Saya percaya ramai yang menantikan rombakan anggota Jemaah Menteri kali ini. Pertama kerana rakyat mengharapkan Menteri yang lebih kompeten dalam melaksanakan tugas mereka. Kedua, rakyat, terutama penyokong kerajaan mengharapkan Jemaah Menteri yang dapat bekerja sebagai satu pasukan dan tidak bergerak secara berasingan apalagi bertentangan.
Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas keberanian mengembalikan 'house back into order' dan membentuk sebuah pasukan yang diharapkan dapat mengembalikan keyakinan rakyat.
Tahniah juga kerana mendengar hasrat rakyat dengan menggantikan pemimpin-pemimpin yang tidak dilihat kompeten dalam melaksanakan tugas masing-masing dan pada waktu yang sama menempatkan pemimpin-pemimpin yang kompeten di portfolio baru, di mana peranan mereka amat diperlukan.
Tahniah juga di atas kesudian mendengar suara rakyat untuk memecahkan semula Kementerian Pendidikan kepada Kementerian yang lebih berfokus, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta menempatkan seorang Menteri yang khusus dan tidak memegang portfolio lain untuk Kementerian Pelajaran. Tindakan ini adalah tindakan yang tepat kerana Kementerian Pendidikan sudah menjadi terlalu besar dan hilang fokus. Oleh kerana nature Kementerian Pelajaran yang begitu besar dan kompleks, ia juga memerlukan seorang Menteri yang tetap dan tidak memegang portfolio lain. Kesibukan seorang menteri dengan beberapa portfolio boleh menjejaskan fungsi dan hala tuju kementerian sebesar dan sepenting ini.
Sebagai jentera kerajaan dan anggota parti, saya berharap agar Jemaah Menteri yang baru ini dapat bekerja sebagai satu pasukan dan lebih efektif dalam menyampaikan khidmat kepada rakyat. Mereka hanya punya sekitar 2 tahun untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan rakyat memilih Kerajaan ini semula dalam Pilihan Raya Umum ke14.
Matselan tu kompeten ka?
ReplyDelete;)
Mat maslan tu rajin bekerja, insyaAllah dia akan lebih baik selepas pengalaman yg lepas
ReplyDeleteAhmad Maslan memang boleh buat kerja...
ReplyDeleteTapi kalau di kotorkan oleh pembangkang maka nampak kotorlah...Inilah dinamakan fintah
mana ada yg baik didalaam kerajaan di mata pembangkang....
Mereka (pembangkang) ni memang hampehhh!!
tak boleh nak tengok negara maju, makmur dan kaya
Itulah sebab mereka sabotaj ekonomi, rosakkan 1MDB, etc....
So far pun, mana ada bukti salah laku Najib....cuma yg ada hanyalh komen/pendapat org ajer...dan jugak berita dari sumber yg meragukan
Berita inilah yg dok diulang ulang hari hari oleh blogger yg bodoh...
Wei dol bangangg nye ko ni doll.. sapew yg rosakkan 1mdb tu dol.? Pembangkang kew atau pak sedara belah bini tiri nenek angkat bapak ko tu .
DeletePertukaran staff adalah perkara biasa demi menjaga keberkesanan sesebuah organisasi itu.
ReplyDeleteAwalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'
ReplyDelete