Sama ada Aduka Taruna ini bermasalah jiwa atau memang salah ibunya mengandung dan salah ayahnya mengajar sehingga dia menjadi begitu kurang ajar.
Apa pun selain kemungkinan masalah rencatan psikologi yang dialaminya semasa kecil, salah asuhan ibu bapanya - Aduka Taruna adalah satu produk didikan pembangkang. Hasil didikan bahawa Tuhan juga mencarut dan Tuhan juga samseng. Hasil didikan bahawa anak muda kena jadi kurang ajar dan perlu berani jadi samseng jalanan dan samseng on-line (baca sini). Tidak ada rasa hormat walaupun terhadap individu yang telah meninggal dunia.
Penipu memang penipu - dalam nak mencari jalan untuk melepaskan diri, tiba-tiba sahaja ada pencacai pembangkang yang menuduh di dalam FB dan blog bahawa saya yang mengupah Aduka Taruna. Hmmm, macam saya katakan, kalau Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas boleh menipu (sini), apa lagi juak-juak PAS - confirmlah mereka jenis penipu...
Ada juga rakan FB bertanya - benarkah saya mengupah Aduka Taruna? Seperti pembohongan yang lain-lain, tentang Altantunya, Penipu Bala, Husam Musa, Dr Mahfoudz, Mahfuz Omar dan isu Allah, racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk yang parah sampai kononnya boleh mati, lari ke kedutaan turki sebab nyawa terancam, kononnya bersumpah tapi tidak, sebenarnya `kalau mereka mahu saya bersumpah', komplot 16 September - Aduka Taruna diupah Tun Faisal adalah satu lagi pembohongan terbaru juak-juak pembangkang. Wallahi, wabillahi, watallahi - saya tidak sekali-kali mengupah Aduka Taruna untuk bersifat kurang ajar dan menghina Almarhum Tuanku Sultan Johor.
Pembohong tetap pembohong. Selagi boleh bohong mereka akan bohong. Anjing kalau tak makan tahi, tetap akan menghidunya.
Hari ini identiti Aduka Taruna telah terdedah - pergilah ke rumahnya, tanyakan ibu bapanya sama ada mereka mengajar dia untuk menjadi begitu kurang ajar atau pemimpin pembangkang yang mengajar dia menjadi begitu.... Mungkin ada jawapannya di sana...
salam Tun.
ReplyDeletemereka cuba kata kita yang 'kentut'
selepas mereka 'terkentut'
semua orang boleh agak adukataruna ni milik siapa.
jangan ambik hati Tun... masa akan menentukan kebenarannya
Tun,
ReplyDeletePAS dan media pro mereka bagi akulah, memang MUNAFIK tahap TEGAR. Baling batu sorok tangan.
Aku sokong komen kat atas tu. Yang kencingkan gambar TGHA dan TGNA pun puak2 PAS juga, lepas tu tuduh orang kita. Mereka tak tahu UMNO adalah parti suci orang melayu.
ReplyDeleteSiapa awek belakang Aduka Tarakguna tu??? Cantik rambut dia..... penganut hamPAS ke atau penganut PAS reformbasi????
ReplyDeleteSalam Tun,
ReplyDeletePembohongan yang dilakukan sangat jahat.
Nampaknya parti PAS mahu mengalih isu ahli PAS yang kurang ajar ini kepada pihak lain pula.
Dan jika kita lihat blog budak kurang ajar itu, beliau mengaku kononnya tidak ada sekecil zarah pun terlibat dengan PAS.
Padahal blog budak itu penuh dengan logo PAS dan jual baju utk parti PAS!
Dah jelas dan terang tapi masih mahu berbohong lagi!
tq panglima, antihipokrit, HousePK, shonzu
ReplyDeletekecik hati tak - cuma tahulah penipu2 ni, pertama mereka menipu - lepas tu mereka ulang2 penipuan mereka tu, lepas tu tiba2 jadi baik - ooh jgn buka aib org la, jgn kata org la, mcm2 sdgkan sejak thn 1980-an apa yg tak dibuat oleh pembangkang termasuk Pas. DAP tiba2 nak tunjuk baik, walaupun mereka chauvinis, dulu kini dan selamanya. Pas - apa saja yg tak difitnah Pas dr dulu sampai sekarang - kafir, munafiq, fasiq, maki hamun; skrg masih nak menipu lagi jugak. hmmm - elok kita tunjukkan kpd rakyat sikap pembohong pemimpin PR dan juak2nya - sahlah PR tu Penipu Rakyat :)
betul2 tu Dr Novandri - malah Songkok Putih Tranung Kite dah akui pun budak ni memang spesises kurang ajar. skt nya benci la dia kat mamat ni yg dikatakan moderator tranung kite
ReplyDeleteAsaalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Barangkali kebiadaban melampau ini sedikit lagi tambahan kepada benih-benih virus anarkisme yang semakin membentuk [dicerminkan dengan berlakunya berbagai-bagai penyimpangan terhadap etika, serta pelanggaran kepada norma-norma sosial]
2 Ada sesuatu yang tidak berjaya dicapai di dlam proses pembentukan persekitaran kehidupan melalui sistem yang berjalan...? Tentu.
3 Atau sistemnya sudah mengarah kepada stagnansi apabila ada bahagian-bahagiannya yang tidak dapat difungsikan lalu perlukan reservicing, atau dek kerana worn-out, atau manualnya memang salah sejak awal mula...? Mungkin.
4 Paling jelas, semua berakhir dengan memarahi cermin yang memantulkan imej wajah hodoh, sayangnya, itulah kenyataannya ...
5 Sesuatu sebagai alternatif terbaik perlu ditawarkan - sistem syari'at.
Wallahu a'lam.
sdr faiq - ini bab yg paling mudah - sifat mahmudah dan sifat mazmumah sahaja - ni klu kat sekolah agama, kita belajar kat pkt sekolah rendah je; side by side dgn bab taharah dgn tajwid je - malangnya sifat manusia yg terdidik bahawa Tuhannya juga mempunyai sifat MAZMUMAH akan percaya bahawa dia wajar mempunyai sifat2 mazmumah kerana Tuhannya sendiri bersifat keji.. :)
ReplyDeleteAssalamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Kerja yang paling susah ialah 'membina' manusia. Kerana itu diutuskan para Rasul untuk membimbing manusia supaya hidup dengan bersistem - sistem-Nya, bukan yang lain. Antaranya ialah sistem pendidikannya.
2 Jadi, kerja menjadikan orang bersifat mahmudah atau mazmumah disebandingkan dengan belajar berthaharah jelas satu kesalah-fahaman tentang erti pembinaan tsaqafah - [tentlah maksudnya tsaqafah lslamiyyah]. Ia bukan perkara yang 'take for granted', sebab kalau 'tidak menjadi', cara untuk menindaki dan menanggapinya juga bukan semudah mengulang-baca kitab tajwid. Riuh-rendah dan membaurnya emosi yang terjadi sekarang akibat sifat mazmumah itu menunjukkan bhawa menyelesaikannya
juga tidak semudah belajar di peringkat sekolah rendah. Apalagi, selesai-tidaknya, pun belum dapat dibayangkan.
3 Punca, akar kepada semua itu adalah terbinanya atau tidak terbinanya tsaqafah [tuntunan perfikir dan bertindak lslami].
Wallahu a'lam.
Salam.
ReplyDeleteAduka Taruna semmgnya kurang akhlak dalam berbahasa, adat dan agama. Menghormati pada perkara yg patut dihormati bukannya perkara susah kecuali kurang ilmu empunya diri.
bukan ke terang terang dkat blog dia ada logo pas reformasi?
ReplyDeletehm tu kes malu nak ngaku sama spesis la tu.
Salam bro, inilah nasib pencacai-pencacai PAS...... tidak pernah tuan-tuan mereka mengakui mereka adalah anak didik mereka...... biasalah sikap ahli-ahli syurga yang akan menuduh kepada orang lain walau pun dia sendiri membuat dosa...
ReplyDeletewakakakaka..lawak gila
ReplyDeletehahahaha...terserlah kebengapan PAS n UMNO.:))
Logo PAS Reform pencipta nyer gua.Gua langsung bukan blogger PAS.
Ktrg hari2 kutuk PAS bai.tak maki UMNO.
Sbb apa?
Sbb Umno terlampau bengap..nak kutuk2 pon rase cam dah tak perlu.Sng citer kalau ikut rangking manusia paling bijak, UMNO duk yg paling last sekali..sayup sangat sampai nampak pon idak.
kitorang tamau jd cacai cam lu org , totok UMNO n totok PAS.
Xenan - confirm lu bengap :) mmg budak suruhan Pas bila dah salah asuhan, cara pun jadi kurang ajar, sebab apa? sebab tuhan sendiri pun samseng dan tuhan sendiri pun mencarut.. :) org UMNO bila kritik Pas dgn ilmu - blogger dan pencacai Pas belasah Pas mcm yg diajar oleh nik aziz - tuhan pun samseng jugak.. :) eloklah tu, mudah2an nik aziz sedar yg dia ajar ajaran sesat selama ni.. :)
ReplyDeleteAssaalamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Alangkah benarnya pos Anda tentang sifat mahmudah & mazmumah, dan beza kesan antara kemuliaan serta kehianaan yang dapat diakibatkan oleh mana-mana satu antara sifat-sifat tersebut.
2 Maka, betapa malangnya nasib umat, jika sifat mazmumah itu pula melekat pada diri orang yang duduk di syaf ketua, sebab, antara fungsi ketua ialah mempastikan bahawa dia dan segala ideanya didukung oleh para pengikut. Pengikut jenis bagaimana yang terhasil daripada kepimpinan yang sebegini, kita sama-sama maklum.
Akhirnya, jemaah yang wajahnya seperti apa akan terwujud oleh kepimpinan jenis ini? Kita pun tahu; dengan jelas ada di depan mata. Sedihlah, sebab ini semua berlaku dalam kalangan saudara-saudara selslam.
3 Oleh itu, sebagai Muslim, sangat perlu mensabitkan hal ini dengan ajaran akidah kita, iaitu Dibolehkan atau tidak berpemimpin dengan sosok-sosok yang sakhsiyyahnya 'diragui', yang memungkinkan timbulnya fitnah? Kalau dibolehkan, rosaklah kemuliaan lslam? Sedangkan lslam sangat menjaganya. Malangnya, inilah yang sedang terjadi di dalam kepemimpinan umat lslam.
4 Saya mengingatkan diri saya & saudara-saudara agar ketika memilih pemimpin, WAJIB menjadikan tuntutan berfikir lslamiyyah sebagai landasan, sebab kesannya berbalik kepada seluruh umat. Setiap kita pun 'pemimpin' di dalam kapasiti masing-masing. Pasti ditanya kelak oleh-Nya akan pertanggungjawapan itu.
Wallahu a'lam.