnya... kecuali untuk membongkar dan mendedahkan kerosakan yang disemainya ke dalam benak umat...dan saya akan istiqomah dengannya...insya Allah.
Salam.
Salam saudara TFI,
ReplyDeleteDalam sejarah Petronas dan negara Malaysia, YBM Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas. Sememangnya kebijaksanaan cetusan YBM Ku Li dalam mengadaptasi kesan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu Pertamina bermula tahun 1974 serta kesan daripada krisis minyak 1973 iaitu Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC telah membuka satu peluang yang cukup besar dan 'souvinier' berharga buat rakyat Malaysia hingga ke saat ini.
Sudah pastinya penwujudan Petronas ini, YBM Ku Li yang merupakan Pengerusi pertama Petronas telah mempunyai fakta penyelidikan kukuh berkenaan telaga-telaga dan kawasan-kawasan berpotensi yang menyumbangkan sumber galian bermakna buat Malaysia tidak terkecuali telaga petroliam di kawasan perairan Kelantan.
Sikap rakyat Kelantan bukan meminta pada yang bukan berhak, tapi sememangnya merujuk kepada satu perjanjian yang mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada Petronas mengenai petroliam yang dijumpai sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia.
Menurut perjanjian dimeterai, Petronas sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan dijual tiap-tiap tahun. YBM Ku Li yang mewakili Petronas, bersama MB Kelantan Allahyarham Dato' Asri telah memeterai perjanjian tersebut pada 1975. Maka secara logiknya sebarang petroliam yang dijumpai dan hasil yang dijual, Kelantan berhak keatas royalti tersebut waima negeri-negeri lain yang terdapat sumber petroliam ini.
Usahlah isu royalti dan hak ini dipolitikkan kerana ia adalah milik Kerajaan negeri yang berhak untuk kepentingan rakyat juga dan mungkin royalti yang bakal diterima oleh rakyat Kelantan nanti adalah hadiah terbesar daripada YBM Ku Li. InsyaAllah.
Wasalam.
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
ReplyDelete[Maaf, Ralat] - Tentang sudsidi.
Sepututnya saya tulis begini:
....si A mengambil seluruh hak si B. Kemudian, diberi sebahagian kembali oleh si A kepada si B sebagai bantuan kepada si B. 'Kan lucu ..
Abu faiq - mcm saya katakan ulil amri yg lebih utama dlm urusan pentadbiran negara adalah kerajaan persekutuan; bukan kerajaan negeri.
ReplyDeleteke2 - petronas bukan syarikat swasta mcm syarikat swasta lain, kerajaan mempunyai hak tertentu ke atas petronas. jd x boleh guna konteks pemilikan individu dlm hal ini.
ke3 - selain dr ulil amri yg lebih utama, hak utk menerima balik wang hasil minyak adalah rakyat, bukan kerajaan negeri.
Pendekatan Kelantan lebih kepada 'politik' dalam isu wang ehsan atau royalti petroleium dengan cara 'menyerang' walaupun mungkin dari segi undang2 tidak menyebelahi tetapi dari segi politik, musuh (UMNO) pasti terluka dan calar kalau tak patah riuk pun.
ReplyDeleteKenapa tidak Kelantan menerima wang tersebut terlebih dahulu untuk membangunkan 'rakyat' Kelantan dan kemudiannya menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut wang ehsan tersebut sebagai royalti yang sah. Jika pun selepas kajian dan perundingan permohonan itu gagal, Kelantan masih boleh merayu untuk dinaikkan jumlah wang ehsan tersebut.
Kenapa begitu drastik, terburu buru dan digembar gemburkan kalau tidak bukan sebab 'faktor politik'.
Kalau Ku Li itu tidak berpolitik, kenapa pula soal wang ehsan kepada Sabah dan Terengganu tidak dibangkitkannya dan kenapa tidak diperjuangkannya semasa dia masih berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan sebelum ini.
Ku Li sendiri yang hilang pengaruh istana kembali bangkit dengan perkembangan politik dan istana Kelantan untuk kembali relevan.
Apa yang lebih penting sekarang ialah wang ehsan yang akan diterima dapat digunakan sepenuhnya dengan optimum dan berkualiti untuk rakyat.
PAS hanya mempejuangkan lebih kepada kuantiti dan harus masuk secara langsung kedalam kantung mereka.
Kenapa? Untuk siapa? Kroni? Projek apa? ... rakyat harus memerhati
kluangman,
ReplyDeleteapa yang saya risaukan, semua ini bukan kerana menjaga kepentingan RAKYAT, tetapi kepentingan masing2.